°•°•°•°•°
Encik Azri memicit kepalanya yang berdenyut-denyut dari tadi. Jarang sungguh dia untuk tidak sakit kepala. Masalah sungguh. Jika tidak kerana migrain sudah tentu sakit kepala biasa. Semuanya kerana memikirkan hal kerja yang semakin hari semakin membimbangkan.
Puan Adila berdiam diri menyelak helaian majalah. Semuanya tentang busana kerana itu yang digemarinya. Semakin diam semakin beku.
Majalah diletakkan di tepi. Dia mahu tidur sekarang kerana jadualnya menunjukkan bahawa esok dia ada temu janji bersama beberapa orang bakal pengantin. Kerja tambahan!
Encik Azri berdehem seketika.
"Ambilkan saya panadol."
Puan Adila mengerling ke arah suaminya. Ish! Selimut tebal dibuka semula. Dia turun dan membuka laci. Panadol sentiasa berada di dalam laci.
Telah disahkan bahawa tidak elok meletakkan sebarang ubat dalam bentuk kapsul disimpan di bawah suhu bilik. Itu merupakan kesalahan dalam meletakkan ubat. Ubat berbentuk kapsul harus diletakkan di dalam suhu bilik kerana apabila diletakkan di dalam peti sejuk. Kandungan nutrien di dalam ubat akan diserap keluar kerana penurunan suhu.
"Nah. Awak nak apa lagi?" Puan Adila menghulurkan air dan panadol kepada suaminya.
"Saya nak masa awak sekejap."
Puan Adila mengerutkan wajahnya.
"Sini." ruang kosong di sisi Encik Azri ditepuk kecil. Puan Adila patuh sahaja. Dia duduk menghampiri suaminya.
"Ada apa?"
Encik Azri meneguk air bersama panadol terlebih dahulu. Dia perlu mengatakan hasrat bimbang yang berada di sarang hatinya. Dia tidak tahu bagaimana untuk mengatakan hal ini namun jika dia terus berdiam diri. Mungkin dia akan kehilangan.
"Anak kita."
"Kalau awak nak cakap pasal kembar saya tak berminat."
"Bukan." Encik Azri memandang isterinya dengan pandangan sayu.
"Anak perempuan kita.""Kenapa?"
Encik Azri terdiam pula. Dia risau.
"Saya tak nak dia kahwin dalam tempoh sekarang."Puan Adila memandang aneh kepada suaminya.
"Saya suka apa dengan budak lelaki tu. Berani.""Saya memang tak meragui budak lelaki tu tapi anak perempuan saya hanya ada satu. Dia masih kecil untuk berkahwin. Belajar pun masih tak habis." Encik Azri bersandar lemah mendongak kepala menahan sendu.
Anaknya masih kecil. Dia masih tidak percaya jika benar anaknya mahu berkahwin. Anaknya itu pasti akan meninggalkan rumah dan ikut tinggal bersama suaminya. Hubungan mereka akan bertambah renggang. Encik Azri mengawal pernafasannya.
"Awak dulu pun kahwin awal juga." Puan Adila menggulingkan matanya ke atas.
"Tu dulu tapi ni sekarang."
Puan Adila memandang suaminya. Ya. Memang tidak dapat dinafikan tidak terlunas lagi kasih sayang yang ada padanya sebagai ibu kepada anak. Namun, jika dia berubah sikap ketika ini seperti buang tebiat. Ha! Tidak mengapalah!
Encik Azri merenung nasib seorang diri.
Dia sayang. Siapa yang tidak sayang anak? Sejahat mana pun ibu bapa itu tiada apa yang mampu menghalang kasih sayang mereka. Meskipun tidak ditunjukkan dengan cara yang betul namun ketulusan di hati tiada siapa yang akan mengetahuinya. Mungkin bukan dengan lisan untuk menunjukkan rasa kasih dan mungkin juga bukan dengan perbuatan untuk memaparkan cinta. Mungkin bukan dalam dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...