°•°•°•°•°
Pagi itu dipandang ceria, udara situasi pagi sebegini apabila singgah ke dalam rongga hidung lalu memasuki rongga toraks. Sungguh! Nyaman seperti di kampung halaman.
Naura berjalan menuju taman mini milik Puan Adila. Penyembur berwarna merah jambu itu diambil.
Penutup penyembur dibuka dan pili air dibuka. Sudah penuh terisi kepala dan badan dicantumkan semula. Naura menghampiri setiap bunga yang sedang mekar.
"Cantik!" ujarnya pada mawar merah.
Kelopak bunga disentuh kemudian disembur. Begitu juga dengan bunga yang seterusnya. Ini kerja orang yang tiada kerja.
Naura bercangkung seketika apabila melihat sesuatu di tanah. Dia menyelak dedaun yang tumbuh rendang di bahagian sisi berbanding dibahagian pucuk.
Hal ini terjadi menyebabkan pokok kelihatan rendang dan padat. Setiap bahagian pucuk yang menghasilkan hormon auksin dibahagian permukaan atas akan dipotong. Ini muslihat! Maka, pucuk di bahagian sisi yang mempunyai auksin akan tumbuh tinggi.
"Siput?" Naura bersoal sendiri.
"Hmm.." Naura ligat memikirkan lawak hambar bersama siput!Aish Fahri yang melihat Naura di tingkap bilik segera turun ke bawah. Elok sahaja tadi menyimar pokok bunga sekarang dia hendak bermain tanah dah kenapa pula?
Seperti kilat, Aish Fahri menghampiri Naura yang ingin mengambil siput di tanah itu. Peh! Geli.
Tangan Naura diambil.
"Jangan." ujarnya."Ya Allah!" Naura terkejut tidak tahu mahu terduduk atau mahu terpacak berdiri. Aish Fahri memegang Naura agar postur badan gadis itu stabil.
"Awak ni suka sangat buat saya terkejut." Naura menunduk menghembus nafas terkejut. Mahu memicit hidung kedua-dua tangannya dipegang erat.
Aish Fahri membawa Naura cangkung semula disisinya. Naura memandang Aish Fahri dari dekat.
Pipi tu. Naura tersengih sendiri.
Pipi gebu Aish!"Tu. Beracun." Aish Fahri tekun menganalisis corak pada cengkerang siput itu.
"Betul ke? Mana awak tahu? Kalau saya pegang tadi, matilah?" Naura ternganga sendiri akibat terkejut. Ingatkan siput babi! Baru nak tanya adakah ia siput atau..?
Aish Fahri mengecilkan matanya.
Benda serius jangan buat main.Naura tersengih.
"Mana awak tahu kalau dia beracun? Apa bezanya dengan siput biasa?""Entah."
Naura mencebik bibir dan keningnya automatik berkerut! Ada ke jawapan macam tu? Itu bukan jawapan yang dicari menyebabkan gadis itu tidak berpuas hati.
"Jangan main benda macam ni." ujar Aish Fahri sambil memandang Naura Safiyah.
"Boleh?"
Naura Safiyah memicit hidung.
"Tak boleh." balas Naura sambil ketawa kecil.Aish Fahri mahu mengambil siput tadi memandangkan Naura memberi kata tidak sebagai jawapan.
"Jangan! Beracun!" Naura menarik tangan Aish Fahri dan digenggam erat.
Aish Fahri tersenyum nipis.
"Awak sendiri cakap siput tu beracun janganlah pegang. Kalau kena racun dia macam mana?" Naura memegang tangan Aish dengan lebih kuat.
Aish Fahri bangun mendadak membuatkan Naura turut bangun tanpa sedar.
"Jom?"
"Mana?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Dla nastolatkówAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...