°•°•°•°•°
Encik Azri termenung melihat laptop yang terbuka dihadapannya. Mata sahaja yang melihat ke arah laptop namun fikirannya tidak pula ada disitu. Fikirannya lebih menerawang ke atmosfera. Segala kerja yang hendak dibuat tidak terusik dari tadi.
Keluhan berat kedengaran.
Wajah diraup perlahan. Kaca matanya diletakkan tepi. Air kopi yang hilang panasnya itu dihirup perlahan menandakan bahawa sudah lama air kopi itu terletak di atas meja cuma tidak terusik dari tadi. Dia memandang laptopnya seketika dan menyimpan hasil kerja sebagai draft. Sudah yakin tiada apa yang tersilap laptop ditutup perlahan.
Naura Safiyah yang dahaga tadinya terus sahaja turun kebawah.
Alangkah terkejutnya dia melihat ayahnya masih ada dibawah dan belum tidur."Abah? Belum tidur?" tegur Naura sambil memandang ke arahnya dengan kepala yang tersengit sedikit. Mengantuk sungguh!
Encik Azri bangun dari kedudukannya dan memandang Naura Safiyah.
"Abah nak naik tidurlah ni." Encik Azri membimbit laptopnya. Di atas nanti dia akan sambung beberapa lagi kerja yang tertangguh. Mungkin jika di dalam bilik dia akan memberikan sepenuhnya perhatian terhadap beberapa lagi kerja yang hari diselesaikan terutamanya esok.Naura mengangguk perlahan.
"Selamat malam, bah."ujarnya terus ke dapur.Encik Azri memandang anak daranya sambil keluhan kecil dilepaskan. Dia tidak tahu apa yang salah dari segi dia mendidik anak tapi ketahuilah hanya itu sahaja yang dia mampu beri. Dia kembali memandang hadapan sebelum terus naik ke bilik dengan menaikki satu persatu anak tangga.
"Haih.." Naura meletakkan mug di atas meja kaca.
Dia termenung seorang diri di dalam kegelapan malam. Dia memandang air yang diisi di dalam mug dengan rasa bosan. Dia tidak sanggup untuk terus macam ini. Dia harus lakukan sesuatu jika tidak mahu hidup dalam keasingan meskipun tinggal dalam keluarga yang sama.
Meskipun melihat ibu dan abah hari-hari namun tidak pernah sekali pun perasaan ramah dan kasih sayang antara keluarga itu hadir. Dia tidak ingat kali terakhir mereka sekeluarga ketawa bersama-sama. Semuanya telah lupus dan luput mengikut masa. Semakin lama semakin terhakis dari kotak ingatan yang tinggal hanyalah kenangan suram. Naura mengerdipkan matanya.
Hidung dipicit.
"Eh! Esok ada kelas!" Naura segera meneguk air yang dilihatnya bosan tadi dan segera berlari untuk naik ke bilik. Dia harus pejamkan mata dan tidur. Jika tidak, pasti esok akan terlambat. Pukul 3 pagi! Dia tidak mahu dimarahi oleh Profesor kerana bakal menjejaskan nama baik dan pointernya sahaja.
Selimut ditarik dan dia masuk ke dalamnya.
"Tidur!""Bangun!"
Umi menggoyangkan sekujur tubuh yang ada bersembunyi di bawah selimut tebal. Sudah dari tadi dia mengejut bangun anaknya itu namun liatnya nauzubillah tidak juga bangun. Ibu menurunkan selimut itu dan melihat muka naïf yang masih tertidur.
"Lena betul sampai azan subuh berkumandang pun tak reti-reti nak celik mata ni?" telinga anaknya ditarik perlahan. Tidak mempan! Aish Fahri masih membuta! Masih lena dalam mimpi kosongnya.
"Nak kena baca yaasin agaknya budak ni." Umi mula membuka laci disisi katil anaknya. Sebaik sahaja jumpa buku yaasin Aish Fahri pun bangun dan duduk sambil mata yang masih terpejam rapat. Rambutnya sudah turun sepenuhnya menutupi sebahagian dahi dan matanya
"Bangun pula? Umi ingat nak baca yaasin tadi." Umi meletakkan semula buku yaasin di atas laci.
"Cepat bangun mandi , solat subuh.""Hmm.." Aish Fahri mengangguk tiga kali dengan mata yang tidak lagi dibuka.
![](https://img.wattpad.com/cover/73282842-288-k115086.jpg)
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...