CHAPTER 44

59 6 0
                                    

"Awak sudah lama sampai?" Sapa Seokmin.

"Baru sahaja! Duduklah!" Jemput Mina.

"Sorry, tadi ada emergency kes di hospital!" jelas Seokmin.

"It okey, awak nak minum apa?" Tanya Mina. Hampir 2 minggu mereka tidak berjumpa hanya chat dalam Line sahaja itupun bertanya khabar sahaja.

"Hot Latte!" Balas Seokmin. Agak kekok.

"Okey!" Mina mengangkat tangan memanggil pelayan.

"Saya dengar awak berhenti kerja, betulka ? " Seokmin inginkan kepastian.

"Ya, ini juga salah satu sebab saya datang jumpa awak! " Beritahu Mina.

"Mungkin ini pertemuan terakhir kita!" Tambah Mina.

Seokmin membulat matanya.

"Kenapa?" Tanya Seokmin. Seakan tidak percaya.

"Saya nak cari pengalaman baharu di tempat lain. Mungkin boleh buka sebuah cafe di sana!" Beritahu Mina.

"Awak nak ke mana?" Tanya Seokmin.

"Entahlah, mungkin satu tempat yang boleh beri saya ketenangan."

"Kalau itu keputusan awak, saya ikut sahaja tapi Kai tahu akan hal ini?" Kata Seokmin memandang ke arah Mina.

Mina terdiam.

"Awak masih ada masalah dengan dia? " Teka Seokmin.

"Saya nak lupa apa yang sudah berlaku. Saya tak menanggung perasaan pada hak orang. Lagipun dia sudah jelaskan apa yang berlaku 5 tahun lepas!" Ujar Mina dengan sedikit keluhan.

"5 tahun lepas?"

"Ya, kes kemalangan yang melibatkan abang dia dan omma saya. Saya sudah tahu segalanya!" Ujar Mina. Bila berbicara hal tersebut hatinya terasa begitu pedih.

"Maaf!" Ucap Seokmin perlahan memegang tangan Mina dan mengusapnya.

"It okey, bukan salah awak." Mina cuba untuk senyum menyembunyikan kesedihan wajahnya.

"Change topik. Betul awak nak pergi dari sini?" Tanya Seokmin inginkan lagi kepastian daripada Mina.

"Yes, saya sudah fikir masak2 akan hal ini dan saya sudah bincang dengan family saya!" Balas Mina menunjukkan keyakinannya.

"Mina, kita kahwin? Awak tak perlu pergi jauh dari sini!" Beritahu Seokmin.

"Seokmin, saya takut saya tak dapat beri sepenuh hati saya pada awak bila kita kahwin. Saya takut tak adil untuk awak." Balas Mina.

"Saya tahu tapi saya akan buat awak bahagia. Pasal hati dan perasaan kita jangan fikir dahulu!"

"Awak, jika jodoh kita kuat, saya akan jadi milik awak walaupun apa sahaja cara sekali pun tapi jika tak, awak harus teruskan hidup. Awak jangan terlalu berharap sebab saya takut awak terluka. Saya perlu pergi juga cari ketenangan untuk diri saya." Mina menarik tangannya dari tangan Seokmin.

"Saya faham! Sampai saat awak belum jadi milik sesiapa saya akan sentiasa berusaha untuk itu. Berusaha untuk memiliki awak."

"Terima kasih atas segalanya. Saya rasa macam saya ini sudah memperbodohkan awak sahaja!" Mina tersenyum.

"Tak, saya yang memperbodohkan diri saya sendiri. Awak kena sentiasa ingat saya sentiasa ada untuk awak. Mungkin sebagai seorang sahabat atau lebih daripada itu." Kata Seokmin.

"Saya minta diri dulu!" Pamit Mina. Kenapa perasaannya kali ini lain pada Seokmin.

"Mina!" Panggil Seokmin.

"Ya!" Balas Mina.

"Boleh saya peluk awak sebagai seorang sahabat?!" Pinta Seokmin mungkin pelukan terakhir.

"Boleh!" Mina memeluk Seokmin.

🍵🍵🍵

Kai melangkah ke dapur meneguk air kosong. Dia tertancap pada makanan yg terhidang di atas meja. Rasanya tadi dia sudah memberitahu pembantu rumah tidak perlu sediakan sarapan untuknya kerana dia akan bersarapan bersama clientnya dari Singapura.

Dia terpandang pada sticker nota yang diletakkan di meja.

'Saya masak sup untuk hilangkn mabuk awak.'

"Mina." Kai menyebut nama itu perlahan.

"Morning, sayang!" Hyeri melangkah masuk ke dalam rumah milik Kai. Dia memeluk belakang Kai.

"Lepaslah, rimas!" Kai menarik Hyeri drpd terus memeluknya.

"Alaa, you ni. Kitakan sudah bertunang and tak lama nak kahwin so jgnlah selalu marah. Nanti tak handsome." Hyeri mencuit hidung Kai.

"One thing kau perlu tahu. Aku bertunang ini atas dasar my family bukan atas dasar aku cinta kau, fhm? Kau kena tahu kedudukan kau." Makin lama dia bertunang dgn perempuan itu makin menjadi2 skap perempuan itu. Kenapa Hyeri x sama dgn Mina? Kai mengeluh.

"Whatever. I datang sini nak ajak you sarapan dgn I tapi nampak gayanya you sudah bersarapan. Sapa buatkan? Buah hati you? Opps, lupa buah hatinya sendiri sudah tinggalkan you. I rasa dia pasti tengah hangat bercinta dgn Seokmin kn?" Perli Hyeri memandang ke arah sarapan yg terhidang di atas meja makan.

"Baik kau pergi. Sebelum sesuatu terjadi pada kau!" Kai menunjukkan pintu utama rumah itu.

"Okey, i pergi but you kena ingat kalau you batalkan semua ini I takkan berdiam diri." Hyeri melangkah pergi dengan senyuman sinis. Game start!

🍵🍵🍵

Kai melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Dia melihat satu beg plastik terletak di atas meja pejabatnya. Dia mencapai beg tersebut dan melihat isi kandungannya. Satu gaun pengatin berada di dalam beg itu.

"Mina, betulka kau sudah buang aku?"

COFFEEWhere stories live. Discover now