"Mana dia pergi ni?" Kai mencari kelibat Mina yang hilang tiba2.
"Apala yang Mina tu buat tengah malam masuk hutan." Bebel Kai sambil menyuluh lampu suluhnya ke arah belukar.
🍵🍵🍵
"Haish...nasib aku berani kalau tak memang aku tahan sampai pagi esok la jawabnya." Bebel Mina seorang diri.
"Hmmm, tadi aku guna jalan mananya?" Mina menyuluh setiap penjuru kawasan itu tapi dia buntu mana jalan keluarnya.
"Mina ingat la cepat." Dia mengetuk kepalanya.
"Ahhh, aku dah sesat ni. Dahla tengah malam." Mina buntu+takut.
"Oiy!!" Kata satu suara dari arah belakang Mina.
"Apa pulak dah ni?" Mina makin ketakutan.
"Apa yang kau buat kat sini hah?" Tanya suara itu.
Mina menoleh ke belakang. Terbutang biji matanya melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya disinari cahaya lampu.
"Kau bukan hantu atau jembalang mana2 kan?" Mina menanyakkan soalan yang tak logik sambil memegang pipi dan badan lelaki di hadapannya. Bukan tak logik sebab neneknya dulu pernah kata kalau jumpa hantu jangan tegur. Tanya soalan bukan dah tegur ka. Biar jerlah.
"Kau jangan mengarutla. Aku ingat perempuan macam kau tak percaya cerita karut mcm tu." Kai memegang tangan Mina yang menyentuh tubuhnya.
"Hantu boleh buat macam ni ka?" Kai menarik Mina ke pelukannya. Mina tersentak.
"Dah tu jom la balik. Kau tahukan jalan balik?" Mina menjarakkan diri dan menoleh ke belakang. Pipinya sudah merah.
"Sebenarnya aku pun tak tahu jalan balik. Kau punya pasalla pakai lari jer masuk hutan dahla sorang diri pulak tu. Nasib baik aku nampak." Leter Kai.
"Habis tu mcm mna? Dahla gelap!" Mina memandang sekelilingnya.
"Kita duduk sini sajalah. Sampai pagi esok. Pasti mereka datang cari kita." Balas Kai menyuluh sekeliling memastikan kawasan itu selamat dan dia menuju ke bawah sebatang pokok besar.
"Aku dengan kau duduk sini. Berdua... Tak naklah." Tak nak dia berdua-duaan dengan lelaki itu dalam hutan ni. Bukan boleh percaya sangat mamat tu.
"Kalau kau tak nak, kau cari la sendiri jalan balik. Aku nak duduk sini." Kai melabuhkan punggung di bawah pokok tersebut.
"Ikut suka hati kau la." Mina melangkah pergi tanpa menghiraukan Kai.
"Tak takut ka kalau ada hantu nanti?" Kai sengaja perli Mina. Melihat reaksi Mina berpatah balik membuatkan dia tersenyum.
"Apsal kau patah balik?" Tanya Kai tersengih melihat Mina termakan umpan.
"Jangan cakap apa2." Mina melabuhkan punggung di sebelah Kai.
"Maaf!" Ucap Kai memecah kesunyiannya antara mereka.
"For what?" Mina merenung ke arah Kai.
"Untuk semuanya." Balas Kai. Dia tidak melepaskan Mina pada kali ni pula. Dia tak nak menyesal nanti. Biarlah dia dah kehilangan abangnya pada masa lalu tapi dia tak nak kehilangan Mina pada masa akan datang.
"Saya tak fahamla. Kalau pasal kat cafe tu. It okey saya dah maafkan." Ujar Mina mungkin maksud Kai tentang kejadian di cafe hari tu.
"Bukan tu. Tapi pasal saya tak pernah jujur dengan awak. Sekarang baru saya sedar. Dulu masa saya mula masuk sekolah awak saya rasa marah tambah benci dengan awak. Saya rasa awak penyebab sekolah kami kena bercampur dengan sekolah awak. Sekarang baru aku sedar rupanya percampuran sekolah kita bukan disebabkan awak tapi disebabkan saya sendiri. Sekarang baru saya tahu perasaan sebenar saya kat awak. Saya suka awak Mina. Awak nak tak jadi teman wanita saya?" Terang Kai panjang lebar
Mina hanya berdiam diri mendengar luahan Kai itu.
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Tanya Kai menoleh ke arah Mina setelah tiada sebarang respon daripada Mina.
"Laa, dah tidur rupanya. Dia dengar tak apa yang aku cakap tadi?" Tanya Kai sendirian.
Kai menarik kepala Mina ke bahunya. Dia turut memejamkan matanya.
"Aku suka kau juga, Kai tapi aku tak tahu nak kata macam mana kat kau yang aku suka kau." Monolog Mina membuka matanya.
🍵🍵🍵
"Mina!" Panggil Eunji meraba tempat tidur Mina.
"Mana pula dia pergi pagi buta ni?" Tanya Eunji sendirian menggosok matanya setelah mendapati Mina tiada disebelah. Dia mengejutkan Sungshin yang masih tidur disebelahnya.
"Kenapa?" Tanya Sungshin yang masih memejamkan matanya.
"Mina tak ada!" Beritahu Eunji risau.
"Dia kat luar kut. Jom kita tengok." Ajak Sungshin menarik zip khemah tersebut dengan keadaan separuh sedar.
Mereka keluar dari khemah mencari Mina di sekitar kawasan tersebut tetapi malang Mina tiada di situ.
"Korang cari apa?" Tanya Seokmin yang baru sahaja keluar dari khemahnya dan Kai.
"Kitaorang tengah cari Mina. Dia tak ada dalam khemah. Entah mana dia pergi." Beritahu Sungshin.
Mungkin dia keluar dengan Kai sebab Kai x ada dlm khemah. Kalau sejam kalau diaorang x balik juga. Kita beritahu cikgu." Beritahu Seokmin risau mendengar perkara yang dikhabarkan tadi.
"Mungkin..." Eunji turut bersetuju.
"Jap, aku baru ingat semalam Mina kejutkan aku katanya dia sakit perut." Beritahu Eunji teringatkan sesuatu yang berlaku semalam.
"Maknanya dia tak balik dari semalam la." Teka Sungshin.
"Tapi kenapa Kai hilang sekali?" Eunji pelik.
"Mungkin dia ikut Mina." Balas Seokmin.
"Sekarang jom kita jumpa cikgu beritahu hal ni." Cadang Sungshin.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...