"Mina kau kerja ka hari ni?" Tanya Jihyo setelah kelas terakhir mereka, kelas matematik tamat.
" Haah." Jawab Mina ringkas. Dia mahu balik cepat awal masih banyak lagi kerja yang perlu dia siapkan sebelum pergi kerja.
" Ala...kitaorang baru nak ajak kau tengok wayang." Luah Eunji yang baru sahaja berdiri di hadapan meja mereka.
"Korang pergi jelah. Aku tak kisah pun." Balasnya. Lagipun bukan jenis manusia yang suka membazir begitu sahaja. Duit gaji yang dia dapat pun dia akan gunakan untuk perkara yang penting saja.
"Hmmm, tak apa. Kitaorang lepak kat cafe kau jelah. Boleh bincang kerja sekolah." Ujar Momo pula. Memang kebiasaannya tempat mina kerja itu menjadi tempat mereka berlima melepak nak menghabiskan masa bersama sampaikan boss mina pun tidak kisah tentang kehadiran mereka di situ.
"Korang, aku balik dulu yer! Bye.... Jumpa kat cafe." Pamit Mina segera mengatur langkah keluar dari kelas meninggalkan rakan-rakannya.
🏠🏠🏠
"Appa, Mina dah balik!" Mina melangkah masuk ke rumahnya, mencari kelibat ayahnya. Sememangnya waktu sebegini ayahnya sedang pulang dari tempat kerja untuk berehat.
"Appa kat sini Mina." Kedengaran suara dari arah dapur segera Mina melangkah ke sana.
"Appa, buat apa ni?" Tanya Mina mengambil tempat berhadapan dengan ayahnya yang sedang memotong sayur di meja makan.
"Appa nak masak la, sayang." Balas Appanya dengan lembut.
"Biar Mina tolong." Beritahu Mina mengambil pisau tapi belum sempat dia mengambil appanya menghalang.
"Mina pergi la berehat sekejap lagi nak kerja kan? Appa suruh duduk rumah tak nak." Bukan appanya tak menghalang Mina berkerja tapi anak sulungnya ni keras kepala. Katanya nak hilangkan stress....
"Baiklah appa sayang...Mina pergi berehat. Appa masak sedap-sedap tau." Mina mencium pipi appanya sebelum melangkah meninggalkan dapur.
🍵🍵🍵
"Mina......!!!!" Panggil Momo berlari mendapatkan Mina yang sibuk memgelap meja. Terkejut Mina dibuatnya. Nasib baik dia tak ada heart attack.
"Ha... ada apa?" Tanya Mina sambil mengurut dadanya.
"Saja!!" Jawab Momo mengambil tempat duduk di meja yang dilap oleh Mina.
"Isshh, kau buat terkejut aku jer. Mana yang lain?" Dia menumbuk bahu kawannya itu.
"Kejap lagi sampai la diorang. Aku malas nak tunggu diorang layan boyfriend diaorang tu." Sebenarnya Momo sedikit cemburu dgn kwn- kwn itu yang sudah mempunyai buah hati. Bukan dia tak ada tpi dia sudah putus.
"Ouh...Kau nak minum apa?"
"Hai, korang. Sori kami lambat." Sampuk Eunji melabuhkan punggung di sebelah Momo.
"Hmmm....yelah. Korang nak minum apa?" Tanya Mina sekali lagi.
" Macam biasalah." Balas mereka berempat serentak.
"Korang, tengok tu." Dahyun menunjukkan ke arah sekumpulan budak lelaki.
"Wow.....hensemnya. Cair aku." Jihyo mengenggam jarinya.
"Siapa diorang?" Soalan itu mengalihkan semua mata-mata sahabatnya ke arah Mina. Semua menunjukkan pandangan yang pelik.
"Serius kau tak kenal diaorang?" Eunji inginkan kepastian.
"Taklah kenal sangat. Yang aku tahu diaorang rajin juga minum kat sini ." Jawab Mina. Dahyun menarik tangan Mina duduk di kerusi berhadapan dengan mereka berempat.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...