°•°•°•°•°
Bob memegang beg yang disandang di bahu dengan kedua-dua belah tangan. Gaya kanak-kanak riang hadir ke tadika. Senyuman lebar Bob tidak pernah pudar apabila datang ke kolej. Sentiasa tersenyum yang menyebabkan orang sekeliling musykil. Gemar sungguh dia untuk hadir ke kolej. Ada apa?
"Weh Bob!"
Bob berhenti dan memandang gerangan yang memanggilnya.
"Ada apa?""Suka kau pagi ni?"
Bob melepaskan pegangan beg dan dibiarkan tergantung dibahunya seperti normal. Dia dapat merasakan dengan jelas bahawa dia sejujurnya dalam bahaya. Pasti ada tersirat kejahatan disebalik ramahan teguran ini. Dua orang lelaki itu tersenyum sinis antara satu sama lain.
"Kau takut ke Bob?"
Bob masih diam.
Memandangkan ini kolej tiada siapa pun yang peduli. Berbeza dengan zaman sekolah pasti ada guru disiplin yang memantau keadaan sekolah dan membasmi sehabis baik aktiviti ponteng, buli dan lepak. Tetapi ketika ini, semua itu tiada. Berbeza!
"Kau orang nak apa? Aku tak kacau kau orang kan?" Bob memandang ke kiri dan ke kanan.
"Aku sebenarnya dah lama perhatikan kau ni, dah lama sangat. Tunggu masa sahaja dan aku rasa sekaranglah masa yang sesuai tu. Kau rasa?" senyuman ngeri sengaja ditayang. Bob semakin ngeri.
"Apa masalah kau? Aku tak kacau kau jadi jangan kacau aku."
"Aku sebenarnya muak tengok spesies kau ni. Aku rasa macam nak.." penumbuk mula diayunkan namun sempat ditahan kemudian dia ketawa melihat muka ketakutan Bob. Mereka berdua ketawa besar. Bob mula bermandian keringat. Mentang-mentang dia lemah, orang memperlekehkannya.
"Woi!"
"Tu dia..."
Lelaki itu tersenyum.
"Kau nak jadi apa? Hero? Or heroin?"Naura Safiyah memicit hidung.
"If yes, why? Wanna deal with?""Excuse please." Lelaki itu tersenyum sinis.
"Ingat kau tu perempuan. Lemah je. Sekali aku bagi, malas je nak cakap kau tahulah lepas tu apa akan jadi. Susah betul kalau ada dua spesies macam kau orang ni. Menghancurkan bangsa je."Naura mengepal buku limanya.
"Habis kau expect manusia spesies yang macam mana untuk banggakan bangsa dan Negara? Yang macam kau orang ni ke? Nak jadikan Malaysia ni rakyat yang buli orang? Memperlekehkan golongan lemah? Menganiaya wanita? Macam tu? Bagus ke? Kau lepasan ijazah pun belum sibuk bertahta macam raja padahal kau punya apa pun tak ada."Naura Safiyah memandang belakang. Dia melihat..
Dari mata jatuh ke hati!!Lelaki tadi terkelu seketika.
"Kau..""Kau bukan dah blah ke? Asal kau ada lagi kat sini?" lelaki yang lagi satu mula berbicara.
"Hak aku ada kat sini." Aish Fahri tersenyum sinis dan berjalan kehadapan.
Naura berlari kea rah Bob.
"Are you okay?"Bob mengangguk dalam takut.
"Lets make it clear, kau stop acah bagus atau kau cari kolej lain. Kau ingat kau boleh berjaya ke dengan tumpaskan orang lain macam ni. Kau ingat kau dah layak sangat? Ada ke orang bagus yang dah berjaya tu buat macam ni? Untuk berjaya perlu ke tumpaskan orang lain? Sekarang aku nak tanya kau. Apa yang kau tak puas hati?" Aish Fahri mengangkat wajahnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...