[ chapter 18 ]

1.9K 144 23
                                        

°•°•°•°•°

Naura Safiyah yang baru pulang terus sahaja masuk ke dalam bilik. Mujur sahaja yang tinggal hanyalah Afrin dan Afran kerana Tokmak dan TokAbah singgah di pekan. Katil adalah tempat pertama yang ingin ditujunya.

Gadis itu meletakkan kepala di atas bantal. Tiada sebarang kata yang keluar. Dia hanya terdiam. Membisu sambil fikiran menerawang bebas di ruang angkasa.

"Kenapa tu?" Afran menyiku Afrin.

Afrin mengangkat bahu seraya dia juga tidak mengetahui.

"Jom tengok?" Afran mengajak.

"Malas."

Afran menolak bahu Afrin. Hanya adik-beradik sahaja yang tinggal, walaupun semua akan berpaling tapi yang tinggal masih kekal darah daging sendiri kerana air yang dicincang tidak akan putus! Carik-carik bulu ayam pasti tercantum jua.

"Tadi kakak call kata dia kat hospital." Afrin baru teringat untuk memberitahu.

"Kakak sakit?" Afran membulatkan matanya dan terus sahaja berdiri bagaikan tidak percaya. Afrin mengangkat bauu lagi. Sungguh dia aneh.

"Jom ah." Afrin berjalan terlebih dahulu mengetuai barisan. Diintai terlebih dahulu bilik kakaknya sebelum menapak masuk. Kakaknya kelihatan muram.

"Kak kenapa?" Afran mula bersuara.

Naura terkedip mata. Dia segera membetulkan posisi dari baring menjadi duduk. Dia tersenyum ke arah adik kembarnya. Selain dari abang, dia masih mempunyai dua orang lagi bodyguard tak berbayar!

"Sakit?" Afrin mengacuh soalan lagi.
Siapa tidak risau jika disoal tidak dijawab.

Gelengan kepala Naura sebagai jawapan namun masih belum dapat ditangkap oleh mereka berdua. Jika tidak sakit kenapa kakaknya bersikap seperti orang sakit mental? Atau sakit hati..

"Tak ada apa-apalah." Naura memicit kepalanya.

"Jujur."

Naura mengeluh.

"Ya kakak pergi hospital tadi."

Afrin memandang Afran. Afran juga memandang Afrin. Baru jelas disini mereka risau jika tidak, seperti mayat hidup! Naura tersenyum lucu. Meskipun dia sakit di dalam tidak akan sekali-kali dia menunjukkan luka yang ada. Gitu!

"Kawan kakak yang sakit."

Afrin dan Afran menarik nafas lega. Disebabkan kelegaan itu Afrin melangkah keluar dari bilik itu. Mujur bukan kakaknya yang sakit. Meskipun dia nampak tidak peduli tapi jauh disudut hati dia peduli.

Afran tersengih memandang Naura. Dia juga turut mengekori apa yang dilakukan oleh abangnya. Keluar dari bilik Naura. Dalam diam gadis itu menghembus nafas berat.

Jendela dibuka luas.

Aish Fahri memandang kosong bilik berwarna putih. Sesak matanya melihat keseluruhan bilik ini berwarna putih suci. Bertambah sakit dia. Menjadi semakin lemah. Langsung tiada unsur keceriaan!

Kaki diturunkan dari katil. Dia memakai selipar jepun jamban hak milik hospital. Niatnya adalah ingin menghampiri tingkap kaca tidak jauh dari katil.

Di Setiap PertemuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang