[ chapter 13 ]

2.2K 146 44
                                    

°•°•°•°•°

Encik Azri menyelak helaian dokumen yang baru dihantar oleh pekerjanya. Pen yang tidak jauh terletak di sebelah komputer diambil dan ditandatangani setelah yakin dengan isi kandungan dan usul yang dibaca tadi.

"Tuan?" Gadis bertudung litup menjengah disebalik pintu kaca. Lupa pula dia hendak mengetuk pintu sebelum masuk.

"Ya? Ada apa kamu masuk?"

"Maaf menganggu." Gadis itu terkulat-kulat dibelakang pintu. Encik Azri menggeleng kepala. Hampir sama umur dengan anaknya.

"Masuklah."

Gadis itu pun masuk ke dalam dengan penuh karisma dan membetulkan kemejanya. Dia tersenyum seketika dan menunjukkan nota jadual Encik Azri.

"Sebenarnya hari ni waktu makan tengah hari Tuan ada lunch date dengan Tuan Basri. Pukul 2 di tempat biasa." Gadis itu memberitahu.

"Oh ya.." Encik Azri mengangguk dan bersandar di kerusi. "Saya hampir terlupa. Tuan Basri dah bagitahu saya semalam. Baiklah, saya kena pergi sekarang kalau ada apa-apa terus inform pada saya."

Gadis itu mengangguk dan tunduk separa tanda hormat. Encik Azri berdiri dengan segak dan membutangkan baju hitam. Tali leher berjalur biru itu dikemaskan sambil berjalan keluar dari biliknya.

Gadis itu menghembus nafas lega.
"Nasib baik ingat.." dahi dipegang.

Tangan rasa sejuk muka rasa panas!

Encik Azri membuka beberapa butang sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Semput pula rasanya bila mahu nampak segak tapi hakikatnya membawa perut seakan lima bulan! Parah..

Enjin kereta dihidupkan seketika. Poket seluar dipegang untuk mengeluarkan telefon bimbit yang berdering dari tadi. Basri?

"Waalaikumsalam." Encik Azri menjawab dengan suara yang agak terkejut. Belum pukul 2 sudah main telefon ni ada apa?

"Aku ada hal lain dulu. Kau kat mana?"

"Budak baru?" Encik Azri mengerutkan kening. "Bagi aku dia punya fail peribadi nanti aku semak mana yang patut apa yang sesuai dengan dia."

"Baik, waalaikumsalamwarahmatullah.."

Talian mati. Encik Azri merenung telefon bimbitnya dengan perasaan hiba serta-merta. Gambar sebagai home screen adalah gambar keluarganya. Hari raya lima tahun yang lalu. Dimana semuanya masih kecil dan tidak mengerti. Sayu..

Shaz membaling gumpalan kertas ke meja sebelah.

Aish Fahri mengecilkan matanya memandang Shaz yang tersengih dimeja sebelah. Hari-hari muka sama tapi kalau muka baru rasa macam tak sanggup pula nak hadap. Aish Fahri tidak mengendahkannya dan sekali lagi Shaz membaling gumpalan kertas yang lebih besar.

"Nak apa Shaz.." suara meleret serak basah keluar.

Shaz tergelak sendiri.
"Aku bosan kerja pejabat."

"Tak bersyukur."

Shaz terus berdiri dan meletakkan tangan diatas boarder pemisah meja mereka. Wajah sunggul ditayang kepada Aish Fahri bersama mata yang sudah kuyu.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now