CHAPTER 8

120 12 0
                                    

Mina meneliti kertas yang diberikan oleh budak lelaki kepadanya pagi tadi.

"Kenapa aku rasa bersalah pulak pada dia?" Kata2 itu bermain di fikirannya sejak daripada bertemu dengan budak lelaki itu.

"Patut ka aku minta maaf kat dia?" Monolog Mina.

"Tak2. Mina kau kena ingat dia dah calarkn imej kau depan org ramai hari tu.. Tapi dia dah minta maaf dan selamatkn aku. Serabutnnya!" Mina menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Apa calarkan imej dan siapa kau tengah sebut tu? " Tanya Woohyun hairan melihat gelagat kakaknya itu dari tadi.

"Apsal kau ketuk pintu dulu?" Tanya Mina balik kepada adiknya itu. Dia memang pantang orang masuk biliknya tak ketuk pintu.

"Aku dah ketuk pintu sampai nak pecah dah pintu tu. Kau yang tak dengar. So aku masuk jelah. Mana nak tahu kut2 kakak kesayangan ni pengsan kat dalam ni ka?" Jelas Woohyun panjang lebar.

"Okey2, kau nak apa?" Mina mengalah. Malas dia hendak melayan adiknya yang tak reti nk mengalah.

"Saja nak borak dengan my sister. Surat apa tu? " Woohyun merampas surat itu dari tangan Mina.

"Bagilah balik!" Mina cuba merampas balik tetapi tidak berjaya. Memang dia tidak akan berjaya dengan ketinggian adiknya itu.

"Surat dari boyfriend kau ke?" Teka Woohyun meneliti surat tersebut.

"Mana ada!" Mina menepis dakwaan tersebut.

"Ambil la balik!" Woohyun menyerahkan semula kertas tersebut.

"Sekejap....sapa Kim Jong In?" Tanya Woohyun ingin tahu kaitan kakaknya dengan nama lelaki yang tercatat dalan kertas itu.

"Sibukla....dah2 keluar. Jangan kacau aku!" Mina merampas semula kertas tersebut dan menolak Woohyun keluar dari biliknya.

"Menyibuk je....aku nak duduk sendirian pun tak boleh." Bebel Mina duduk kembali di atas kerusi di meja belajarnya.

"Hmm, apa aku nak buat ni ? Kalau aku buat tak tahu pun tak boleh sebab budak lelaki tu suruh aku bagi kat dia." Mina melayan perasaannya kembali.

🍵🍵🍵

"Apa yang dah jadi ni?" Mina memandang kelasnya yang berselerak.

"Bukan kelas kita kemas ka sebelum kita balik kemarin?" Dahyun turut tertanya-tanya.

"Ni mesti kerja budak sekolah bangtans tu?" Teka Eunji.

"Kau pasti ke kerja mereka? Kalau bukan macam ?" Jihyo tidak mahu terus percaya dengan kata2 yang tidak mempunyai bukti.

"Yelah, kalau bukan mereka sapa lagi? Takkan kita kut." Balas Eunji yang masih dengan pendiriannya.

"Dahla tu. Jom kemas. Lagipun tak baik tuduh orang. " Bidas Momo menarik rakan2 nya ke dalam kelas.

"Korang tengok ni?" Momo menunjukkan ke arah contengan.

"Kalau kau nak rantai kau balik, jumpa di taman pada pukul 5. Kalau tak akan bagitahu semua orang sapa kau! " Momo membaca satu persatu perkataan yang diconteng pada papan hitam itu.

"Apa maksudnya? " Mina tertanya-tanya ayat itu ditujukan kepada siapa.

"Kalau nak tahu kita kena siasatlah." Cadang Jihyo.

Pintu kelas tersebut dikuak. Terpacul wajah 6 jejaka tersebut.

"Apa yang sudah terjadi ni? " Tanya Yoseob melihat keadaan kelas yang berterabur.

"Patutnya kitaorang yang tanya pada korang ?" Eunji memeluk tubuh.

"Ooo, korang nak tuduh kami lakukan semua ni." Teka Minhyuk.

"Habis tu sapa lagi yang lakukan? " Momo mula meninggikan suara.

"Kau ingat kitaorang tak ada kerja lain ke nak buat semua ni." Minhyuk turut meninggikan suara.

"Baca tu!" Mina menunjukkan ke arah papan hitam yang masih ada contengan tersebut.

"Tak guna!" Ujar Kai dengan geram sambil mengenggam penumbuk.

"Kita mesti selesaikan hal ni segera sebelum mereka tahu." Seokmin berbisik di telinga Kai.

🍵🍵🍵

"Aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena jer dengan mereka tu." Beritahu Mina.

"Eh, kau ni apsal prihatin sangat pasal diaorang? " Momo mula mengusik.

"Tak adalah, aku cuma ingin tahu jer apa makna pada contengan itu." Beritahu Mina menyakinkan kawan2nya.

"Aku pun ingin tahu jugala. Apa kata kita pergi tempat tu tengok apa yang terjadi. Apa macam? " cadang Eunji.

"Bagus juga idea tu." Balas Jihyo.

"Kita jumpa petang ni." Beritahu Dahyun sebelum berpisah.

COFFEEWhere stories live. Discover now