[ chapter 37 ]

1.3K 116 30
                                    

°•°•°•°•°

"Aish Fahri!"

Aish Fahri yang baru memegang ganggang pintu pejabat umi menurunkan semula tangannya. Lelaki yang memanggilnya tadi tersenyum dah berjabat tangan dengan Aish Fahri.

"Saya dengar abang nak kahwin."

Aish Fahri yang mendengar berdehem seketika.
Mahu tercabut jantung dari tangkainya!

"Kenapa?"

"Boleh saya bantu?" Lelaki itu tersenyum malu.
"Abang kan dah bantu saya dalam bidang photography. Bakat saya dah diterima terus bila saya apply praktikal. Jadi, saya ingat nak jadi photographer abang time abang akad. Free without any payment."

Aish Fahri tersenyum nipis dan mengangguk.
"Tahniah bro, and yes."

"Serious bang!" Lelaki itu terkejut.
"Alhamdulillah, thanks bang!" Men's hug diberikan erat.

"This weekend. Jam 8."

Sofa empuk itu menjadi pilihannya. Umi tersenyum sebaik sahaja anak lelakinya itu melelapkan mata. Tahu kerjanya tidur sahaja. Umi mengerling jam tangannya.

"Biarlah Aish tidur sekejap." Umi sambung membuat urusan kerjanya. Dia sendiri lupa hendak memaklumkan kepada Aish Fahri bahawa dia perlu menyiapkan tugasan tambahan. Kuatir memakan masa pula menyebabkan anaknya perlu menunggu lama.

Umi segera menghubungi Naura.

"Assalamualaikum Umi."

"Waalaikumsalam, Saffiyah boleh datang pejabat umi sekarang?"

"Ada apa ya Umi?" Naura terus sahaja mengemas peralatan dan dimasukkan ke dalam beg. Seperti ada hal yang tidak kena sahaja.

"Urgent." Umi terus mematikan talian dengan senyuman dibibir. Dipandang anaknya sekilas dan sambung meneliti beberapa fail di mejanya.

Naura yang agak kabut segera berlari-lari anak menuju pejabat umi. Alahai! Kenapa jauh sangat! Naura tidak mempedulikan orang disekelilingnya. Sesampai sahaja di daun pintu pejabat, Naura mengambil nafas dalam.

Kekurangan oksigen!

Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan.
Membetulkan corak pernafasannya.

"Umi kenapa? Ada yang tak kena ke?" Naura terus sahaja menyerbu masuk.

Aish Fahri yang baru lena terus tersentak bangun. Mukanya terus sahaja menjadi berang apabila tidurnya diganggu. Naura terus sahaja terpaku. Dia tersentap sendiri dengan riaksi wajah Aish Fahri.

"Naura, come." panggil Umi.

Naura berjalan ke arah umi namun matanya masih memandang Aish Fahri yang lagak seperti harimau jantan! Wajahnya jelas dalam ketakutan. Umi terus mencapai tangan Naura.

"Biarkan dia." gerak bibir Umi.

Aish Fahri duduk dengan tegak. Wajahnya diusap perlahan dan matanya diusap halus. Rambut juga dibetulkan. Dia bukan sengaja untuk beriaksi begitu namun kerana kepenatannya dia hilang kawalan.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now