°•°•°•°•°
Naura Safiyah duduk di ruang tamu seakan usia kanak-kanak dimana mempunyai pelbagai pensil warna dan satu buku lukisan. Buku lukisan yang dimiliki bukan buku lukisan biasa kerana di dalamnya ada seluruh keajaiban yang dihasilkan daripada jari-jemarinya. Sungguh!
Warna merah diambil menzahirkan apa yang ada di dalam hatinya. Terasa hati yang memakan diri namun harus dipendam seketika waktu.
Ketekunan diberikan 100% dalam menghasilkan gaun yang suatu hari nanti akan dipamer di kaca butiknya. Suatu hari nanti, yakinnya.
Raut wajahnya tidak langsung menggambarkan apa yang ada di dalam hati. Paling bijak untuk mengawal riaksi meskipun sedang terluka, hanya air mata sahaja menjadi saksi dikala malam menghimpit.
Aish Fahri membutangkan kemeja pada pergelangan tangannya dan menghampiri Naura yang duduk di bawah melukis di meja.
"Tolong." ujarnya.
Naura menoleh. Diam dan patuh.
Segera langkahnya diambil menghampiri Aish Fahri dan dibantu untuk membutangkan pergelangan tangannya."Kau marah?" soal Aish Fahri.
Bisu Naura membuatkan dirinya rasa sakit. Beku Naura membuatkan dirinya tersedar akan sesuatu. Sikap itu tidak biasa baginya dari Naura.
"Aku sepatutnya yang marah." Aish Fahri membetulkan kolarnya.
Naura tidak memaparkan sebarang riaksi. Hanya renungan mata penuh kekecewaan jelas kelihatan oleh Aish Fahri saat Naura melihat matanya.
"Tak payah masak, aku tak balik." Aish Fahri melangkah ke arah pintu utama.
"Umi mana? Kenapa umi tak ada kat rumah ni?" soal Naura. Rasanya ini rumah Umi kenapa semenjak dia tinggal disini Umi tiada. Aneh juga kerana terpaksa berdua selalu dengan Aish Fahri.
"Umi duduk rumah kakak. Ada khusus 3 bulan." Aish Fahri mengetuk hujung kasut setelah dipakai.
Naura mengangguk sahaja.
"Tak nak salam suami?"
"Perlu?" Naura bersoal semula.
"Suka hati kau." Aish Fahri mengerling duka ke arah Naura yang sememangnya keras kepala.
"Tak boleh nak tukar bahasa tu ke? Sampai bila nak kau dan aku dengan isteri sendiri?" Naura bertanya meskipun nampak kasar namun suaranya cukup lembut.
Aish Fahri berhenti.
"Aku ingat kau terima seadanya."Naura keluar dari rumah dan mengambil tangan suaminya untuk disalam. Aish Fahri tidak mengelak malahan dibiarkan sahaja. Dia tidak marah tetapi agak kecewa.
"Saya terima, tapi kadang-kadang saya rasa itu agak kasar boleh singgung perasaan saya. Awak suami saya, cuba panggil saya dengan hormat. Tak boleh ke?" air mata Naura mula memenuhi kantung matanya.
Aish Fahri memegang bahu Naura.
Matanya memaparkan seribu satu perasaan bersalah yang mendalam."Saya sayang awak tapi cara awak buat saya rasa yang awak tak pernah sayangkan saya. Jadi buat apa awak kahwin dengan saya?" Naura mula mengesak tangisannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/73282842-288-k115086.jpg)
YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Fiksi RemajaAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...