[ chapter 23 ]

1.9K 150 57
                                    

°•°•°•°•°

Naura yang sudah kepanasan menurunkan butang tudung yang dipin di kedua-dua belah bahu. Tudung hanya dipin di bahagian tengah. Hidungnya juga sudah dari tadi bersin-bersin. Dia duduk bersila sambil memerhati Aish Fahri.

"Macam mana? Dapat tak?"

Aish Fahri menghembus nafas menggunakan rahang. Dia menghampiri gadis itu dan turut duduk disebelahnya. Naura memicit hidung. Mahu bersin mahu menjerit.

"Tak." Aish Fahri meraup muka menggunakan tapak tangannya. Pipi yang terasa gatal digaru lagi dan lagi.

Naura Safiyah bermain dengan jari sendiri.
Semakin berdebar bila tinggal berdua begini dan lelaki itu berada disebelahnya! Ya tuhan! Manakah bantuan ni!

"Jangan garu lagi nanti makin teruk." Naura geram dengan cara lelaki itu. Mahu sahaja diikat tangannya. Dah tahu gatal tu jangan digaru nanti makin menjadi-jadi.

"Gatal."

Aish Fahri bersandar dan meluruskan kaki. Telefon bimbit di buka dan ditutup. Pipi digaru. Leher digaru.

"Tolonglah.." suara serak Aish Fahri sudah keluar. Dia sudah tidak tahan lagi. Kulitnya seperti mahu terkoyak dan berganti baru.

"Tolong apa." Naura mengipaskan tangannya ke wajah Aish Fahri. Tidak tahu mahu menolong macam mana. Keadaan disini tidak jauh beza dengan rumah hantu!

"Telefon sini." Naura menghulurkan tangan.

Aish Fahri memberikan telefon bimbitnya kepada Naura. Naura mengeluarkan sesuatu di dalam begnya. Ada kertas! Dilipat kertas menjadi dua dan dijadikan kipas. Dikipaskan ke arah Aish Fahri sambil menghubungi Umi.

"Angkatlah.. angkat.." Naura mengipas lagi kuat.
Lagi takut lagi kuat.

Aish Fahri membuka butang koler.
Lehernya sudah pedih. Pasti sudah merah seperti udang bakar tanpa matahari.

"Aish kat mana!" suara Umi bimbang.

"Umi tolong!"

Naura melihat telefon bimbit lelaki itu. Menyala namun kenapa tidak mendengar suara umi?

"Hello Umi?" Naura mencuba lagi sekali.

Aish Fahri duduk tegak dan mengambil telefon bimbitnya semula. Kesabarannya sudah tipis. Mahu sahaja dia membaling telefon itu kerana ketika waktu genting sebegini tiada line.

"Telefon kau mana?"

"Habis bateri lupa nak cas kat masjid tadi." Naura meraup wajahnya. Tenang. Jangan gelabah membuat keputusan. Tenang agar dapat mencari jalan penyelesaian.

Aish Fahri kembali bersandar.
Tiada guna. Di sini langsung tiada air.

Naura bangun menuju ke pintu utama. Dia mengambil kayu yang berada dekat dengannya dan disodok ke arah pintu. Tidak berjaya juga.

"Tolonglah!" Naura mengetuk pintu itu lemah. Tenaga sudah separuh habis digunakan. Sudahlah tidak sempat menjamah makanan langsung.

Aish Fahri mencuba menghubungi Umi lagi.
Shaz juga sudah cuba dihubungi. Namun!

"Shaz! Tolong aku!" Aish Fahri berkata apabila rangkaian telah sambung. Video call dengan Shaz seperti buang tebiat.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now