"Nuna, kamu sudah balik!" Sapa Woohyun yang sedang menonton televisyen. Tanpa sebarang respon Mina terus masuk ke biliknya.
"Kenapa dengan nuna?" Woohyun kehairanan. Selalu pasti ada respon dari kakaknya itu.
Mina menutup pintu biliknya dan baring di atas katilnya. Memikirkan setiap perkataan yang diungkap oleh Kai tadi. Setiap perkataan itu bagaikan pedang yang menusuk dadanya bertalu-talu. Selama ini orang yang dicarinya sebenarnya ada di depan matanya dan org tersebut orang yang sangat dicintainya kini. Apa yang perlu dia buat? Dia menutup matanya dan bila dia bangun sebentar nanti semua itu hanyalah mimpi. Dalam pada masa yang sama air mata mengalir laju. Sakit! Sangat sakit hati ini.
Dia membuka mata. Keadaan biliknya sudah gelap. Dia mencapai telefon bimbitnya. Dia melihat terdapat beberapa panggilan dan mesej daripada Kai dan tidak ada rasa ingin membuka dan membacanya. Sebentar kemudian dia bangun dan ke bilik air membersihkan dirinya.
Dia keluar dari bilik air dan mengeringkan rambutnya. Dia duduk di atas meja belajarnya dan membuka laptop. Setika itu juga telefonnya berdering. Dia melihat nama Kai tertera di skrin telefonnya. Dia meletakkan kembali telefonnya. Beberapa panggilan akhirnya, dia paksa dirinya menjawab juga.
"Ini cik Mina ka?" Sapa satu suara asing.
"Ne!" Dia pelik. Kenapa orang lain yang bersuara.
🍵🍵🍵
Mina melangkah masuk ke sebuah gerai di tepi jalan. Dia melihat Kai sudah tertidur di meja penjuru kedai itu. Mulanya dia berat hati mahu pergi, dia takut hati dia sakit melihat Kai setelah dia tahu semua kebenarannya.
"Cik Mina!" Sapa satu suara.
"Ya!" Dia memandang ke arah seorang wanita dalam lingkungan 50-an.
"Saya tuan kedai ini dan saya yang telefon cik tadi!" Beritahu Wanita itu.
"Terima kasih!" Mina memberikan senyuman.
"Encik Kim sudah tertidur. Adakah dia dalam masalah? Selalunya dia datang sini bila ada masalah sahaja tapi tidak seteruk malam ini. Dari tadi dia sebut nama cik sebab itu saya menelefon cik tadi." Jelas Wanita itu memandang ke arah Kai. Kesian pada Kai selalu ada sahaja masalah.
"Saya bawa dia balik. Terima kasih!" Mina menunduk kepada wanita itu dan berlalu ke arah Kai.
"Encik Kim, bangun! Jom balik!" Mina menggerakkan badan Kai.
Kai membuka matanya tapi masih lagi dalam keadaan mamai.
"Mina, akhirnya jumpa juga awak! Saya rindu awak! Saya tak boleh hidup tanpa awak. Please jangan tinggalkan saya. Saya tahu awak sakit tapi saya akan sembuhkannya dan perbetulkan kesilapan family saya." Ujar Kai.
"Encik Kim, jom balik!" Mina menarik tangan Kai dan membantunya berdiri.
"Mina, saranghae!" Jerit Kai membuatkan pelanggan lain memandang ke arah mereka. Mina membuat muka menahan malu.
"Jom!" Mina menarik Kai berlalu pergi.
"Saya takkan pergi selagi awak tak maafkan saya dan awak tak beritahu awak cintakan saya!" Kai menjarakkan dirinya.
"Encik Kim, jom!" Semua mata2 di situ memandang ke arah mereka melihat hat drama mereka.
"Tak, selagi awak tak beritahu apa yang saya mahu dengar!" Kai berkeras.
"Mengaku sahajalah!" Ujar seorang lelaki.
"Ya, mengaku!" Kata Seorang wanita pula.
"Haishhh, saranghae! Jom balik!" Mina menarik Kai.
"Terima kasih!" Akhirnya Kai tertidur di bahu Mina.
🍵🍵🍵
Mina menekan loceng rumah Kai. Setelah pintu rumahnya dibuka, dia masuk!
"Bilik Encik Kim di mana?" Tanya Mina kepada pembantu rumah tersebut.
"Di tingkat atas! Jom saya tunjukkan!" pembantu itu membantu Mina menaiki anak tangga dan menunjukkan bilik Kai.
Mina masuk ke dalam bilik milik Kai. Dia meletakkan Kai di atas katil. Dia mahu meninggalkan Kai sebegitu sahaja tapi dia berpatah balik. Dia membuka blazer Kai dan tali leher kai tapi belum sempat dia membuka habis tali leher Kai sudah membuka mata. Mina terkejut. Mata mereka bertentangan. Dia memegang tangan Mina. Kai menolak Mina ke bahagian katil sebelahnya dan mengepung dengan kedua tangannya. Mina kaku. Dia merenung mata kai dan sebegitu juga Kai.
"Maaf! Tolong jangan tinggalkan saya." Ucap Kai sebelum badannya terjatuh pada badan Mina.
Mina menolak badan Kai, dia sudah tertidur mungkin tadi dia hanya dalam keadaan mamai. Mina menarik bantal dan meletakkan di bawah kepala Kai dan menyelimutkan Kai. Dia duduk di birai katil Kai memandang ke arah Kai yang sudah tertidur. Jika dia tidak beri cinta pada Kai masih ada lagi wanita lain akan mencintainya. Apatah lagi Kai seorang yang mempunyai rupa paras yang handsome dan berada dalam keluarga yang berada. Tapi mampukah dia melihat bahagia bersama wanita lain.
"Sorry, saya tak dapat mencintai awak!" Mina berlalu meninggalkan Kai. Kesedihannya tak dapat dibendung lagi. Walaupun hatinya sudah membenci Kai tapi sebahagian kecil mengatakan dia masih mencintai lelaki itu.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...