°•°•°•°•°
Kehidupan sebagai pelajar memang tidak dapat lari daripada tekanan, eh? Sebenarnya selagi bergelar komponen biosis yang spesifiknya manusia takkan pernah lari daripada masalah tekanan. Perbezaan tekanan terhadap individu dapat ditentukan melalui cara atasi tekanan tu sendiri sama ada dapat menjumpai penawar ataupun sebaliknya.
"Tensionnya!"
Naura Safiyah meniup bahagian oning tudung bawalnya.
Pelajar lain yang sama usia juga menunjukkan tindak balas yang sama."Bila nak habis sem terakhir ni." Naura menompang kedua-dua belah pipinya dengan tapak tangan. Siku diletakkan diatas meja dan sengaja kelopak mata itu dikatup rapat.
Otot dan otak sering mengalami keletihan. Tetapi yang lagi parah adalah bila otak yang letih. Jika otot yang letih kerana melakukan aktiviti sama ada cergas mahupun tidak ia akan kembali kepada normal pada masa tertentu apabila oksigen dan nutrien sampai ke sel tisu otot. Jika otak yang letih? Mengambil masa yang lama untuk pulih. Sebab apa? Otak yang mengawal semua aktiviti sel, jika otak letih sel-sel lain juga menerima tempiasnya.
Naura Safiyah meneguk beberapa kali air mineral yang mengandungi tinggi oksigen yang dibawanya dari rumah. Untuk kulit yang cantik dan minda yang cergas perlukan bekalan air yang mencukupi. Dua hingga tiga liter air kalau boleh, bagus untuk metabolisme badan.
"You.."
Naura Safiyah memandang ke sisi kiri setelah meletakkan botol airnya di atas meja. Mujur sahaja dia sudah selesai minum baru ada yang datang sergah. Mahu tersembur air kerana terkejut.
"Mm yes?" Naura mengangkat keningnya ke atas dan memicit hidungnya.
"Jam pukul berapa sekarang?" lelaki itu tersenyum malu.
"2.45."
"Oh.." lelaki itu segera mengangguk tanda faham kemudian dia melemparkan senyuman ikhlas.
"Thanks girl." Dia segera beredar tergesa-gesa.Naura memicit hidung.
Tabiatnya!"Nak tanya tu je ke?" Naura memusingkan badan memandang belakang. Dia melihat lelaki itu keluar daripada perpustakaan dimana dia berada sekarang. "Nasib baiklah cute." tangan kecil halusnya mula mengemas peralatan. Kuliah petangnya jam tiga nanti.
Gadis itu juga melangkah pergi keluar dari perpustakaan awam. Dia juga tidak tahu mahu pergi kemana sama ada terus pergi bilik kuliah atau ke cafeteria. Kenapa harus berbelah bahagi. Perut juga sudah lapar tapi kesuntukkan masa pula jika ingin pergi ke cafeteria. Dengan itu Naura memilih untuk pergi ke bilik kuliah.
"Balik nanti belilah makanan. Sabar okay perut?" Naura mengusap perutnya.
Naura yang melilaukan matanya ke arah laluan kaki mahasiswi terlihat satu makhluk. Ya! Makhluk ini yang sering menghebohkan serta mengemparkan suasana di institusi. Siapa lagi jika bukan gerangan bulat yang sedang berjalan dengan penuh bergaya. Naura menelan air liur pahit.
Bob berjalan dengan penuh karisma di dada. Beg yang digalas pada bahu kanan dibetulkan agar tidak jatuh. Senyuman dibibir kian mekar. Wajahnya putih dan gebu itu persis duta pemilik KFC! Ayam KFC bergerak! Naura tergelak lucu sendiri.
"Hey you apa tengok-tengok I hah?" Bob memarahi tiga orang gadis yang merenungnya dengan pandangan yang intai-mengintai. "Tahulah aku kacak bergaya, tak malu sekodeng orang." Bob kembali berjalan ke arah seorang gadis ini.
Naura menggeleng kepala sambil tergelak lucu.
"Perasannya awak ni Bob."
"Adinda tak percaya yang Kanda ni kacak? Begitukah?" Bob membulatkan wajahnya yang sedia bulat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...