°•°•°•°•°
Keadaan tidak lagi sama. Suasana di setiap kaki lima yang dilalui hanya bunyi tapak kaki sahaja yang kedengaran. Seketika angin menerpa ke arah wajah mulus gadis itu. Tudung juga beralun lembut.
Pandangan sinis pelajar lain membuatkan dia terasa kecil. Naura menarik nafas panjang.
Jelingan demi jelingan diterima hari ini. Perit. Dia melalui semua ini sendirian. Bob yang kebetulan berada di situ pura-pura tidak mengenali Naura apabila gadis itu berhenti dan melambai ke arah Bob.
Bob berjalan melepasi Naura tanpa sebarang teguran.
"Bob.." Naura memusingkan badan memandang Bob yang seolah-olah tidak menyedari kehadirannya disitu.
Beberapa pelajar tersenyum sinis dan berpura-pura ketawa dengan kuat. Naura mengetam bibir dan tersenyum nipis. Sabarlah, manusia memang begitu.
Kadang ia hadir.
Dan demi waktu, ia akan pergi."Tengok tu. Perempuan murahan lalu sini." gadis berambut perang itu berkata.
"Kawan sendiri pun dah tinggalkan. Dasar perempuan."
Naura memejamkan mata dan berjalan meninggalkan laluan itu. Hatinya bagai dihempap batu. Sesak dengan hal sebegini. Tuduhan demi tuduhan dilempar ke atasnya. Tidak lelaki mahupun perempuan semuanya sama sahaja. Menuduh tuli tanpa sebarang bukti.
Beberapa orang pelajar lelaki muncul di hadapan Naura dan menghalang jalan gadis itu. Naura berhenti dan mengundur beberapa tapak ke belakang.
Hidung dipicit dengan tangan yang sudah menggigil.
Salah seorang dari mereka tersenyum.
"Ni perempuannya? Kan?"Naura memandang tiga orang lelaki di hadapannya.
"Nice. Aku ingat kau perempuan baik-baik. Rupanya sama sahaja busuk."
"Anak Umi pula tu. Layan eh kau?" mereka bertiga tergelak kuat.
Naura tidak mengendahkan. Dia menelan air liur yang terasa pahit. Air matanya sudah tidak dapar ditahan lagi. Gadis itu terus sahaja berlalu dari situ. Jika dia membantah tiada bukti untuk menyangkal. Untuk masa sekarang siapa sahaja yang bakal percaya dengannya? Tiada siapa.
Mereka bertiga menyiku sesama sendiri sambil memandang Naura yang sudah pergi. Ada yang mengangkat bahu. Ada yang tersenyum sinis.
"Siapa kau nak hukum orang tanpa bukti kukuh. Baru dapat berita tanpa asal usul dah canang sana-sini. Macam tak ada agama sebar fitnah tu berdosa besar." Aish Fahri muncul dari belakang mereka.
Mereka bertiga terkelu lidah.
Seorang daripada mereka mara ke hadapan.
"Kau datang tak bagi salam sibuk nak tazkirah orang. Kau nak backup dia sebab kau.."Aish Fahri yang sudah hampir bertukar warna kulit berdiei berhadapan dengan lelaki itu empat mata. Mata bundar itu mula bercahaya terang menembusinya.
Dua orang lagi sudah menepuk antara satu sama lain.
"Chaw weh.""Untuk orang macam kau perlu ke aku ucap sejahtera? Kau tak ada dalam situasi sebenar kau boleh hina dia macam-macam. Kau tak kenal dia macam mana aku kenal dia. Dan kau tak tahu apa-apa tentang dia termasuk cerita ni." Aish Fahri tersenyum sinis.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...