CHAPTER 51

42 10 3
                                    

"Mina." Seokmin mendapatkan Mina yang melangkah masuk ke dalam vila.

"Awak pergi mana?" Tanya Seokmin. Seharian dia tidak melihat gadis itu. Bila dicari di dalam bilik, Mina tiada. Risau dibuatnya.

"Ah, saya pergi beli barang. Bagus juga kalau buat BBQ. Apa kata awak tolong saya." Mina menunjukkan beberapa bungkusan plastik.

"Dengan siapa?" Tanya Seokmin yang memerhati langkah Kai memasuki vila tersebut. Pelik. Dua org ni baru nampak muka.

"Tadi saya jalan sekitar sini. Lepastu singgah sekejap pasar tadi. Kaja!  Kali ini awak kena tolong saya." Mina menarik tangan Seokmin berlalu ke dapur. Belum masa masih belum tepat untuk memberitahu Seokmin hal yang sebenar. Bila hubungan mereka sudah jelas pasti dia akan jelas segalanya pada Seokmin. Sorry Seokmin. Aku cuma anggap kau tak lebih dari seorang kwn baik.

"Awak nak saya tolong apa?"

"Hmmm, tolong buat bara api. Saya nak siapkan bahan untuk buat BBQ, boleh?"

"Boleh. Siap nanti saya panggil awak." Seokmin tersenyum. Walaupun dia kesan perlakuan Mina yang sedikit pelik seperti menutup sesuatu.

😏😏😏

"You pergi mana tadi? Puas I cari tahu tak." Hyeri melangkah ke arah Kai yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik.

"Suka hati aku la. Lagipun ini bukan percutian aku pun kau yang nak so kau enjoy sahajalah." Kai menutup pintu.

"I tanya sahaja. Itupun nak marah. I bakal your wife. Please be nice." Marah Hyeri melangkah menuruni anak tangga.

😠😠😠

"Buat apa tu?" Kai merapati Mina yang sedang mengalih daging yang dipanggang ke dalam pinggan.

"Ini. Cuba rasa." Mina menyuapkan daging ke dalam mulut Kai.

"Panas." Kai mengibas mulutnya.

"Maaf, saya tak sengaja." Mina serba salah.

"It okey, sedap. Pandai awak buat!" Kai mencuit hidung Mina.

"Thanks."

"Awak dudukla. Biar saya buat. Kesian  my lovely girl berpeluh." Kai menarik Mina duduk di kerusi dan dia merampas penyepit pada tangan Mina.

"Ala, bukan selalu."

"Bukan selalu la. Saya tak nak awak terluka lagi. Nanti saya serba salah lagi. Duduk diam2 kat situ. Jgn buat saya risau." Kai memandang ke arah Mina dan kembali semula ke arah pemanggang.

"Thanks sebab selalu risaukan saya." Mina memeluk Kai dari belakang.

Kai tersenyum.

"Thanks juga sebab sentiasa bagi saya peluang untuk risaukan awak." Kai mengalih posisi badannya menghadap ke arah Mina.

"Korang buat apa ni?" Terjah Hyeri. Geram melihat drama di hadapannya. Patutlah Kai buat tak kisah padanya. Mina kau memang hipokrit.

Mina segera melepaskan pelukannya tapi Kai mengetatkan lagi.

"Lepaskan, Hyeri tengah tengok tu." Beritahu Mina.

"Ani, aku pernah cakap yang aku cinta Mina seorang sahaja dan aku takkan lepaskan dia." Tangan Mina digenggam.

Hyeri memandang tajam ke arah Mina. Panas betul hatinya. Hyeri melangkah ke arah Kai dan Mina.

"Kau memang tak guna. Kau perampas Mina. Kau hipokrit."Hyeri mengangkat tangannya ke pipi Mina tapi sempat disambar oleh Seokmin.

"Kau jgn sesekali pukul dia." Marah Seokmin mengenggam tangan Hyeri.

"Seokmin, kau masih tak sedar ka?  Perempuan yang kau sanjung tu sudah tipu aku bulat atau kau sengaja buat tak nampak. Sedarlah kau sudah disakiti. Jgn berdiam sahaja." Hyeri memukul dada Seokmin. Air matanya sudah berjurai.

Seokmin hanya berdiam diri. Dia sendiri pun buntu apa yang patut dilakukannya sekarang. Menangis, marah atau bergembira.

"Cakaplah sesuatu." Pinta Hyeri. Mungkin jika Seokmin bersuara akan ada sesuatu yang berubah.

"Kalau itu yang terbaik, Saya tak kisah. Semoga bahagia. Terima kasih atas pertemuan ini." Seokmin melangkah masuk ke dalam rumah.

"Seokmin..." Mina menyebut perlahan. Mina melepaskan genggaman tangan dari Kai lalu dia mengejar Seokmin.

"I need talk to you." Tegas Hyeri melangkah ke kerusi.

😩😩😩

"Seokmin, dgr dulu saya cakap." Mina menahan Seokmin daripada melangkah masuk ke biliknya.

"Saya rasa saya tak perlu dgr  penjelasan awak itu. Saya yang bodoh selama ini. Bodoh kerana mencintai awak. Akhirnya saya sendiri yang sakit. Betul apa yang awak cakap saya tak sepatutnya tunggu awak. Penantian saya selama 5 tahun ini amat menyedihkan. Jika saya tahu perkara ini akan terjadi saya takkan ikut awak sampai ke Jepun. Maaf kerana buat awak keliru selama ini and thanks untuk pertemuan yang bahagia ini. Kalau awak perlukan saya carilah saya, saya always akan terima awak." Ujar Seokmin. Walaupun sakit dia mesti luahkan juga.

"Awak ikut saya ke Jepun?"

"Itu tak penting."

"Lee Seokmin, saya serius ni. Betul ke awak ikut saya ke Jepun?"

"Betul, kalau boleh saya mahu tetap nak jaga awak smpai hujung nyawa. Tapi itu semua angan2. Awak sudah memilih." Seokmin melangkah masuk ke biliknya.

COFFEEWhere stories live. Discover now