°•°•°•°•°•°
Tanah perkuburan itu terasa aneh untuk mereka berdua. Selama ini, selama tujuh belas tahun mereka hidup tanpa sekalipun singgah ke makam ibunya. Apakah tidak digelar anak derhaka begitu? Pandangan sayu dari mata Afrin dan Afran menjelaskan segala-galanya.
"Di sana.." Encik Azri tidak menghabiskan ayatnya.
Sesak nafas hendak mengatakan perkara sebenar.Sungguh, berkata jujur sungguh sakit untuk dilontar. Bahkan, untuk menerima kebenaran dari kejujuran itu sendiri sangat sukar. Mengambil masa yang lama untuk diterima.
Afrin dan Afran mengangguk tanda mereka mengerti.
Naura turut sama mengikuti Afrin dan Afran melangkah ke arah makam ibu kandungnya. Semakin menghampiri makam semakin sayu hatinya.
Ini adalah ibu yang lahirkan mereka.
Ini adalah ibu sebenar ibunya.
Dan ini, ibu yang tidak sempat dia melihat keberadaannya.Afrin menahan pilu di dada sehingga tidak terlafaz satu perkataan pun. Afran menahan air matanya dan tersenyum. Sesungguhnya, ini adalah hadiah terindah untuk dirinya.
"Assalamualaikum Ibu.." ujar Afran.
"Hari ini adalah hari yang paling indah untuk Afan. Kami berdua dah besar bu dan beberapa hari lagi kami akan menjawab spm. Ibu? Hari ini adalah hari di mana pertama kali Afan jumpa ibu. Hari yang sangat istimewa untuk kami berdua Ibu." Afran menyekat air mata.
"Syukur kami dapat jumpa Ibu. Perasaan gembira ini dah menggantikan rasa sakit selama tujuh belas tahun di sini." Afran menambah lagi.
"Ibu.." Afrin tidak pandai untuk berkata-kata.
Dia hanya mampu terdiam kelu.Biarlah, dia yakin di alam sana ibu tetap mendoakannya. Setidaknya, ibu salah satu wanita yang mati syahid. Dia berjanji kepada diri sendiri untuk buktikan kebolehan diri. Dia mahu membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Dia mampu membanggakan ibunya.
Dan ayah?
Itu kami masih belum tahu.Naura tidak lekang dengan air mata. Hatinya bagai dipagut rasa sedih. Perit adiknya bukan tidak pernah rasa. Dia juga turut rasa hal yang sama. Terkilan rasa hati sanggup ibu melakukan hal ini sedangkan memaafkan adalah senjata yang terbaik. Namun ibu memilih untuk berdendam.
Afrin dan Afran dibiarkan sendiri.
Naura menemui ayahnya semua.
"Bah.."Encik Azri memandang anak perempuan satu-satunya.
"TokMak dan TokAbah tu siapa?" Naura bertanya.
Semalaman dia berfikir hal ini.Encik Azri mengangguk bersama keluhan berat.
"Tokmak merupakan ibu susuan kepada Ibu kamu."Naura memicit hidung dan tercengang. Namun tidaklah seaneh itu untuk terkejut. Hal ini adalah hal biasa.
"Dulu masa bayi, mak menyusukan Ibu kamu dan arwah kakaknya. Hanya arwah kakaknya sahaja yang dapat menerima susu mak tetapi tidak ibu. Jadi disebabkan itu Ibu disusukan oleh Tokmak. Dari kecil lagi ibu memendam rasa." Encik Azri meraup wajahnya.
Naura menutup mulutnya dengan tangan.
Kasihan sekali ibu. Setidaknya ,ibu menjaganya dengan penuh kasih sayang. Walaupun ibu kelihatan keras namun ibu masih menyayanginya dan tidak sama sekali membezakannya dengan adik beradik yang lain mahupun anak jiran. Ya! Ibu tidak pernah berbuat begitu.

YOU ARE READING
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...