[ chapter 42 ]

1.5K 122 26
                                    

°•°•°•°•°

Aish Fahri pulang ke rumah dengan aura baru. Mahu sahaja dia berkongsi dengan seluruh dunia tentang kenaikan pangkat yang baru diterimanya. Baru selesai menamatkan praktikal dia terus mendapat kerja tetap disitu.

Pintu utama rumah Encik Azri diketuk. Laju Naura membuka pintu tahu suaminya yang pulang.

Well, siapa lagi yang balik awal?
Ibu? Abah? Gila!

"Assalamualaikum." ujar Aish Fahri dengan suara yang agak ceria.

Naura tersenyum mendengar suara ceria Aish Fahri. Seperti pertama kali dia mendengar perubahan suara Aish Fahri.

"Waalaikumsalam. Sound so happy , kenapa?" Naura memberi laluan kepada Aish Fahri untuk masuk ke dalam.

Aish Fahri tersenyum nipis.
"Want a hug." pintanya.

"Sure." balas Naura.
"Wait. What?" Naura membulatkan mata akibat terkejut. Apakah! Semberono sahaja bibirnya mengatakan persetujuan.

Aish Fahri mengangkat kening sebelah.
"Aku dah naik pangkat."

"Serious? Alhamdulillah! Tahniah awak." Naura melompat keriangan dan merangkul leher Aish Fahri erat. Aish Fahri yang terkejut tidak mampu menyembunyikan senyumannya. Seketika Naura Safiyah tersedar.

"Eh! Ya Allah sorry. Tak sengaja." Naura memicit hidung. Pipinya terus sahaja membahang.

"What? Pahala apa." Aish Fahri merasa dahi isterinya lagi. "Dah surut?"

N

aura tidak mampu untuk berkata selepas apa yang terjadi. Excited sangat! Mahu sahaja ditampar-tampar pipinya kerana malu. Lambat-lambat dia mengangguk kepala.

Aish Fahri memegang perut. Bukan kerana ada bayi tetapi perutnya sudah berkeroncong.

"Lapar? Jom makan. Saya dah masak tahu awak balik mesti lapar punya." Naura mengajak Aish Fahri sambil berjalan mendahului lelaki itu.

"Hey." panggil Aish Fahri.

Naura menoleh.

Aish Fahri menghulur tangannya yang berona putih. Jari-jenari yang runcing.

"Nak apa?"

"Tarik. Lapar gila." pinta Aish Fahri dengan muka yang sengaja dibuat sedih.

"Allahu." Naura menahan geram. Ditarik sahajalah tangan Aish Fahri sehingga berjumpa dengan meja makan. Mengada sungguh! Anak umi seorang ni kan!

Nasi putih, ayam masak merah , sayur air dan daging gulai menjadi santapannya. Pertama kali rasa air tangan isteri, sedap juga tapi tidak boleh lawan Umi.

"Kau masak?"

"Mestilah. See the leg please." Naura tersenyum menampakkan gigi. "Except that gulai. Beli." Naura tersengih.

"Keluar?"

"No no no!" Naura menggeleng kepala laju. "Saya tahu dosa keluar tanpa izin suami. Tadi call restaurant tu delivery. Nampak sikit sangat lauk nak masak gulai tak pandai."

Aish Fahri mengangguk faham.

"Tadi kan Afin dan Afan ada videocall saya." Naura tersenyum gembira. "Rindu sangat dengan si kembar."

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now