°•°•°•°•°
Shaz menepuk bahu Aish Fahri yang kelihatannya sedang berangan. Jauh betul termenung. Aish Fahri mengangkat wajahnya memandang Shaz dengan pandangan yang sungguh naif. Shaz tersengih.
"Aku tahu kau cuteness overload jangan tengok aku macam tu simpan untuk bini okay?" Shaz tergelak lucu melihat wajah Aish Fahri yang terus berubah tiga puluh darjah.
Aish Fahri menggeleng kepala.
"Dahlah Shaz."Shaz tersengih.
"Cuba senyum untuk aku. Boleh?"Aish Fahri menggeleng kepala dengan angkuh.
"Betul tak nak?"
Aish Fahri mula mengecilkan matanya.
Dasar budak!"Guess what?" Shaz mengangkat kening bersama senyuman lebar. Aish Fahri turut terikut-ikut mengangkat kening dek kerana aura teruja Shaz yang mula merebak. Shaz tergelak kecil sebelum dia berdehem.
"Tekalah Fah, aku suruh kau teka kan."
"Ya, tekalah."
"Aku suruh kau kan." Shaz menurukan keningnya kembali sedia asal.
"Jawapan ada pada kau."
Shaz mengangguk tanda setuju.
"Baiklah." deheman untuk kali kedua pura-pura dilakukan. Perangai entah apa-apa!"Aku diterima!" Shaz tersenyum lebar.
Aish Fahri membesarkan matanya dan tersenyum nipis. Shaz mengangkat kening beberapa kali dan merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya dan dirapatkan kehidung. Gembira melihat Aish gembira.
"Congrets bro." Aish menepuk triseps milik Shaz.
Shaz mengangguk perlahan."Jadi kau terniat tak untuk.."
Aish Fahri mengangguk kepalanya.
"Kau gaji kau belanja."Shaz tergelak perlahan dan mengangguk.
That's why, aku sayang kau Fah.Aish Fahri menghirup air bercaffeine yang merupakan air kegemarannya sambil termenung. Shaz mencuri intai dimana mata lelaki itu. Berangan lagi!
"Kau kenapa Fah? Okay?" Shaz menegur.
"Ha?" Aish Fahri mengangkat dan membesarkan matanya. Dia juga aneh, sejak tadi lagi mindanya berpusing-pusing sendiri. Terasa mata menjadi juling kerana saraf dalam otak mula membuat aktiviti sendiri.
"Kau berangan." Shaz tersenyum sinis.
"Mana ada."
"Ada." Shaz bersandar kenyang. Bertambah nikmat bila makanan yang dimakan bukan dari duit sendiri. Nikmat tu. Aish Fahri menggeleng kepala sambil mengurut dahinya.
"Aku kenal kau dari kau kenal kau tau. Kau tak boleh tipu aku , hati kau tu. Kenapa?" Shaz berpeluk tubuh.
"Aku cakap betul, tak ada apa." Aish Fahri menghembus nafas menggunakan rahangnya. Keluhan berat jelas kedengaran.
Shaz tersenyum sinis.
"Kau jatuh cinta ni. Kan?"Aish Fahri mengulingkan bola matanya ke atas. Memang bila berbual dengan Shaz dia tidak akan pernah menang. Malas hendak membalas diam sahaja jawapannya. Lebih baik diam dari terus membalas bukan dia faham bahasa pun.
"Okay Fah, make it clear. Now."
"Nothing."
"Tak percaya."
"Tak percaya , dah." Aish Fahri bangun dan terus membuka langkah besar. Dia juga tidak tahu apa masalahnya. Dia cuba untuk mengekspresikan diri namun dia tidak tahu bagaimana. Untuk tersenyum, perlukan seribu satu sebab.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...