°•°•°•°•°
Kaki menuju blok jahitan dengan malas. Baru sahaja cuti bermula namun sepantas itu berlalu pergi. Tidak lama lagi dia pula yang akan meneruskan praktikal. Sudah beberapa tempat dia melihat dan mencari maklumat. Mudah-mudahan rezeki berpihak kepadanya.
Naura menolak daun pintu dengan lemah.
Tiada wajah seceria dulu. Kelihatan hanya wajah sayu yang beku. Aireen memegang tangan Naura. Nampak pucat sahaja gadis itu.
"Why? Are you okay?" ujar Aireen.
Naura tersenyum nipis.
Di dalam begnya ada beberapa souvenirs untuk diberikan kepada rakan terdekat. Aireen terima dengan gembira. Jangan diberikan barang yang mempunyai jenama berikan sahaja makanan. Tidak akan dikritik.Seperti kantung doraemon, Naura mengeluarkan gulungan benang yang sempat dibelinya di sana. Pantang melihat benang berkilauan sudah tentu akan dibeli. Manik yang tidak pernah dimiliki turut diambil sama.
"Cantiknya yang ni!" benang kilauan biru itu diambil. Jika dilihat dari jauh kelihatan hijau jika dekat kelihatan putih. Cantik!
Naura tersenyum lagi.
"Sebab tu beli."Kelas bermula seperti biasa. Kadang-kala gadis itu tidak dapat memberikan sepenuhnya perhatian. Ada hati tang terasa berat untuk terima.
Naura terkenang.
Dia rindu lelaki itu. Meskipun tidak mengenalinya dengan lebih dalam dan terperinci namun sudah mengambil masa yang lama dalam kiraan enam bulan. Enam bulan dalam konteks perfect stranger.
Keluhan dalam dilepaskan.
Kenangan tidak mungkin pudar begitu sahaja. Meskipun beku, dia ada sudut yang lain. Yang tidak semua orang mampu melihat. Cara dia, ada gaya yang tersendiri. Tarikan dia? Semua.
"You.." Aireen mencucuk lengan Naura.
"Jangan berangan.."Naura kembali dalam dunia nyata.
Dia tahu apa yang harus dia lakukan.Melakar busana!
Sketchy!Suasana universiti itu jujur dirindui. Namun tidak semua pelajar mengalami situasi yang sama. Ada yang tidak mahu melihat situasi di universiti tetapi tidak bagi Bob. Cuti semesta yang sememangnya digunakan untuk tidur dan makan! Manfaatkan masa cuti. Leisure time.
Bob dengan semangatnya menjumpai Naura. Lama tidak ketemu terasa rindu pada Adinda. Niat dihati untuk mengejutkan gadis yang mengelamun itu tetapi terbantut.
"Kenapa muka Adinda macam ni?" Bob bernada perlahan.
"Macam ni macam mana?" Naura bertanya tanpa ada reaksi.
"Macam sekarang ni lah." Bob menunjukkan jari ke arah muka Naura. Dibulat-bulatkan mengikut wajah gadis itu.
Naura tidak membalas. Dia mahu pulang ke rumah. Tidak ada selera untuk datang ke sini. Dia mahu menyendiri. Sejujurnya, dia tidak tahu apa yang tidak kena terhadap dirinya. Masalah apa yang begitu rumit untuk diatasi? Bukankah Allah tidak akan membebani hambanya. Allah hanya uji kerana dia mampu. Ya, kerana hambanya mampu. Jadi, semua ini hanyalah perkara kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Novela JuvenilAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...