[ chapter 30 ]

2.1K 163 86
                                    

°•°•°•°•°

Umi menyambut kehadiran Naura Safiyah dengan hati yang terbuka. Kebetulan juga dengan kehadiran anak perempuan sulungnya. Semakin meriah keluarganya. Umi mula terbayang jika Naura merupakan salah satu ahli keluarganya. Pasti lengkap dan bertambah ceria.

Aish Fahri yang berada di belakang Naura membongkokkan badannya sedikit. Menghampiri telinga gadis itu. Naura membulatkan mata apabila merasa bulu romanya mula berdiri.

Bukan hantu.
Bukan sejuk.

"Practise."

Naura menoleh ke arah kanannya. Hidung dipicit. Naura kaget apabila kedudukan mereka sangat rapat. Gadis itu menjarakkan kedudukan mereka.

"Practise for what?" Naura bertanya dengan penuh tanda tanya.

"As a family." Aish Fahri mengangkat kening dan berjalan meninggalkan Naura.

Naura terkaku malu. Tangannya sudah mula membeku. Umi yang hadir semula dari dapur memanggil Naura menghampirinya. Orang lain semua berada di ruang tamu mengapa gadis itu berada di hadapan pintu sendirian.

Umi mengerling ke arah Aish Fahri.

Aish Fahri menggeleng.
Nashwa di ribanya dicubit tanda geram.

"Safiyah sinilah. Umi nak ke dapur sekejap."

Naura mengangguk perlahan dan menghampiri keluarga yang sedang bersantai itu. Takut dan malu bersatu.

"Sinilah kenapa sorang-sorang kat sana?" Aliya Farhana memanggil calon adik iparnya. Aliya tersengih lebar ke arah adik lelakinya.

"Calon ke?"

Aish Fahri memandang abang iparnya dengan pandangan yang tidak tahu mahu beriak apa. Nashwa sahaja yang dijadikan alasan untuk mengelak dari disoal dengan soalan sebegini rupa.

Tangan Naura dipegang lembut oleh Aliya. Pada pandangan pertama, dia gemar dengan gaya gadis itu. Kelihatan sungguh ayu dan sopan santun. Wajahnya juga turut melambangkan keayuannya.

"Nama siapa?" ujarnya mesra.

"Naura Safiyah." Naura tersenyum.

Aliya mengangguk.
"Nama akak Aliya Farhana tapi panggil je akak. Nampak lagi mesra. Kan Fah." Aliya ketawa halus.

Aish Fahri memandang Naura dengan kening yang hampir bercantum. Naura menggeleng perlahan dan tersenyum seperti kerang busuk.

"Student lagi?"

Naura mengangguk.
"Fashion designer tapi dah nak kena buat praktikal dah."

"Oh! Akak ingat sebaya dengan Fah tadi rupanya lagi muda. Ahaa... Lelaki lagi tua biasa lagi matang dalam hubungan yang serius. I guess so." Aliya Farhana mengangguk tanda setuju. Sebab itu dia dan suaminya turut beza umur 2tahun.

Naura menggaru pipinya yang tidak gatal.

Aish Fahri bersandar habis dengan meletakkan Nashwa di dadanya. Bosan sungguh mendengar topik kegemaran wanita. Tujuannya membawa Naura untuk gadis itu mendapat sokongan Umi tetapi ini pula yang jadi. Tersilap masa dan hari.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now