°•°•°•°•°
"Hari ni aku kerja."
Naura yang mahu tanggalkan telekung terduduk semula. Dipandang Aish Fahri dengan wajah yang agak muram. Baru kahwin terus nak kerja? Mustahil kalau tak dapat cuti.
"Patutlah dah mandi. Pagi-pagi dah bersiap macam ni rupanya nak pergi kerja." Naura mengangguk kepala. Faham dengan situasi suaminya.
Aish Fahri cuba memahami sebalik bait kata Naura Safiyah. Perempuan dengan bebelan memang tidak boleh dinafikan untuk dipisahkan. Dahi Naura disentuh lembut. Masih panas lagi.
"Kau boleh mandi?"
Naura mengangguk.
"Kenapa pula tak boleh mandi? Saya bukan patah kaki pun. Demam dekat badan bukan dekat kaki." mata dikalihkan sebolehnya tidak mahu memandang mata Aish Fahri.Aish Fahri mengangguk faham. Kepala isterinya diusap perlahan.
"Ingat nak tolong."Naura Safiyah memicit hidungnya. Gadis itu perlahan-lahan bangun dan menanggalkan telekungnya. Ini malas kalau ulat bulu sudah mengeluarkan bisa! Macam nak kena suntik dengan antiserum!
"Kata nak pergi kerjakan? Pergilah. Jangan nak mengada gatal kat sini." Naura membuka tombol pintu dengan wajah yang sudah merah.
Aish Fahri duduk di atas katil. Melihat wajah pucat Naura membuatkan dirinya bimbang. Bukan tidak diluluskan cuti tetapi dia diminta untuk hadir ke pejabat segera. Jam tangan kegemarannya dibetulkan sambil mengemaskan butang kemeja.
"Sini." panggil Aish Fahri.
Naura datang dan duduk disebelah suaminya. Dia memerhatikan sahaja apa yang dilakukan oleh Aish Fahri. Apa pula nak panggil-panggil ni? Si kemeja biru laut dan berseluar hitam fit. Mata Naura memandang tali leher biru kehitaman dipeha Aish Fahri.
"Good." ujar Aish Fahri.
"Jangan suruh saya. Mana saya pandai pakaikan benda tu! Kalau awak tercekik nanti macam mana? Kalau terikat mati?" Naura awal-awal sudah menggeleng kepalanya.
Aish Fahri mengecilkan mata.
"Apa je kau pandai?""Masak!" Naura mengangkat kening. "Saya pandai masak awak mintaklah apa sahaja saya boleh punya masak." Naura terdiam. "Tapi tak semua." Naura tersenyum malu.
Aish Fahri melilit lehernya dengan tali leher.
"Watch me." kening diangkat sebelah. Naura membuang pandangan ke sisi gusar melihat pandangan Aish Fahri begitu. Ni kalau cair siapa nak tanggung."No." Naura berdiri terus.
"Saya nak buatkan awak breakfast ni. Awak nak makan apa? Biasa umi masak apa untuk breakfast?""Anything."
"Betul ni? Boleh terima semua makanan pagi-pagi?" soal Naura untuk kepastian.
Aish Fahri mengecilkan mata.
Naura memicit hidung.
"Apa? Ada sesetengah orang tak boleh makan sebarangan pagi-pagi nanti dia sakit perut tak focus kat tempat kerja or study. Okay bye!" Naura terus sahaja lari turun ke bawah. Seram!Aish Fahri menghembuskan nafas menggunakan rahang.
Kemudian senyuman nipis terbit dibibirnya.Puan Adila seperti biasa awal pagi lagi tanpa sempat bersarapan terus menghidupkan enjin kereta dan menuju butiknya. Encik Azri sahaja yang meluangkan masa bersama ahli keluarga barunya. Selepas ini, hanya Naura sahaja yang tinggal di dalam rumah. Sendirian.

YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...