°•°•°•°•°
Naura merendam kain di dalam mangkuk kaca yang berisi air suam. Ibunya tiba-tiba panas badan. Semalaman juga Naura terpaksa berjaga mengawasi ibu. Takut-takut ibu tersedar larut malam.Kain tadi di perah agar air suam tadi keluar. Kain separa basah itu dilipat dan diletakkan di atas dahi Puan Adila dengan berhati-hati.
Naura Safiyah memegang tangan ibunya. Ada kalanya dipicit dan diurut tangan ibunya yang terasa sungguh lama tidak dipegang.
Rindu sentuhan lembut ibu.
Naura tersenyum sayu.Dia masih lagi terkelu dengan apa yang terjadi. Bukan mudah untuk menerima kenyataan bahawa adiknya itu bukan adik kandungnya. Setelah tujuh belas tahun hidup bersama dan akhirnya dia mengetahui bahawa adiknya itu cuma adik saudara sahaja.
"Ya Allah.." Naura memicit kepala sendiri.
"Macam mana semua ni boleh berlaku."Naura menggusap wajahnya perlahan. Jika dia sendiri tidak kuat bagaimana dengan Afrin dan Afran? Pasti adiknya itu terkejut dari dirinya.
Encik Azri muncul di sebalik pintu. Menjengahkan kepala ke dalam bilik. Naura memandang ayahnya tidak beriak.
"Ibu dah bangun?"
Naura menggeleng.
"Ibu penat sangat agaknya.""Mari. Abah nak bincang sesuatu." Encik Azri keluar semula.
Naura akur.
Ketiga-tiga adik-beradik sudah bersua muka. Abangnya terus ada di sini. Semuanya tinggal menanti kehadiran Naura di ruang tamu. Keadaan sekeliling agak tegang.
Naura tidak berani memandang adik kembarnya. Dia tidak sanggup dan tidak sampai hati untuk melihat mereka dalam keadaan sedih sebegini.
Encik Azri mengeluh seketika.
"Macam mana abah nak kata ya."Izz Affan menanti sabar manakala Afran dan Afrin hanya berdiam diri. Dia masih terkejut dengan realiti dunia.
"Bukan abah sengaja merahsiakan hal ni tapi semua ni abah buat ada kebaikannya. Kebaikan untuk Afrin dan Afran."
Afrin dan Afran tidak mengangkat wajah.
"Memang apa yang kami lakukan adalah salah tapi usia terlalu muda pasti tidak akan faham dengan situasi sebegini."
Afran memandang Encik Azri.
"Kenapa tak letak kami di rumah anak yatim?""Afran!" Izz Affan bersuara.
"Ini permintaan arwah ibu kamu."
Afran tersenyum sinis.
"Menjaga tanpa sedikit pun rasa kasih sayang. Ibu pun tidak rela jaga kami. Perlu ke bersusah payah."Encik Azri menelan rasa pahit. Anaknya itu sudah cukup besar untuk memahami masalah dan menilai segala yang dilakukan.
"Tapi kau berdua tetap sihat dan dijaga rapi." Izz Affan bersuara lagi.
"Along tak ada di tempat kami. Bukan niat untuk biadap tapi selama ini kami yang rasa." Afrin pula membidas.
Naura menahan sakit. Dia tidak suka ini semua. Dia tahu ini semua hanyalah mimpi buruk semata. Lebih baik hidupnya sunyi tanpa ibu di rumah daripada kehilangan adik yang sentiasa di sisi.
"Siapa ibu kami?"
"Adira." Encik Azri berkata perlahan. "Kembar kepada Ibu."
Naura membulatkan matanya.
"Ibu ada kembar?"Encik Azri mengangguk.
"Arwah Adira ialah kakak kepada Ibu. Ibu lambat lima minit."Naura Safiyah masih lagi tercengang. Maknanya, keturunannya mempunyai sel gamet kembar. Dan jika ia terus turun maknanya jika ada rezeki dia bakal mempunyai anak kembar juga!

ANDA SEDANG MEMBACA
Di Setiap Pertemuan
Teen FictionAntara Kau dan Aku. Aish Fahri bin Kamarul yang riaknya beku namun penuh kasih sayang. Bukan melalui lidah tetapi pada caranya. Tidak semua mengerti bahasa yang digunakan. Hanya yang satu akan memahami dan menyukainya. Baik kelebihan atau kekurangan...