°•°•°•°•°
Puan Adila menyusun helaian kertas satu demi satu mengikut bentuk lakaran pakaian yang telah dikirim. Kiriman yang perlu dijaga dengan baik. Lukisan itu semua sangat penting untuk menjamin kelangsungan butik yang diasaskan semenjak lima tahun yang lalu.
Bukan seperti memetik jari untuk mengusahakan butik ini. Promosi yang tidak mendapat sambutan. Mendapat kritikan daripada pelanggan. Cita rasa yang berbeza.
Hanya dengan ketabahan hati, sekarang dia mampu mengharumkan namanya. Tidak asing lagi dengan Butik Adila's collection. Dia tersenyum puas sendiri.
Jatuh bangun kerjaya yang tiada siapa tahu.
"Puan."
Puan Adila melihat pekerja kepercayaannya. Cemas sahaja suaranya. Gadis itu segera menghampiri Puan Adila. Bungkusan yang diterimanya sekali lagi berbentuk kotak.
"Lagi?"
Gadis itu mengangguk.
"Dari?"
"Saya tak tahu. Nampak macam orang yang sama Puan. Saya takut kalau macam ni. Puan ada pesaing ke?" tanyanya dengan cemas.
Puan Adila terdiam.
Setahunya dia tiada musuh. Musuh?"Mari saya tengok."
Bungkusan berupa kotak itu dibuka perlahan-lahan. Berhati-hati gentar juga kerana tidak tahu siapa penghantar dan apa isi di dalamnya. Kotak itu dibuka. Tidak ada surat khabar di atasnya.
Puan Adila mengeluarkan kain yang terdapat di dalam kotak itu. Hanya kain. Kain yang cantik. Sungguh tidak terkata. Mereka berdua terkesima seketika.
Kain itu dikeluarkan dengan teruja. Puan Adila meletakkan tangannya di atas kain. Kelihatan sungguh sepadan. Fabrik yang diberikan itu sungguh lembut dan ringan namun tidak pula jarang.
"Cantik sangat ni Puan. Siapa penghantarnya?"
"Saya tak tahulah." jawabnya aneh.
Sudah dua kali dia menerima bungkusan sebegini. Namun penghantarnya masih dalam keadaan misteri. Apakah motifnya juga tidak diketahui. Kesangsian membelenggu diri sendiri.
"Awak buanglah kotak tu. Kain ni saya nak simpan dengan jubah yang saya dapat tempoh lalu." kotak itu ditolak perlahan.
"Baiklah."
Kotak itu diambil dan diletakkan di dalam tongsampah. Namun, gadis itu terperasan sesuatu. Kad. Kad kedua.
"Untuk ibu lagi?" ujarnya pelik.
Naura , Afrin dan Afran merenggangkan badan di hadapan pintu rumah. Akhirnya dia pulang ke rumah sendiri. Orang kata , rumah ku syurga ku. Namun bagi mereka semua itu dusta , sebaliknya.
"Ready?"
Afrin dan Afran mengangguk serentak.
Aura begitu kuat mengatakan bahawa Ibu berada di rumah. Agak gentar untuk masuk namun cepat atau lambat semua ini akan terjadi juga. Naura menghembus nafas dalam. Walau apa pun yang terjadi, dia sebagai kakak harus yang utama mengaku kesilapan.
Jari-jari tangannya sudah mula menggigil sehingga peluh sejuk dirembes keluar. Tiba-tiba pintu utama terbuka luas. Pagar automatik itu juga seluas-luasnya mengalukan kehadiran mereka.
"Balik pula kau semua?" Puan Adila tersenyum sinis.
Naura diam begitu juga dengan dua orang adiknya.
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...