"Ahh, dah pagi! "Mina membuka matanya. Melihat suasana yang sudah terang.
"Mana pula Mamat tu ?" Mina bangun mencari kelibat Kai di sekitar kawasan itu tapi tiada.
"Oh no, takkan dia tinggalkn aku?" Mina mula resah. Dah la dia agak takut dengan keadaan di situ maklumla dia di hutan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku.
"Bila masa pula aku tinggalkan kau." Ujar Kai yang baru muncul dari semak samun.
"Habis tu kau pergi mana?" Tanya Mina.
"Aku pergi cari makanan la. Takkan kau nak mati kelaparan kat sini kut. Aku tak nak mati kat sini tambah2 lagi dengan kau. " Balas Kai.
"Dia buat dah perangan annoying dia tu." Monolog Mina menunjukkan muka meyampah.
"Habis tu mana makanannya? " Tanya Mina melihat tangan Kai kosong sahaja.
"Tak jumpa." Balas Kai ringkas.
"Habis tu. Kau nak mati kelaparan dengan aku ke kat sini." Perli Mina tersenyum sinis ke arah Kai.
"Jom cari jalan balik." Kai melangkah pergi.
"Haha, tak ada ayat nak balas la tu." Mina turut mengikuti langkah Kai.
"Berapa lama lagi nak jalan ni? Dah penat la." Rungut Mina menghentikan langkahnya.
"Cepatlah, kalau tak aku pergi dulu." Kai menghentikan langkahnya dab memusingkan badannya ke arah Mina.
"Ikut suka kaula. Aku nak rehat kat sini kejap." Balas Mina mengurut kakinya.
"Aku gerak dulunya. Bye! " Kai meneruskan langkahnya kembali meninggalkan Mina sendirian.
"Hati kering! Macam mana aku boleh tersuka kat mamat tu. " Monolog Mina.
🍵🍵🍵
"Cikgu Lee!" Panggil Eunji berlari ke arah khemah cikgu Lee.
"Kenapa, Eunji?" Tanya Cikgu Lee.
"Mina dengan Kai hilang!" Beritahu Eunji.
"Macam mana boleh hilang?" Tanya Cikgu Lee.
"Kami pun tak tahu, cikgu tapi kami dah cari mereka kat kawasan sekitar tapi tak ada. " Balas Seokmin.
"Cikgu akan hubungi ranger hutan dan kamu semua panggil kawan2 lain berkumpul. Lepastu kita cari mereka sama2." Arah Cikgu Lee berlalu ke khemahnya.
"Baik, cikgu! " Mereka bertiga bergerak ke khemah kumpulan lain.
🍵🍵🍵
"Mana Mamat ni? Cepat sungguh dia jalan." Ujar Mina mencari kelibat Kai yang hilang.
"Bukan nak tunggu aku sekejap." Tambah Mina meneruskan langkahnya.
"Hah, ada orang kat situ. Nak tanya ke tak payah?" Minat melihat tiga orang lelaki dalam lingkungan 30-an berkhemah di situ.
"Tanya jelah, mungkin mereka nampak mamat hati kering tu." Mina menuju ke arah 3 lelaki itu.
"Encik, saya nak tanya sikit boleh tak?" Pinta Mina setelah berada di hadapan lelaki tersebut.
"Boleh! Nak tanya apa?" balas Lelaki berambut kerinting itu.
"Ada nampak lelaki muda pakai jaket warna merah tak? Tinggi dia dalam 180 cm." Tanya Mina setelah mendapat lampu hijau dari lelaki2 tadi.
"Tak adala pula. Apakata cik duduk sini dulu. Nanti mesti dia datang sini cari cik." Ujar lelaki yang berada di sebelah lelaki berambut kerinting itu.
"Ouh, tak apalah. Terima kasih." Ucap Mina berlalu dari situ.
"Jangan macam tu cik. Duduk sini dulu. Kita sembang." Ketiga-tiga lelaki tadi menghalang laluan Mina. Mina sedikit gentar.
"Tak apa, Encik. Saya kena pergi dulu." Mina cuba melepaskan diri.
"Jangan macam tu. Kita borak-borak la dulu." Lelaki berambut kerinting merentap tangan Mina.
"Lepaslah!" Mina cuba melawan.
"Janganlah, takut. Kami tak akan apa2 cik." Lelaki tadi menarik Mina ke arah Mina. Mina menendang ke arah tut lelaki. Lelaki itu terpaksa melepaskan Mina. Dengan peluang ini Mina melarikan dirinya.
"Tolong! Tolong!" Mina menjerit sekuat hati walaupun dia tahu tiada siapa akan mendengar jeritan itu.
"Hah, kau ingat boleh lepaskan diri macam itu sahaja." Dua lelaki tadi mengepung Mina.
"Kai! Kai! " Mina menjerit memanggil nama Kai. Lelaki Menerkup mulut Mina. Mina menggigit tangan lelaki itu.
"Budak ni memang tak reti nak mengalah betul." Lelaki mengambil sebatang kayu memukul kepala Mina. Mina rebah.
"Rasakan!" Ujar lelaki itu dgn sinis.
"Kai! Kai!" Panggil Mina dengan lemah. Dia sudah tidak bermaya mahu melawan.
"Mina!" panggil Kai melihat susuk tubuh yang berada di atas tanah.
"Ouh, lelaki ni la yang perempuan ni cari tadi. " Ketiga-tiga lelaki tadi mengalih pandangan ke arah Kai.
"Apa yang korang buat pada dia? Aku takkan maafkan korang semua! " Jerkah Kai.
"Tak guna." Ujar lelaki rambut kerinting.
"Aku rasa aku kenal lelaki ni! " Bisik lelaki yang berparut di muka itu pada lelaki berambut kerinting itu.
"Sapa dia?" balasnya lelaki berambut kerinting itu.
" Pewaris kumpulan Haejin. Kau rasa apa patut kita buat? " beritahu lelaki berparut itu.
"Aku akan lepaskan perempuan ni tapi dengan syarat." Ujar lelaki berambut kerinting itu.
"Syarat apa? "
"Kau bagi 500 juta won kat kitaorang." Balas lelaki itu tersenyum sinis.
"500 juta?!" Bulat biji mata Kai mendengar jumlah itu.
"Ya, 500 juta!! " Balas lelaki berambut kerinting itu.
"Mina! Kai! Korang kat mana?" Jerit beberapa suara.
"Kau dengar tak? Suara tu pasti cari budak2 ni. Apakata kita cabut ja! " Lelaki bermisai itu memberitahu rakan-rakannya.
"Okey, jom cabut!" Ketiga-tiga lelaki itu menlarikan diri.
Kai segera mendapatkan Mina yang berada di atas tanah.
"Mina, kau okey tak ni?" Tanya Kai mengangkat susuk tubuh itu. Tiada jawapan dari Mina.
"Darah?! " Kai melihat darah mengalir dari kepala Mina.
"Mina, bertahan sekejap!" Ujar Kai.
"Mina! kai!" Panggil suara itu lagi.
"Korang, kami kat sini! " Jerit Kai setelah melihat kelibat rakan-rakannya yang datang mencari mereka.
"Korang itu mereka. Jom! " Dahyun menunjukkan kelibat dua orang rakannya. Segera mereka berenam berlari mendapatkan mereka.
"Korang tak apa2 ?" Tanya Jihyo setelah sampai di hadapan Mina dan Kai.
"Kenapa dengan Mina? Apa yang kau dah buat pada dia? " Dahyun menolak Kai dan segera mendapatkan Mina.
"Panjang ceritanya. Sekarang kita kena bawa dia keluar dari hutan ni." Ujar Kai mencempung Mina.
"Okey, jom!" Ajak Minhyuk menunjukkan arah keluar.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...