[ chapter 36 ]

1.4K 112 12
                                        

°•°•°•°•°

Layanan ibu kepada si kembar sudah jauh beza dari sebelumnya, kebahagiaan yang didambakan tidak sebegini nikmatnya tetapi cukuplah untuk rasai kasih seorang ibu. Afrin dan Afran bersantai-santai di laman rumah sambil bermain telefon bimbit masing-masing.

"Fan." panggil Afrin.

"Yes?"

Afran melihat abangnya yang sudah mula berwajah serius. Jelas sungguh perasaan ingin tahu kerana dia juga mendapat getaran yang sama. Sudah lama dia pendam rasa ini namun tidak mampu terluah kerana masa. Masa yang ada tidak langsung sepadan.

"Tak nak cari ayah?" soal Afrin.

Afran terdiam kelu.
Benar.

Persoalan itulah yang sering bermain di dalam kotak fikirannya. Biarlah, yang lalu biarkan terus berlalu. Tiada apa yang mampu mengubah kisah lalu kerana ia dinamakan sebagai sejarah. Perkara yang penting ketika ini adalah untuk mencorak masa hadapan.

"Kita mungkin dah hilang seorang ibu tapi kita tak akan hilang seorang ayah." ujar Afrin sambil bersandar lemah.

"Tapi macam mana? Kita sendiri tak tahu." Afran mengeluh berat.

Fikirannya buntu. Dia mahu berjumpa dengan ayahnya namun dimana mahu mencari jejak ayah yang hilang. Wajahnya juga tidak pernah dilihat. Bumi ini luas, tidak terjejak jika tiada maklumat yang benar.

"Entahlah Fan."

Puan Adila yang baru pulang dari butik terdengar perbualan mereka sejak tadi. Dia memejamkan mata lama untuk memahami dan mendalami situasi yang mereka alami. Tidak menunggu lama , Puan Adila terus sahaja naik ke biliknya. Gusar ditangkap mendengar oleh si kembar.

Telefon bimbitnya diambil untuk menghubungi suaminya.
Hal ini perlu diambil serius. Mereka bukan budak kecil lagi sudah bijak dan mampu menggunakan akal dengan baik.

"Kita kena bincang." suara Puan Adila memecahkan sunyi sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Bincang tentang apa?" Encik Azri menyoal isterinya.

"Tentang Azhari."

Encik Azri terus mengeluh sebaik sahaja talian dimatikan. Dia mengusap wajahnya perlahan-lahan. Kerjanya dibiarkan seketika di atas meja. Wajah kawan baiknya terus sahaja menjengah minda. Kawan seumpama kembar.

Kawan yang dalam diam menyukai gadis yang sama. Ah!
Azri terus sahaja menggeleng kepala. Setidaknya, sehingga kini Adila adalah miliknya. Meskipun dia tidak tahu perasaan sebenar isterinya, yang penting isterinya adalah miliknya. Ketika susah dia yang berada disisi isterinya dari dulu sehingga kini.

"Oi."

Naura Safiyah tersentak dan memandang Aish Fahri yang berada di hadapannya. Lelaki itu sedang menompang dagu memerhatikannya. Kening sengaja dinaikkan membuatkan Naura memicit hidungnya.

"Kenapa?" Naura tersengih malu.

Aish Fahri menghembus nafas mengguna rahangnya dan bersandar lemah. Inilah malasnya bercakap dengan orang yang kuat berangan. Cakap banyak bukan dengar pun.

Di Setiap PertemuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang