CHAPTER 14

111 10 2
                                    

"Ambil ni!" Kai menyerahkan sebuah baldi kepada Mina.

"Untuk apa?" Entah kenapa mamat ni serahkan baldi itu kepadanya.

"Tengokla sendiri. Jangan kata aku tak buat kerja pula." Balas Kai berlalu pergi ke arah khemah yang sudah siap dipasang.

"Ada apa Mina dalam tu?" Tanya Eunji yang mendapatkan Mina apabila terdengar perbualan antara Mina dengan Kai.

"Ikan!" Mina melihat ke dalam baldi yang berisi tiga ekor ikan di dalamnya.

"Wow, dahsyat. Mamat tu tangkap ikan sampai tiga ekor. Kiranya tadi kita salah faham dengan dia la." Eunji rasa bersalah pulak mengutuk Kai tanpa usul periksa.

"Ya tapi aku rasa dia dengar apa yang kita cakap kat dia la. Patutka kita minta maaf kat dia?" Mina juga turut serba salah kerna salah faham akan perkara yang dilakukan oleh Kai tadi.

"Kita masak sedap2 mesti dia maafkan kita." Cadang Sungshin.

"Betul tu. Jom masak. Dah nk malam dah ni." Ajak Eunji mengambil baldi tu dari Mina.

"Grup lain masak apa? " Tanya Mina memecahkan suasana.

"Entahla. Cikgu kan cakap hari kita kena duk dalan grup masing2 esok baru berkumpul." Eunji mengingatkan kembali apa yang diberitahu oleh cikgu Lee tadi.

"Korang buat apa tu?" Tanya Seokmin yang muncul bersama longgokan kayu api.

"Kitaorang nak masak la. Mina kau tolong basuh kita ni boleh tak?" Pinta Eunji menyerahkan besen yang berisi ikan yang telah siap disiangkan.

"Okey!" Mina mengambil besen itu dan menuju ke arah sungai.

"Boleh saya tolong?" Tanya Seokmin.

"Tak apalah saya boleh buat sendiri." Mina menolak pertolongan tersebut.

"Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" Soal Seokmin memandang ke arah Mina.

"Tanyala." Mina memberi keizinan.

"Awak sebenarnya sukakan Kai kan?" Tanya Seokmin tanpa berdolak dalih.

"Kenapa awak tanya macam tu?" Mina menghentikan kerjanya.

"Saja tanya!" Balas Seokmin selamba.

Mina hanya mendiamkan diri sahaja tak tahu apa yang patut dia berikan jawapan kepada persoalan daripada Seokmin.

"Maaf kalau soal saya tadi buat awak tak selesa." Ucap Seokmin yang melihat Mina hanya mendiamkan diri sahaja.

"It okey. Lagipun saya tak tahu nak jawab apa." Ujar Mina tersenyum ke arah Seokmin.

"Kalau awak tak sukakan dia boleh awak jadi teman wanita saya?" Luah Seokmin.

"Hmm... saya.." Kelu lidahnya.

"Awak jangan beri jawapan sekarang. Saya akan tunggu." Beritahu Seokmin mengambil besen yang berisi ikan yang telah siap dicuci oleh Mina. Dia melangkah pergi ke arah khemah mereka.

"Betul kau nak jadi teman wanita dia?" Satu suara garau menyapa gegendang telinga Mina.

Mina mengalih pandangan ke arah suara tu.

"Awak dengar?" Tanya Mina kembali.

"Jawab dulu soalan aku." Kai masih tetap mahukan jawapan dari mulut Mina.

"Saya tak bagi jawapan lagi. Awak ni kenapa tanya? Suka hati saya la. Sibuk jer." Mina bangun berlalu pergi.

"Sebab aku rasa aku mula suka kau!" Beritahu Kai perlahan melihat Mina berlalu meninggalkannya di situ.

"Dah masak!" Jerit Sungshin agak kuat teruja melihat ikan yang dibakar telah masak.

"Apakata kita cuba rasa." Dahyun mengambil kayu yang ikan tersebut dicucuk. Dia mengeluarkan ikan tersebut dari kayu tersebut dan bahagi kepada dua dan memberikan kepada Sungshin.

"Wah, betul2 sedap. Mina kau rasa la." Kepanasan ikan tersebut tak menghalang Sungshin merasa keenakan ikan tersebut.

"Ambil ni!" Seokmin memberikan setengah ikan yang dibahaginya kepada Mina. Belum sempat Mina mengambil ikan tersebut.

"Sekejap!" Seokmin meniup ikan tersebut supaya tidak panas apabila Mina memakannya dan menyerahkan kembali kepada Mina.

"Terima Kasih." Ucap Mina mengambil ikan tersebut.

"Wuuuuu, sweet la korang ni. Patutnya korang couple saja." Ujar Eunji melihat babak sweet antara rakan baiknya, Mina denga Seokmin.

"Betul tu." Sungshin menyokong.

"Merepekla. Korang ni." Balas Mina.

"Betul apa? " Eunji masih dengan pengangannya.

Seokmin hanya tersenyum mendengar kata2 itu. Memang itu yang diharapnya.

🍵🍵🍵

"Aduh, sakit pula perut ni!" Mina bangun memegang perutnya yang kesakitan.

"Eunji, tolong teman aku  kejap boleh tak?" Mina mengerakkan Eunji yang tidur di sebelahnya.

"Aku mengantukla. Kau pergi sendiri boleh kan?" Balas Eunji dalam keadaan separa sedar.

"Tapi aku takutla." Mina mengocang badan Eunji sekali lagi dan akhirnya dia terpaksa keluar juga disebabkan dia sudah tidak tahan lagi.

🍵🍵🍵

Kai keluar dari khemahnya dengan Seokmin setelah dia tidak dapat melelapkan matanya mengingat bait2 perbualan antara Seokmin dengan Mina tadi.

"Takkan aku nak mengalah jer." Ujarnya duduk di hadapan unggun api yang hampir tinggal bara sahaja.

"Mana dia nak pergi tu?" Soal Kai sendirian melihat Mina meluru pergi ke arah hutan pada lewat malam ni.

Segera Kai bangun dan mengikuti Mina ke dalam hutan.

Korang nak tahu tak apa yg terjadi dgn mereka so sila teruskan membaca!!

COFFEEWhere stories live. Discover now