CHAPTER 25

88 6 5
                                    

5 tahun kemudian....

"Akhirnya sampai juga Korea." Ujar Woohyun keriangan selepas keluar dari lapangan terbang Incheon.

"Rindunya Korea!!" Mina menarik nafas menghirup udara Korea.

"Mestilah... 5 tahun tinggal Korea! Banyak perubahan sudah berlaku." Woohyun memandang sekeliling melihat pembangunan yang kian membangun di Korea.

🍵🍵🍵

"Appa, pergi dulu yer!" Mina melangkah keluar dari rumahnya setelah seminggu dia berehat dari melakukan apa2 kerja. Hari ini dia keluar bersama resume dengan harapan dia akan mendapat kerja.

"Haraplah temuduga yang terakhir ini berjaya!" Ujar Mina sambil bangun melangkah masuk ke pejabat sebuah pasar raya yang terkemuka.

"Boleh saya bantu?" Tanya seorang perempuan setelah Mina melangkah masuk ke dalam pejabat.

"Maaf cik, saya datang sini untuk temuduga. Betulkan alamat ini?" Balas Minat menunjukkan sepucuk surat yang diterimanya beberapa hari lepas.

"Saya mohon maaf, cik! Temuduga itu kami terpaksa tangguhkan sebentar sebab CEO ada urgent meeting. Bolehkan Cik kembali dalam 1 atau 2 jam lagi." Ujar Perempuan tersebut.

"Baiklah!" Balas Mina melangkah keluar dari Pejabat tersebut.

"Cantiknya!" Kata Mina membelek seutas jam. Mendengar esakan seorang kanak-kanak Mina segera menoleh ke arah belakang. Didapati seorang kanak perempuan menangis. Segera dia mempercepatkan langkah ke arah budak tersebut. Namun langkahnya mati melihat susuk tubuh yang amat dikenali sedang memujuk kanak itu.

"Jangan nangis. Oppa janji akan tolong kamu cari ibu kamu! Jangan menangis!" Susuk tubuh itu cuba memujuk budak tersebut.

"Seoun!" panggil seorang wanita berlari mendapatkan budak perempuan yang menangis.

"Kamu tak apa2?" Wanita itu terus memeluk budak perempuan tersebut.

"Puan, ibu kepada budak perempuan itu ka?" Tanya suara garau itu.

"Ya, terima kasih sebab tolong anak saya!" Wanita itu menundukkan sedikit kepalanya sebelum berlalu pergi.

Kai bangun setelah dua beranak itu beredar dari situ. Tiba-tiba dia terpaku melihat susuk tubuh yang amat dikenalinya berdiri bertentangan dengannya.

"Mina!" Satu nama terkeluar dari bibirnya.  Jantungnya mula berdegup kencang tapi dalam pada masa yang sama hatinya masih sakit mengingati perkara yang menyakitkan yang dilihatnya tika dulu.

Mina yang mendengar namanya diseru walaupun secara perlahan tapi masih didengarinya. Segera dia memaling ke arah belakang. Hatinya juga masih turut terluka mengingati peristiwa 5 tahun lepas. Melihat wajah di hadapannya tadi sudah cukup membuatkan perasaan benci yang cuba ditepis kembali membuak-buak dalam hatinya. Segera Mina mengatur langkah meninggalkan tempat tersebut.

Melihat Mina yang mula melangkah pergi segera Kai mengejar langkah tersebut. Nama Mina dipanggil beberapa kali tapi Mina tak menghiraukan. Langkah terhenti juga mendengar namanya diseru oleh setiausahanya.

"Encik Kim, temuduga kita sudah mahu bermula. Baik Encik segera ke pejabat!" Ujar setiausahanya.

"Baiklah! " Kai mengatur langkah ke arah lif.




COFFEEWhere stories live. Discover now