[ chapter 12 ]

2.1K 128 29
                                        

°•°•°•°•°

Hidung merah. Mata bulat. Muka ayu. Aish Fahri menarik-narik belakang rambutnya. Sudah hampir tiga hari bayangan itu menjengah dan menjamah serebrumnya. Kenapa harus segala maklumat tentang gadis itu diintegrasi dan diinterpretasikan?

Aish Fahri melepaskan dengusan kecil.

Siling biliknya yang berwarna putih ditatap tidak berkelip. Mata sahaja yang merenung sehingga tembus namun hakikatnya jiwanya tiada disitu. Hanya jasad yang tiada roh.

Telefon bimbit yang diletakkan disisinya mula berdering memecahkan lamunan tadi. Malas sungguh mahu dijawab pada mulanya namun sebaik sahaja panggilan dari rakan sekerjanya langsung dijawab.

"Ya? Waalaikumsalam." Aish Fahri terus duduk membongokkan sangkar rusuknya sedikit, bahu jatuh. Bentuk badan V di bahagian pinggang yang kecil badan tip-top.

"Oh.."

"This week?"

"Alright." talian dimatikan.

Meskipun dua tiga patah sahaja yang terlucut dari bibirnya ia lebih baik dari tiada bukan? Lebih baik memberi sedikit tindak balas walaupun ia lebih menyakitkan dari tiada tindak balas.

Aish Fahri bangun menuju meja kerjanya. Ada kerja yang harus dilaksanakan. Tshirt polos dan jogger pant itu sahaja gayanya dirumah. Kerusi roda ditarik dan diduduki dengan gaya santai. Pensil dicapai dan pembaris berbentuk T diletakkan dibawah dagu.

Mencari inspirasi.

Mata yang dihiasi bulu mata yang memanjang lurus dikatup rapat cuba untuk menenangkan fikiran yang sudah hampir tiga hari serabut. Kosongkan fikiran. Jangan minah tu yang hadir sebagai inspirasi sudahlah!

"Hmm.." mata dibuka perlahan-lahan.

Pembaris berbentuk T diletakkan semula, blue-print time! Gulungan kertas yang sedia ada dibentangkan memanjang, pemberat tidak kira apa ditindih pada setiap bucu pada atas papan lukisan. Membuat suatu perkara yang disukai akan datang dari hati, keikhlasan yang disalurkan dalam apa yang dilakukan. Kerana ada jiwa disitu.

Sebab itu, mencari kerja yang serasi mula dengan hati. Jika hati penuh dengan minat keikhlasan akan datang. Kerja yang akan dilaksanakan juga berkualiti.

"Dinda!"

Naura tersentak sehingga menutup buku rujukan yang diselaknya tadi. Tindakan refleks. Naura memandang kecil sahaja gerangan bulat dihadapannya.

"Bob! Saya tak ingat page berapa yang saya baca tadi!" Naura memicit hidung dan mula menyelak semula halaman tadi.

Kebiasaannya buku yang baru ditutup masih tertinggal bekas yang dibaca. Sebesar harapan gadis itu tanamkan agar menjumpai semula halaman yang dibacanya tadi.

"Sorry.." Bob memuncungkan bibirnya bersama bahu yang dijatuhkan. Naura memandang Bob.

Kemudian dia tersenyum. Bukan itu lagi masalahnya sekarang buku tadi dialihkan sedikit. Hargai yang dihadapan mata , dia tidak mempunyai kawan ramai yang hadir ini sahaja yang harus dihargai.

Jika mereka sudah pergi baru tergadah diri sudah tiada makna. Nasi sudah menjadi bubur, bubur pun sudah basi. Tidak berguna!

"Marah lagi?" Bob bertanya. Naura yang masih tersenyum perlahan-lahan menggelengkan kepalanya.

Di Setiap PertemuanTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang