"Korang, macam la lawak sangat." Ujar Kai yang masih lagi tekun membersihkan bajunya.
"Memang lawak... sebab kitaorang tak pernah tengok lelaki kena simbah dengan air oleh perempuan." Beritahu Minhyuk sambil ketawa.
"Betul tu. Dah la kena simbah dengan air kopi pulak tu." Perli Yoseob.
"Tapi aku rasakan kau perlu minta maafla kat dia." Tambah Jhope.
"Apsal aku kena minta maaf? Patutnya dia yang kena minta maaf kat aku." Kai masih dengan pendiriannya.
"Kau yang mula dulu. Sampai dia nangis. Kau ni jadila gentleman sikit." N pula bersuara.
"Nanti2 jelah. Seokmin mana?"
"Tadi dia cakap ada hal." Beritahu Jhope.
🍵🍵🍵
"Mina, kau okey ke? " Tanya Eunji sebaik sahaja Mina melabuhkan punggung di sebelahnya.
"Aku okey jelah. Korang jangan risau." Jawabnya.
"Puas tau kitaorang cari kau merata tempat. Kau pergi mana?" Tanya Momo pula.
"Aku tak pergi manalah." Jawabnya lagi.
"Okey, kesian kat kau, Mina. Tak pasal kena buli dengan mamat senget tu. Betul cakap kau harap jer muka hensem tapi takada hati perut." Ujar Dahyun.
"Malas aku nak fikir pasal mamat tu." Beritahu Mina.
Akhirnya kelibat 6 jejaka itu memasuki kelas itu. Satu jelingan tajam memanahi mata Kai membuat Kai tersentak seketika. Jelingan itu mati melihat seseorang. Sedikit2 senyuman terukir buat lelaki itu.
"Mina!!" Panggil Dahyun membuatkan Mina mengalihkan pandangannya.
"Ha, apa?"
"Yang senyum sorang2 tu kenapa?" Tanya Dahyun.
"Tak ada apa2 lah."
"Yela tu..." Balas Dahyun yang masih tak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Mina.
🍵🍵🍵
"Korang ada nampak rantai aku tak?" Tanya Kai mencari rantainya di dalam beg. Rasanya tadi rantai itu masih ada sebelum kelas sukan. Mana perginya pulak.
"Tak nampak pun. Bukannya selalunya kau sentiasa pakai ke?" Balas Yoseob mula mengatur langkah ke arah Kai.
"Tadi aku tukar baju, aku letak dalam beg." Beritahu Kai.
"Aku pergi tengok dalam kelas la. Mungkin ada kat situ." Tambah Kai sebelum mengatur langkah pergi.
"Sapa tu?" Tanya Kai sendiri melihat seorang pelajar perempuan sedang mengoyak kertas yang ditampal di papan kenyataan. Kai menyorok di sebalik dinding dan hanya memerhati tindakan pelajar perempuan itu. Kai segera ke tempat tersebut apabila pelajar perempuan itu beredar.
"Ni bukan gambar perempuan itu. Tak sangka pulak aku yang top ranking dalam sekolah ni." Ujar Kai membelek kertas yang dironyok oleh pelajar perempuan itu.
"Pasti ada yang tak kena. Aku kena siasat." Tambah Kai sebelum berlalu pergi.
🍵🍵🍵
"Mina, kau ada nampak Mirae tak?" Tanya Yoonjo setelah mendekati Mina.
"Tak ada la pulak. Kenapa?!" Balas Mina.
"Dia hilang sejak dari kelas sukan tadi." Beritahu Yoonjo riak wajahnya risau.
"Jom saya tolong awak cari dia." Mina menawarkan diri.
"Mirae!" Panggil Mina sekuat hati.
"Mirae!" Panggil Mina sekali lagi.
"Mirae!"
"Ke mana pula dia pergi ni?" Monolog Mina.
"Aku patut beritahu cikgu." Mina melangkah ke bilik guru.
Tiba2 Mina ditarik ke belakang bangunan yang agak tersorok.
"Apa awak nak?! Tak puas hati ke pasal semalam." Jerkah Mina.
"Saya cuma nak tolong awak jer. Awak suka ke tak suka lantak la " Balas Kai.
"Tolong apa? Tolong nak kenakan saya." Mina masih tidak mahu memgalah.
"Terserah awak nak cakap apa. Ambil ni! " Kai meletakkan kertas yang dironyok di atas tangan Mina.
"Apa ni?!" Mina membuka kertas yang dironyok.
"Ni bukan senarai pelajar top exam bulan lepas." Ujar Mina.
"Kawan awak yang ronyokkan. Dia nampak macam
marah." Beritahu Kai."Sapa?!" Tanya Mina ingin tahu.
"Kawan yang tengah awak cari." Jawab Kai.
"Mirae tapi kenapa?" Satu nama keluar dari mulut Mina.
"Awak, tahu kat mana dia?" Tanya Mina melihat ke arah Kai.
Kai hanya menjongketkan bahunya.
"Okeyla. Saya perlu cari dia." Mina melangkah pergi.
Tangan Kai laju merentap tangan Mina yang lembut. Membuatkan langkah Mina terbantut. Mina melihat wajah jejaka di hadapannya dengan hairan.
"Sorry!" Satu perkataan keluar dari bibir Kai.
Terbutang biji mata Mina mendengar apa yang dikatakan oleh Kai.
"Untuk?" Sengaja Mina pura2 tidak faham.
"Pasal semalam."
Mina mengangguk tanda faham apa yang dimaksudkan oleh Kai.
"Hmmmm, pasal itu nanti2 la saya fikirkan." Beritahu Mina sebelum menyambung langkahnya.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...