°•°•°•°•°
Naura Safiyah memang ibu dan abahnya dengan air mata yang sudah mula berkaca. Umi bangun untuk menghampiri gadis itu. Puan Adila juga turut melakukan hal yang sama dan tangan anaknya dipegang erat.
"Kenapa?" ujarnya lembut.
Encik Azri menggusap belakang badan anaknya. Ada apa pula yang terjadi? Tangan sejuk Naura dipanaskan dengan haba dari Puan Adila.
"Cakaplah. Siapa yang call tadi?"
Naura memandang abah dan ibunya. Air mata sudah mula memenuhi tubir mata. Tinggal menunggu masa yang sesuai sahaja untuk mengalir jatuh ke pipi.
"Hospital.."
Encik Azri bagai dihempap dengan batu. Jantungnya mula terasa berat. Siapa pula yang masuk ke rumah sakit? Umi keluar rumah untuk memanggil anak bujangnya masuk.
"Siapa yang sakit?" soal Puan Adila. Suaranya agak bergetar.
Jangan kata si kembar.Naura terus sahaja memeluk ibunya. Itu sahaja yang diperlukan setakat ini. Ibu dan abah sudah kembali tetapi kenapa ini pula yang terjadi. Kenapa baru sahaja hendak rasa kebahagiaan dia sering dihimpit dengan duka. Apakah tiada rasa bahagia lagi?
"Afrin.. Afran.. bu.." Naura menangis dalam esak.
Encik Azri melepaskan nafas berat. Dia hampir sahaja terduduk apabila mendengar berita ini. Puan Adila terkelu sendiri. Apa yang dia telah lakukan selama ini!
Naura meleraikan pelukkan.
"Ibu.. abah.." Naura menghapuskan air mata.Puan Adila kembali diam membisu. Darahnya bagaikan tidak mengalir keseluruh tubuh. Ketika ini barulah dia rasa akan tanggungjawabnya. Lintasan bayangan kakaknya bagai hadir di minda. Janji antara mereka berdua. Tidak dikotakan sama sekali. Dia hanya menjaga tanpa kasih sayang. Dari bayi sehingga dewasa. Menjaga tanpa kasih sayang.
Naura memicit hidung.
Dia sedar akan perubahan riak wajah ibunya."Abah.. Afrin dan Afran ada di hospital." Naura menangis lagi. Pandangan wajah abah menyatakan apa yang ada dihati. Abah mahu pergi namun melihat perubahan ibu. Itu menjadi penghalang baginya.
Umi dan Aish Fahri mahu menghampiri namun mereka bertindak untuk tidak masuk campud hal keluarga. Dia tidak mahu hubungan yang mahu terjalin terlerai begitu sahaja.
Naura mengesat kasar air matanya.
"Ibu..""Pergi." Puan Adila bersuara kasar. Mendatar namun cukup untuk menggores hati gadis itu. Puan Adila berdiri kaku. Dia tidak layak untuk menziarahi budak itu. Dia hanyalah orang tua yang tidak mengotakan janji.
Naura menutup bibir menggunakan tangannya yang menggigil.
"Kalau abah dan ibu tak mahu pergi tak apa. Saya faham." Naura mencari kunci keretanya. Encik Azri menghampiri isterinya dan memandang anak gadisnya pergi.Umi memegang tangan Naura Safiyah.
"Umi teman kamu. Naik kereta Aish." Umi tersenyum dan menghapuskan sisa air mata gadis itu.Naura mengangguk sahaja. Dia memandang mata Aish Fahri dan lelaki itu mengangguk. Pandangan Aish Fahri turut sayu apabila mata mereka bertaut. Untuk kali yang seterusnya, dia melihat mata bundar itu berair mata. Ah! Perasaan ini lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
TeenfikceAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...