°•°•°•°•°
Afrin perlahan-lahan masuk ke dalam bilik ibunya. Sudah lama dia ingin melakukan hal ini dan dapat ditunaikan hari ini. Ibu sedang sibuk berada di bawah. Bila-bila masa sahaja ibu akan naik ke dalam bilik. Afran menjaga di luar kamar.
Almari ibunya dibuka satu per satu. Kebiasaannya dokumen peribadi diletakkan di tempat tersembunyi. Dengan cekap Afrin menyelongkar rak meja di sebelah katil ibunya.
Laci pertama di buka hanya ada sampul surat.
Laci kedua tiada apa yang terisi. Apabila laci ketiga dibuka. Terdapat pelbagai jenis dokumen yang tersimpan.Afrin terus sahaja mengeluarkan satu sampul coklat. Gerak hatinya tepat mengatakan itu adalah surat beranaknya. Dikeluarkan dan dicari namanya.
"Afin cepat sikit."
Afran sudah berdebar lain macam.
Puan Adila sedang duduk tenang di hadapan kaca televisyen bersama suaminya. Encik Azri tidak membuat apa melainkan bermain online game. Letih dia kerana menguruskan kerja di Indonesia.
Meluaskan empayar demi kemajuan syarikatnya.
"Anak perempuan awak mana?" Encik Azri berkata."Mana saya tahu. Awak kan ayah dia." Puan Adila menjeling.
"Awak tu macam bukan ibu dia." Encik Azri menyindir kembali.
"Kenapa? Awak ada ibu lain untuk anak awak ke?" Puan Adila mengangkat kening tinggi. Encik Azri hanya diam. Malas dia hendak melayan kerenah isterinya itu.
Rancangan Fashion Show yang dilihatnya agak menarik. Puan Adila tekun melihat semua pakaian yang diperagakan. Semua busana yang terlekap indah ditubuh model itu akan disalin oleh serebrum otaknya agar inspirasi baru akan muncul. Semakin berkembang Adila's Collection.
Afran diluar pintu sudah bagai cacing kepanasan. Apa yang lama sangat Afrin buat di dalam? Dia memulas tombol pintu dan memanggil Afrin.
"Cepatlah."
Afrin masih teliti.
"Jumpa."Sampul berwarna coklat gelap tadi dimasukkan semula di antara dokumen yang ada. Pasti semua alatan terletak dalam keadaan yang sama baru mereka berdua keluar dari bilik itu.
Kereta putih Honda milik Aish Fahri berhenti tepat di hadapan pintu automatik keluarga Encik Azri. Umi memandang Naura yang berada di belakang.
"Umi nak bercakap hal pagi tadi dengan Ibu kamu boleh Safiyah?" Umi bertanya.
Naura terdiam.
Pentingkah hal tadi untuk diberitahu kepada Ibu?Umi mengerling ke arah Aish Fahri di sebelah.
Naura memandang rumahnya dan tersenyum kepada Umi."Tak ada apalah Umi. Saya tak rasa Ibu saya peduli." gadis itu tersenyum kelat. "Umi nak masuk? Jemputlah. Saya rasa ibu dan abah ada tak tidur lagi."
Umi pula yang terdiam memandang air muka gadis itu berubah. Tersalah katakah dia? Ada masalah keluargakah gadis ini? Umi memandang Aish Fahri.
Aish Fahri mengangkat bahu.
"Umi tak mengganggu ke?"
Naura menggeleng dan tersenyum.
Ibu, akan melayan semua tetamu dengan baik.
Kecuali anaknya.Afrin dan Afran menghela nafas lega apabila sudah masuk ke dalam bilik sendiri. Peluh dingin dihapuskan yang ada pada dahi. Mahu gugur jantung masuk ke dalam bilik Ibu. Tidak dia ingat kali terakhir menjejakkan kaki di bilik ibu.
"Sedia ke nak tengok?" Afran bertanya.
Afrin mengangkat kening.
"Takut?""Sikit." Afran menghembus nafas menggunakan mulutnya. Huh! Dibuatnya bukan anak sebenar?

YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Roman pour AdolescentsAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...