"Mina, lama betul kau bercuti?" Tanya Park Hyun setelah melihat Mina duduk di meja kerjanya.
"Aku masuk hospital. Itu yang aku cuti lama. Ini pun baru sembuh betul-betul." Balas Mina mengaktifkan komputernya.
"Mina, kau tahu tak yang big boss kita nak bertunang hujung minggu ini?" Sampuk Yerin yang duduk bertentangan dengannya.
"Mestilah dia tahu. Kawan baik bos kan berkawan dgn dia." Tanpa sempat Mina menjawab Seolhyun meluru menjawab.
"Eh Mina, aku tengok kau dgn big boss macam lain ja. Korang macam sesuatu yang lain ja. Korang ada sembunyi apa-apa ka?" Terjah Seolhyun. Dia perasan pandangan big boss kepada Mina bukan pandangan seorang pekerja. Pasti ada perkara lain yang disembunyi.
"Mana ada! Aku pun baru kenal dia." Tipu Mina.
"Ya ka? Sebab aku tengok boss pandang kau lain macam sikit!" Ujar Seolhyun.
"Sudahlah, aku nak sambung kerja. Kau pun pergi la sambung kerja. Kita ada projek besar hujung minggu ini!" Balas Mina kembali fokus kepada komputernya.
"Mina, kau tak nak pergi makan ka?" Tanya Yerin yang sudah mahu keluar makan tengahari.
"Pergilah dulu. Aku mahu siapkan kerja aku ini sikit lagi untuk mesyuarat esok." Beritahu Mina. Matanya masih tertumpu pada komputer.
"Kalau macam itu aku pergi dulunya." Balas Yerin mengatur langkah keluar. Yerin mahu melangkah terkejut melihat Kai berada di depan pintu pejabat mereka.
"Encik Kim, cari siapa?" Tanya Yerin melihat Kai seperti tercari-cari seseorang.
"Saya cari Mina. Dia ada kat dalam?" Tanya Kai kembali.
"Dia ada. Untuk apa ya, Encik cari dia?" Tanya Yerin hairan. Kalau pasal projek besar itu bosnya itu boleh terus bincang dgn ketua jabatan mereka.
"Saya nak bincang sesuatu." Balas Kai.
"Okey, kalau macam itu, saya pergi dulu!" Pamit Yerin.
"Sekejap, ada sesiapa lagi tak dekat dalam?" Tanya Kai.
"Tiada sesiapa dah. Semua sudah keluar makan tinggal Mina sahaja." Beritahu Yerin sebelum melangkah pergi.
Kai melangkah masuk ke dalam pejabat department Mina. Dia mengambil tempat disebelah Mina. Mina masih tekun melakukan kerjanya.
"Jom pergi makan!" Ajak Kai setelah melihat Mina tidak menyedari kehadirannya. Mina yang mendengar ajakan tersebut mengalih pandangannya ke arah Kai.
"Perlukah?" Mina kembali pandangannya ke komputernya.
"Memang perlu. Awak kan baru sembuh? Nanti perut awak sakit pula." Ujar Kai lagi.
"Sakit hati lebih perit dari sakit perut dan tiada ubatnya." Balas Mina masih fokus pada komputernya.
"Izinkan saya jadi ubat segala penyakit awak dan sembuhkannya." Ucap Kai memegang tangan Mina.
"Tak perlulah, lagipun awak sudah nk bertunang. Simpalah ayat-ayat itu untuk tunang awak sebab saya tak perlukannya. " Kata Mina menarik tangannya.
"Boleh tak awak beri saya peluang.... "
"Peluang apa?" Tanya Hyeri hairan mendengar dan melihat Kai berdua-duaan dgn seorang gadis.
"Awak buat apa kat sini?" Tanya Kai.
"Cari awaklah. Saya cari awak merata tempat. Rupanya bakal tunang saya kat sini dgn perempuan ini. Sekejap, saya pernah jumpalah perempuan ini di mana, ya?" Hyeri merenung ke arah Mina yang duduk berhadapan dgn Kai.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...