°•°•°•°•°•°
Aish Fahri memicit telefon bimbitnya dan kemudian ditutup semula. Hal itu dilakukan beberapa kali secara berulang-ulang. Buka , tutup. Tutup dibuka semula. Aish Fahri meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.
Dia bersandar di kerusi. Tangan diraupkan di kepala. Jika dia mampu ingin sahaja dia meresap masuk ke dalam kerusi kerjanya.
Haih!
Aish Fahri memejamkan matanya seketika.
Semuanya sudah selesai. Masalah di universiti Umi sudah selesai namun yang tinggal menjadi tanda tanya adalah dimana Naura Safiyah? Sudah lama dia tidak melihat gadis itu. Hati bagai dipagut rasa rindu.
Aish Fahri membuka mata dan menggeleng kepala.
Dia mengambil pensil dan mencapai kertas lukisan. Ini adalah salah satu cara meluangkan masa bosan. Melakar apa yang tersimpan di sudut hati. Secara tidak langsung, ilham datang tanpa di duga.Tanpa memerlukan lagu, kau ilhamku.
Lelaki itu melakukan kerjanya dengan leka. Kepekaannya akan hadir apabila dia melakukan hal yang digemarinya. Kesempurnaan amatlah dipentingkan. Jika tidak mampu untuk terus kekal sempurna, setidaknya dia masih mencuba untuk menghasilkan karyanya yang terhebat.
Masa yang diambil untuk dia melukis tidak terlalu lama. Cukup masa makan tengah hari itu digunakan untuk melukis sahaja. Memandangkan objek di dalam lukisan berada dekat di hati dan melekat di minda mudah sahaja untuk dia terjemah semua itu dalam bentuk lukisan.
Shaz yang membeli bungkusan makanan untuk Aish Fahri tersenyum melihat gambar yang dilukis oleh sahabatnya.
"Rindu dia?" Shaz bersuara serius.
Aish Fahri segera menutupi kertas itu dengan membuka helaian yang kosong di bahagian bawah. Shaz sudah tergelak sakan melihat aksi Aish Fahri. Tidak dijangka itu yang bakal dilakukan oleh Ice Prince untuk menutupi malunya.
"Shaz.." Aish Fahri bersuara serak-serak basahnya.
"That's funny bro." Shaz masih tidak lagi berhenti dari ketawa yang masih menguasai diri.
Aish Fahri tidak pedulikan Shaz disambung sahaja shade yang perlu ditambah untuk menghidupkan gambar. Banyak-banyak anggota yang ada pada gadis itu, dia paling suka adalah hidungnya selain dari mata. Ah! Dulu tidak suka!
Shaz menghabiskan tawanya dan menghampiri Aish Fahri untuk melihat potret Naura Safiyah dengan lebih jelas. Dari sisi lainnya, dia merasakan potret itu dilukis dari hati.
"Kau rindu dia kan Fah?" Shaz menduga.
Aish Fahri diam. Bersandar dan memejamkan matanya.
Lepas waktu makan tengah hari mereka terpaksa dihantar di tapak pembinaan. Parah! Parah!"Rindu kata rindu. Cinta kata cinta." Shaz mengusik.
Mata yang cukup kecil cukup untuk menghentikan Shaz dari terus berkata-kata perkara yang mengarut. Lukis sahaja tidak melambangkan apa-apa pun. Hanya sekadar lukisan. Aish Fahri menentang kata hati. Otak dimenang-menangkan.
"Mengakulah. Lukisan ni pun dari hati. Kalau aku jual mungkin dapat beribu." Shaz tergelak lagi.
"Dah lama tak nampak dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...