Kai muncul di dapur membuka peti sejuk. Mata Mina terbutang melihat Kai di situ. Segera Mina menyorok di bawah meja. Dia mengetuk kepalanya.
"Bodoh!" Ujar Mina menampar pipinya.
"Awak okey?" Tanya Kai menundukkan badannya melihat Mina di bawah meja menampar dirinya. Mina segera keluar tapi malang kepalanya berlanggar dengan meja.
"Aduh!" Mina menggosok kepalanya.
"Awak okey?" Tanya Kai melihat keadaan Mina.
"Okey! Awaklah punca saya macam ini!" Mina menyalahkan Kai. Kalau bukan disebabkan Kai dia tidak menyorok sebegitu.
"Kenapa saya pula? Habis awak kenapa awak menyorok?" Kai menyoal. Membuatkan Mina terdiam.
"Ka awak ingat awak buat apa pada saya semalam?" Tanya Kai sengaja menguji ingatan Mina.
"Saya buat apa pada awak semalam?" Tanya Mina ingin tahu setahu dia tidak buat apa2 pada Kai.
"Perluka awak tahu? Ingatlah sendiri!" Kai berlalu dari situ. Kai tersenyum mengingati apa yg berlaku semalam.
"Aku hantar dia balik!" Beritahu Kai pada Minhyuk melihat ke arah Mina terlena di situ.
"Aku tak kisah, cuma satu sahaja pesanan aku jaga dia baik2! Kalau tidak aku akan rampas dia dari kau. Ingat itu!" Ujar Minhyuk. Sedikit amaran diberikan pada Kai.
Kai tidak menjawab. Lalu dia mendapat Mina dan menggendong Mina ke keretanya.
"Kai, saranghae! Saya cinta awak selamanya!" Ujar Mina di telinga Kai dan merangkul lehar dgn erat. Kai menarik senyum.
🍵🍵🍵
Mina masih berada di dalam jubah mandian. Bajunya sudah kotor semalam dia pakai. Buntu tiada baju yang akan dipakai. Takkan dia mahu pinjam baju Kai. Memang tidaklah. Bajunya semua besar. Matanya tertancap pada beg kertas di atas meja solek. Segera dia mengatur langkah di situ. Sepasang gaun pendek berwarna putih. Segera dia memakai tanpa berfikir panjang daripada dia kesejukan. Setelah itu dia turun. Dia berjalan ke arah taman. Rumah itu terletak bersebelahan dgn tasik. Membuatkan suasana itu nampak indah. Entah mengapa Kai membawa di ke sini pun dia tak tahu.
"Cantikkan?" Tanya Kai melihat Mina yang khusyuk menghayati keindahan itu.
"Sejak bila awak kat sini?" Tanya Mina terkejut.
"Sejak awak berada di dalam hati saya!" Balas Kai tersenyum.
"Penipu, awak sudah bertunang dan please jgn buat saya mcm ini! Hantar saya balik!" Ujar Mina. Kali ini dia tidak akan termakan umpan lagi.
"Mina, dgr dulu apa yang saya nak beritahu pada awak?" Ya, Mina perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia tak mahu Mina sakit lagi.
"Sudahlah, awak kena sedar diri yang awak tunang org dan saya tak perlu berada bersama awak sekarang. Hantar saya balik now!" Jerkah Mina geram. Dia tidak mahu menjadi punca dalam masalah.
"Mina..... " Panggil Kai.
"Kalau awak tidak mahu hantar saya balik, saya balik sendiri. One more lupakan saya!" Ujar Mina berlalu pergi meninggalkan Kai di situ.
🍵🍵🍵
Mina duduk di situ bus station. Memikirkan perkara yang menghantui dirinya sekarang iaitu perasaan sendiri. Apa yang sebenarnya yang berlaku pun dia tidak faham. Apakah dugaan yang melanda dirinya.
"Awak nak balik mcm mana?" Tanya Kai duduk di sebelah Mina.
"Ikut suka sayalah nak balik mcn mana? Apa kata awak jangan sibuk hal saya dan awak pergilah luang masa dengan tunang awak itu. " Mina menunjukkan muka menyampah.
"Awak jeles?" Duga Kai memandang ke arah Mina.
Aku jeles. Tak, aku tak jeles. Bila masa aku jeles. Tak, tak aq tak jeles. Mina bertarung dengan perasaan dua sendiri.
"Habis tu kenapa tak jawab?" Duga Kai lagi. Sengaja menguji perasaan Mina.
"Saya tak jeles. Cuma saya takut hati saya akan terus terluka disebabkan awak! Saya sudah penat dengan semua. Penat dengan penipuan awak. Penat dengan dengan segalanya." Luah Mina. Kini tiada lagi air mata yang menitis. Sebab dia sudah lali dengan semua ini.
"Follow me!" Beritahu Kai.
"Perlukah?" Balas Mina.
"Perlu, ikut saya!" Kai menarik Mina ke dalam keretanya.
"Awak nak bawa saya ke mana?" Tanya Mina setelah kereta itu meluncur laju ke lebuh raya.
"Tempat untuk kita berdua sahaja!" Jawab tersenyum. Bila difikir hubungan mereka tiada satu pun yang indah semua yang pahit dan menyakitkan hati Mina. Mungkin yang indah tapi itu hanya sedikit. Selebihnya pahit. Kali ini dia mahu membuat kenangan manis untuk Mina dan padam segela kesukaannya.
"Tempat untuk berdua berfikir masa hadapan!" Tambahnya. Dia mahu hubungan mereka bukan berhenti di sini sahaja malah bersambung ke peringkat seterusnya.
"Stop car right now!" Ujar Mina. Fikir masa hadapan untuk mereka berdua. Mereka sudah tiada apa-apa. Kai sudah bertunang.
"Tapi kenapa?" Kai memandang Mina.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...