"Oppa, apsal balik sini? Lagipun kami nak ke sana. Buat apa susah payah balik ke sini." Soal Mina hairan dengan abangnya itu tiba2 pulang ke Korea.
"Saja2. Oppa pun rindu juga Korea. Nanti kita sekeluarga berada Jepun susahlah nak balik sini." Sememangnya dia amat merindui negara kelahirannya. Sejak kematian ibunya dia tidak pernah sekali pun pulang ke sini.
"Tahu pun rindu. Banyak2 tempat kita pergi pasti tempat kelahiran kita paling terbaik kerana banyak menyimpan kenangan yang tak pernah kita lupa." Ujar Mina. Setiap kenangan ketika dia berada di sini pasti akan diingitinya.
"Macam lain ja ayat kau!"
"Betullah! Mina rasa Mina akan rindu Korea sama macam oppa rindu Korea." Ujar Mina melepaskan keluhan.
"Betulka sama? Atau Mina akan lebih rindukan Korea daripada abang sebab Mina ada someone special di sini." Sengaja dia ingin membuka apa yang tersimpan di hati Mina. Walaupun dia tahu adiknya itu tidak akan menceritakan perkara yang berada dlm hati adiknya itu.
"Someone special apa pula oppa ni. Dalam hati ini cuma ada oppa sorang sahaja." Mina memicit hidung abang yang mancung itu.
"Yelah tu. Suka berahsia! Oppa rasa kalau oppa jadi Mina oppa dah beritahu pasal perpindahan ini pada boyfriend oppa." Adik bongsunya pernah memberitahunya tentang pertanyaan Mina kepada adik bongsunya, Woohyun.
"Ada2 saja oppa ni! Sudah la Mina masuk tidur dulu. Esk ada banyak benda lagi nak buat." Mina mengangkat punggung dari sopa di ruang tamu.
"Hyung, kau rasa benda ni akan berjaya ka?" Woohyun segera mendapatkan abangnya setelah melihat kakaknya meninggalkan ruang tamu.
"Percayalah!" Ujar Minho dgn yakin.
🍵🍵🍵
Mina melangkah ke arah kawasan sekolah Bangtans. Memang banyak mata2 yang memerhati sebab dirinya di situ perempuan. Banyak juga dia mendengar siulan dari pelajar lelaki tapi diabaikan sahaja. Sebenarnya silapnya juga tidak bertanya kelas Kai di mana sampaikan dia sesat. Agak menyeramkan sebab memasuki sekolah lelaki walaupun nampak mewah tapi tetap menakutkan.
"Mana satu kelas dia ni?" Puas Mina mencari tapi satu pun dia tidak jumpa.
"Cari siapa?" Tanya seorang budak lelaki yang Agak muda darinya.
"Hmm, cari kelas Kai. Tahu tak kat mana?" Beritahu Mina. Mengharap lelaki itu akan memberikan petunjuk.
🍵🍵🍵
"Korang, aku nampak Mina kat bawah tadi!" Beritahu Hoseok berlari ke arah kawan2nya yang sedang melepak di atas bumbung sekolah.
"Buat dia ke sini?" Tanya Yoseob kehairanan dengan kehadiran Mina ke sekolah itu.
"Mungkin nak jumpa kau, Kai!" Hoseok menunjukkan ke arah Kai yang duduk berpeluk tubuh.
"Kalau dia nak jumpa aku suruh dia balik!" Beritahu Kai.
"Apsal? Kau ni pelik haritu macam org gila tak jumpa Mina. Hari ini dia nak jumpa kau, kau pulak tak nak jumpa dia!" Hairan Hakyeon melihat perubahan sikap Kai.
"Biar aku yang jumpa dia. Lagipun aku tak sedap hati. Dia sorang perempuan saja sekolah ini." Seokmin bangun tapi dihalang oleh Kai.
"Kau tak payah pergi! Biar aku saja yang jumpa dia. Lagipun dia datang nak jumpa aku." Kai berlalu dari situ.
"Jeles la tu! " Perli Masa Minhyuk bersama tawa rakan2nya yang lain.
🍵🍵🍵
"Mana pula perempuan itu? Menyusahkan betullah!" Ujar Kai dengan geram. Kai bergerak ke arah anak tangga yang berdekatan. Hairan betul dia setiap pelusuk dia mencari Mina tetapi tidak ketemu. Mungkin Mina sudah pulang.
"Apa yang perempuan tu buat kat situ?" Tanya Kai melihat Mina bersama 3 orang pelajar lelaki di atas anak tangga sedang berbicara tentang sesuatu. Dia mendekati Mina.
"Apa yang kau buat kat sini?" Tanya Kai dengan sinis setelah melangkah ke arah Mina. 3 pelajar lelaki tadi sudah meninggalkan Mina melihat Kai melangkah ke arah tersebut.
"Cari awak!" Jawab Mina ringkas. Memang betul apa yang dikatakan oleh Hoseok.
"Buat apa? Aku tak ada masa nak layan kau! Baik kau pergi dari sini." Kai bersuara dengan sinis sambil menolak Mina turun dari bangunan tersebut.
"Saya nak beritahu awak sesuatu!" Balas Mina yang masih berkeras tidak berganjak dari situ. Kai tidak memberi sebarang respon.
"Penting! Bolehkan kita cakap sekejap sahaja?" Tambah setelah melihat Kai hanya membatu.
"Cakap jelah! Cepat! Aku banyak lagi nak dibuat yang lebih penting daripada bercakap dengan kau." Kali ini suara Kai mula kasar.
"Saya nak pindah ke Jepun!" Ujar Mina sedikit perlahan. Sebenarnya dia Agak takut Kai akan kecewa dengannya kerana menyembunyikan perkara tersebut.
"Kenapa beritahu aku? Aku bukannya penting pun dalam hidup kau." Kai memeluk tubuhnya. Geram dan marah tentang perkara yang dia lihat semalam belum padam lagi.
"Saya cuma....... "
"Kau dengar sini baik2. Lagi cepat kau berambus dari hidup aku lagi bagus. Tak adalah asyik menyusahkan aku. Aku menyampah tengok kau. Aku pindah sini balik pun aku rasa bersyukur sebab aku tak perlu nak tengok muka kau. Baik kau luangkan masa kau dengan boyfriend kau. Kau pun tak perlulah nak ambil hati aku lgi sebab aku sudah tahu kebenarannya. " Kali ini alunan suara Kai sedikit tinggi menyebabkan sesiapa yang lalu di tangga itu pasti mendengari perbualan mereka.
"Maaf kalau aku datang sini cuma buat kau menyampah. Aku balik dulu." Kali ini dia tidak menggunakan lagi bahasa formal di hadapan lelaki itu setelah mengetahui yang lelaki itu langsung tidak pernah menyukainya dan hanya mempermainkannya sahaja. Mina menyeka airmata sebelum melangkah pergi. Sememangnya tanggapannya terhadap lelaki itu betul. Lelaki itu hanya mempermainkan perasaan perempuan. sahaja
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...