[ chapter 14 ]

2.1K 137 25
                                    

°•°•°•°•°

Naura Safiyah mengekori Aish Fahri dari belakang. Kali ini tak akan dibiarkan. Katanya hanya ini sahaja peluang yang ada sebelum cuti semesta bermula. Mat salleh akan kata , now or never. Hanya ada dua pilihan dan kali ini dia memilih sekarang untuk memulakannya.

"Dia nak pergi mana pula tu?" hidung dipicit perlahan.

Sejak di tempat letak kenderaan dia mengekori lelaki itu sehingga tiba di perpustakaan, namun tidak juga dia munculkan diri. Hanya berani menjadi pengintai setia.

Naura bersandar ditepi dinding.

Nafas ditarik perlahan dan dihembus juga perlahan. Ini adalah kerja gila! Jantungnya berdegup kencang namun dia masih tetap meneruskan kerja gila ini.

Matanya dikecilkan memerhati di mana lelaki itu memilih tempat duduk. Dia tersenyum melihat tempat duduk yang dipilih lelaki itu.

"Nak pergi ke tak eh?" Naura meletakkan tangan sejuknya di pipi yang terasa bahang.

"Nak pergi malu. Nanti dia kata apa pula..." Naura menunduk menekur lantai. Dia mula terfikir kenangan pahitnya.

Apabila dia mahu mula mengenali orang untuk dijadikan sahabat mahupun rakan pasti peristiwa itu menyengat keseluruhan sendinya. Perit. Serik. Takut.

"Perlu ke aku pergi.." Naura berkata perlahan.

Melihat lelaki itu sedang duduk sambil membaca buku membuatkan dia tersenyum nipis. Hati mahu pergi tapi seakan ada yang menghalang. Dia mengeluh perlahan.

Tidak jadi mengekori lelaki itu, dia menukar nawaitu untuk masuk ke perpustakaan. Mahu mencari bahan grafik yang lain. Mencari ilham untuk dimasukkan unsur geometri ke dalam busananya kelak.

Jari telunjuk diletakkan pada satu buku dan ditarik sepanjang perjalanan melilau rak buku. Jari tunjuk ke arah lain, mata memandang rak yang lain.

"Tak menarik." Aish Fahri melepaskan keluhan melalui rahangnya. Buku diletakkan di atas buku yang lain. Sudah pandai ambil tidak pandai letak semula!

Dia menarik buku yang lain pula. Selak halaman pertama, belik kandungan terakhir. Diselak secara rawak untuk mencari gambar namun tiada. Bosan! Diletakkan lagi buku tadi di celah ruang antara buku di bahagian atas.

Naura Safiyah masih lagi kaku.
Suara itu!

Mata bundar itu terkedip-kedip beberapa kali. Tangan sejuk kaki beku! Jantung mahu tertanggal dari tangkainya. Berdegup-degup seperti irama lagu!

Naura memberanikan diri maju kehadapan satu langkah mendekati rak buku. Dia nampak kelibat lelaki memakai hoodie itu menghampiri barisan buku dimana dia berada meskipun diruang bertentangan.

Aish Fahri menarik keluar buku dan apa yang dilihat adalah tudung seorang wanita. Apabila dia menundukkan pandangannya di celah buku, mata mereka bertaut.

"Eh!" Naura yang terkejut dengan tenungan itu segera berundur beberapa tapak. Hidung dipicit laju.

Naura Safiyah tersengih malu.

"Apa kau buat?" Aish Fahri mengeluarkan suaranya. Agak kasar dan garau. Naura menggeleng kepala kaku. Kini yang dia rasa hanyalah perasaan gemuruh.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now