°•°•°•°•°
Lepas sahaja subuh, beberapa buah bagasi besar sudah tersedia di tepi pintu utama. Mentari pagi masih belum menjengah langit menghasilkan keadaan yang suram.
Tangan Naura digenggam kemas oleh Afran yang berdarah panas. Manakala Afrin, seperti biasa merangkul bahu kakaknya.
"Jangan pergi boleh?" pinta Naura.
"Shh.." Afrin memandang tepat ke hadapan.
Encik Azri berhenti sebaik sahaja melihat papan masa pesawat berlepas. Sejujurnya, dia juga turut rasa pilu yang menyengat hati namun apakan daya yang dia miliki?
Cukuplah Azhar, kali ini yang terakhir kau menumpang dalam hidup aku. Tak perlu ada kaitan dengan kau lagi.
"Kenapa macam ni?" Naura memandang adik kembarnya. Bengkak matanya memandang retina mata milik si kembar.
"Jangan nangis lagi." Afrin memujuk.
Naura menggeleng kepala. Lantas, tanpa segan mahu silu dia memeluk tubuh Afrin yang kaku. Nafas berat dilepaskan oleh Afrin.
Ini kakak, sampai bila-bila akan jadi kakak. Tekadnya.
Tiba giliran Afran, bertambah sayu hati Naura. Afran yang manja hanya dengan kakaknya.
"Afan akan rindu kakak selalu." bisiknya.
Naura mengangguk sambil mengetam gigi. Afrin dan Afran meninggalkan kawasan tersebut tanpa berpaling semula. Mungkin mereka tidak mahu terikat dengan kisah silam yang bakal menjerat jika terus diingat.
Yasyirah tiba dengan nafas yang tercunggap-cunggap. Cekap mata helang pengawasnya menganalisis corak jalan Afrin.
"Izz Afrin!" jeritnya lantang.
Afran menoleh dan menyiku abangnya. Dia segera membuat isyarat untuk terus masuk. Afrin mengangguk membenarkan.
"Kenapa?" Yasyirah membongkok memegang lututnya. Nafas cuba diraih. Sejauh-jauhnya dia berlari dengan harapan penuh keyakinan berjumpa Afrin.
"Balik."
Air mata jernih mula memenuhi tubir matanya.
"Jangan pergi, tolong." pohon Yasyirah. "SPM.."
"Tak penting."
Mata Yasyirah memandang tepat ke arah mata yang tidak memandangnya itu. Tolong kali ini adalah mimpi.
"Afrin.."
"Aku tak akan balik." ujarnya kasar. Halkum lelaki itu mula naik ke atas dan ke bawah.
"Kau boleh lupakan aku.." Afrin tersenyum sinis dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
Bahu Yasyirah mula terhincut menahan sendu yang mendalam. Ya, memang dia kasar tapi bukan ini caranya.
Afrin meraup wajah kasar ketika berjalan menuju pesawatnya. Mata ditutup seketika untuk menerima realiti hidup. Sudahlah, semua akan berlalu dengan baik.

YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
JugendliteraturAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...