°•°•°•°•°
"Kau berdua pergi mana?"
"Eh.. ibu?" Afrin dan Afran terkedu. Perlahan-lahan Afran turun dari motor begitu juga dengan Afrin. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Awal ibu balik?" Afrin memberanikan diri memdekati ibunya yang sedang berwajah bengis. Afran tunduk menekur lantai. Dia tidak suka ini, dimarahi ibu. Biarlah ibu tidak pedulikan ia sekalipun tapi jangan dimarahi oleh ibu. Itu lebih sakit dari yang tersakit.
"Kenapa dah tak suka aku ada kat rumah ke?" Puan Adila menjegilkan matanya.
Sudahlah penat seharian bekerja ditambah pula hal yang menyakitkan hati macam ni.Afrin diam tidak berkutik.
Tangan yang dihulurkan tadi untuk bersalam ditarik semula diturunkan ke sisi. Afran masih diam. Dia sudah jangka apa yang bakal terjadi selepas ini. Pasti ada sahaja yang tidak kena dimata ibu tentang apa yang dilakukan oleh mereka berdua."Aku tanya lagi sekali, kau berdua pergi mana tadi?" Ibu bertanya dengan nada yang dingin.
"Pergi masjid."
Puan Adila tersenyum sinis.
"Masjid? Kau buat apa kat sana?"Mereka berdua kembali diam. Gusar jika membalas dikatakan menjawab tetapi jika diam takut dimarah kerana tidak menjawab apa yang ditanya. Puan Adila sudah semakin panas hati dari tadi melihat budak dua orang itu hanya menikus sahaja. Bila orang tanya tak reti nak menjawab, biadap sungguh!
"Aku tak peduli kau nak pergi mana sekali pun pergilah aku tak heran. Kau tak nak balik lagi rumah ni pun tak apa. Yang aku pantang kau keluar rumah tak reti nak tutup pagar. Kau ingat Malaysia ni baik sangat ke? Tak ada kes rompakkan? Kalau rumah ni kena pecah masuk siapa yang nak tanggung? Nak tinggal kat mana? Ada kau fikir? Ada?" Puan Adila meninggikan suara. Menempiaskan kemarahan yang dipendam sejak pulang tadi.
Terhincut bahu Afrin dan Afran.
"Maaf ibu, Afin kelam-kabut tadi cari Afan kat mana rumah sepi tak ada orang." Afrin cuba berlembut.
Puan Adila mencerlung ke Afran.
"Kau buat apa sampai tak ada kat rumah? Ingat rumah ni hotel boleh keluar masuk sesuka hati kau?" Puan Adilah menjerkah dan mara kehadapan beberapa kali.
Afran menahan air matanya. Dia tidak mampu berkata apa. Bukan malu akan jiran tetangga yang difikirkan tetapi luka dihati yang semakin lama semakin bernanah. Afrin memandang Afran yang seperti anak kecil tinggal masa untuk mengeluarkan tangisan yang ditahannya.
"Ibu.. ibu.." Afrin berdiri dihadapan Afran. Dia tidak mahu ibu mengapa-apakan adiknya.
Dia hanya ada Afan, pasangan kembarnya."Kau kenapa? Kau sengaja kan! Kau benci aku kan!" Puan Adila menjerit dan menolak Afrin yang ada dihadapannya kemudian dia lari masuk ke dalam rumah. Air matanya tiba-tiba sahaja mengalir sebaik sahaja dia menutup pintu bilik.
Katil dituju dan dia baring mengiring dengan air mata yang masih belum berhenti. Samaada dendam atau kasihan atau terpaksa dia juga tidak tahu. Setiap kali dia cuba untuk sayang dan memaafkan pasti ada sahaja yang tidak kena yang membangkitkan semula api kebencian itu.
"Semua salah kau kalau tak aku tak rasa seksa ni semua."
Afrin memandang Afran.
"Jangan sedih." pujuknya.
Afran menyedut mucus di dalam hidungnya. Nafas ditarik sedalam mungkin saat itu juga kereta Myvi kakaknya pulang. Naura memandang aneh dengan aura yang masih tertinggal. Naura menghampiri Afrin dan menarik lengan adiknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...