CHAPTER 39

52 6 2
                                    

Mina duduk di bangku di taman hotel itu. Hatinya sakit sangat melihat perkara yang tidak sepatutnya lihat. Dia cuba buang perasaan itu tapi hati ini tidak tahan. Rasa bagai dicucuk beribu-ribu kali. Sebetulnya memang dia cukup terharu mendengar ayat yang dikatakan oleh Kai hari itu. Sedikit sebanyak mengubati hatinya tapi semua itu satu penipuan. Kala ini dia mahu bersendirian.

"Hmmm.... Aku tak dpt lihat Bintang disebabkan tangisan ini!" Mina memandang ke arah langit. Penglihatannya agak terbatas disebabkan oleh air matanya. Mina cuba mengukir senyuman walaupun Agak luntur.

"Jika aku teruskan tidak berjumpa mereka pasti tiada harapan sebegini." Tambah Mina matanya masih merenung ke langit yang gelap.

".....dan aku tidak akan kecewa lagi... Aku harap aku tidak pernah lihatnya... " Mata Mina kembali merenung ke bawah.

"Mina-sshi, saya boleh lihat awak dgn jelas sekarang sebab ia sangat cerah!" Sapa satu suara dari arah bertentangan.

"Minhyuk!!" Sebut Mina. Melihat susuk tubuh Minhyuk yang diterangi oleh cahaya lampu kereta.

"Awak takkan nampak apa berhampiran awak dgn keadaan gelap kan?" Minhyuk mendekati Mina.

"Hmmm.... Adakah awak akan terus menangis mcm itu jika saya tidak nampak awak?" Tanya Minhyuk lagi melihat pipi Mina yang basah.

"Saya cuma mahu bersendirian sekarang. Harap awak faham!" Balas Mina. Saat ini dia rasa mahu bersendirian dan ingin membuang segala kisah suka duka dia.

"Awak takkan bersendirian. Saya akan tetap teman awak sampai awak pulihkan segala luka awak!" Kini Minhyuk sudah duduk bersebelahan Mina.

"Menangislah sepuasnya. Buang segala luka dan rawatnya. Saya akan sentiasa membantu awak!" Minhyuk menarik wajah Mina ke bahunya. Dia ingin menyalurkan segela kekuatannya untuk Mina.

"Thanks bagi pinjam bahu awak!" Mina menarik kembali wajahnya.

"Awak okey?" Tanya Minhyuk.

"Okey!" Mina mengangguk perlahan.

"Hmmm, kalau mcm itu kita pergi berjalan nak?" Ajak Minyuk. Kalau boleh dia tidak mahu hari Mina berakhir dgn kesedihan sahaja. Walaupun sebenarnya dia tahu apa yang berlaku di dalam dewan selepas Mina keluar dari situ.

🍵🍵🍵

Mina membuka matanya. Kepalanya sedikit pening. Entah apa yang berlaku semalam pun dia tidak ingat. Sungguh suasana bilik ada sedikit kelainan. Mata Mina membuka sedikit demi sedikit. Memerhati segenap penjuru bilik itu. Ya, dia pasti ini bukan biliknya. Mata mina tiba2 terbuntang. Otaknya baru berfungsi sepenuhnya.

"Hmmm, aku kat mana ni?!" Monolog Mina. Memerhatikan dia masih berada dalam pakaiannya semalam. Cuba dia mengingati apa yang berlaku semalam. Ya, dia bersama Minhyuk. Pasti ini rumah Minhyuk. Segera dia keluar mencari Minhyuk di situ.

Mina turun ke tingkat bawah. Mencari Minhyuk. Besar betul rumah ini susah untuk mencari. Mina terlihat kelibat seseorang di dapur lalu dia menuju ke dapur.

"Cik, sudah bangun!" Sapa seorang wanita dalam lingkungan 40-an maybe di pembantu rumah itu. Mina memberikan senyuman.

"Tuan, suruh saya siapkan sup ini untuk cik sebab dia cakap cik mabuk teruk semalam!" Ujar pembantu rumah itu dan meletakkan semangkuk sup dan nasi di hadapannya.

"Gomawo, dia pergi ke mana?" Tanya Mina ingin tahu keberadaan Minhyuk.

"Tuan? Dia keluar sekejap. Katanya ada hal!" Balas Pembantu rumah itu. Mina mengangguk sahaja.

"Cik, kalau boleh saya tahu apa hubungan cik dgn tuan?" Tanya Pembantu rumah itu. Sebenarnya dia musykil dgn hubungan mereka berdua sebab tuan tidak pernah bawa balik gadis sebelum ini.

"Kami cuma kawan." Balas Mina. Baginya Minhyuk seorang yang begitu baik orgnya.

"Teruskan makan!" Pembantu rumah itu meninggalkan rumah itu.

Mina tiba teringat akan sesuatu....

"Mina, saya mahu buat panggilan sekejap!" Ujar Minhyuk meninggalkan Mina yang masih separa sedar. Mina mengangguk.

Tiba2 Kai muncul di hadapannya.

"Yah, Kim Jong In! Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya bila lihat awak bertunang. Hati saya bagai dicucuk. Awak tahu tak saya tak pernah sakit mcm ini." Ujar Mina menunjuk ke arah Kai dgn jari telunjuknya.

"Mianhae!" Ujar Kai sepatah.

"Mianhae itu saja awak mampu cakap. Awak tahu hati saya sakit. Sakit disebabkan awak. Sakit sangat!" Kini Mina dalam tangisan. Kai juga sudah berubah tempat bersebelahan Mina. Dia menarik Mina dalam pelukannya.

"Awak tahu tak saya cinta awak! Saya sayang awak! Tapi tiap kali saya bagi hati saya pada awak tiap kali itu juga awak sakit hati saya. Sampai satu masa. itu saya suka benci kesakitan itu. Saya benci awak!" Mina menumbuk dada Kai dalam tangisan.

"OMG! Apa yang aku buat semalam! Aku sudah luah semuanya pada dia. Aku sudah buat kerja gila!" Monolog Mina setelah dia mengingati apa yang berlaku semalam.

"Tenang, Mina! Ini rumah Minhyuk bukan rumah dia. Tenang!" Mina memberikan kata2 perangsang kepada dirinya.

COFFEEWhere stories live. Discover now