CHAPTER 29

72 5 4
                                    

Mina meletakkan ubat pada lebam di muka Seokmin. Seokmin hanya menahan pedih.

"Tahanlah sikit.... Salah awak juga pergi bergaduh dengan Kai tu kenapa? Saya tahulah kamu berdua pandai berlawan tapi janganlah nak mencederakan diri sendiri." Leter Mina yang masih tekun menyapu ubat pada pipi Seokmin.

"Mina....!!" Seokmin memegang tangan Mina yang tekun menyapu ubat pada pipinya.

"Ya." Mina memandang ke arah Seokmin. Pandangan mereka bertaut seketika.

"Thanks!" Ucap Seokmin dengan senyuman.

"Untuk apa?" Mina hairan dgn perubahan sikap Seokmin.

"Everything. Saya minta sangat awak boleh beri peluang kepada saya untuk sayang awak!" Balas Seokmin memandang ke arah Mina.

"Seokmin, maafkan saya. Saya betul minta maaf. Saya harap awak boleh bagi saya masa untuk tenangkan fikiran. Saya harap awak tak terus tunggu saya dan jangan terus tunggu saya. Saya juga harap awak boleh jadi teman baik saya lagi!" Ujar Mina memandang ke arah lain. Dia tak mahu Seokmin terus menunggunya. Dia tak nak  beri hatinya kepada sesiapa lagi. Biarlah dia perit untuk kali ini saja.

"Saya faham! Saya minta awak tak kekok jumpa dengan saya nanti dan saya harap awak tak tanya saya pasal tadi!" Balas Seokmin melepaskan pegangan tangan Mina. Kecewa betul dirinya. Memang dia tidak salah mentafsir bahawa hati Mina memang masih untuk Kai.

"Baiklah, saya janji!" Mina mengangkat tangan tanda janji. Seokmin tersenyum melihat gelagat Mina.

"Boleh kita tukar topik? Pusing muka awak ke sini. Nak sapu ubat tak habis lagi." Arah Mina kembali menyapu ubat pada wajah Seokmin.




"Kai, kenapa dgn muka awak?" Tanya Hyeri risau setelah melihat muka Kai yang berlebam.

"Kenapa dengan kamu ni? Kamu baru lepas bergaduh dengan siapa? Biar omma saman orang itu!" Ujar Puan Kim setelah melihat keadaan anaknya itu.

"Awak duduk sini! Biar Hyeri ambil ubat." Hyeri menarik tangan Kai.

"Tak perlu. Awak tak perlu buat semua itu sebab bukan urusan awak. So awak jangan nak menyibuk hal saya." Kata dengan nada yang sedikit keras.

"Kenapa dengan awak ni?" Hyeri mula geram mendengar kata-kata Kai. Bukan urusan dia. Mereka akan bertunang jadi Kai akan menjadi tunangnya tak lama lagi. Kalau bukan urusan dia, urusan siapa lagi.

"Kenapa dgn kamu ni? Dah tak ada budi bahasa ka? Hyeri ini bakal tunang kamu dan bakal isteri kamu. Tak boleh ka kamu berlembut dengan dia! " Marah Puan Kim. Tidak sanggup dia melihat bakal menantunya dilakukan sebegitu.

"Omma cuba tanya pada bakal menantu omma ni. Apa yang dia sudah buat belakang saya. Hyeri awak explain la pada omma saya yer apa yang awal sudah buat." Kata Jong in sebelum berlalu.

"Aunty, kenapa dengan Kai? Hyeri tak buat apa-apa pun belakang dia." Tanya Hyeri mendapatkan Puan Kim. Dia cukup terasa dgn kata-kata dari Kai tadi.

"Hyeri jangan menangis! Jangan peduli cakap Jong In dan aunty akan pastikan dia akan bertunang dgn Hyeri bukan orang lain!" Beritahu Puan Kim memujuk Hyeri yang bermasam muka.

"Aunty janji? Hyeri takkan bertunang dengan orang lain selain daripada Kai. Hyeri akan buat apa saja untuk dapat Kai. Ujar Hyeri dgn muka manja.

"Aunty janji! Dah jangan sedih! Hyeri kan tak lama nak bertunang! Apa kata kita keluar!" Ujar Puan Kim.

*******

Mina sudah siapkan dirinya untuk keluar dari hospital. Fikirannya sejak beberapa hari ini tidak tenang memikirkan perkara yang mahu disampaikan oleh Kai dan apa kaitan Seokmin dalam hal itu. Dia sudah berjanji pada Seokmin untuk tidak bertanya tentang hal itu tapi dia perlu dapatkan jawapan daripada siapa lagi selain Seokmin takkan dia perlu bertanya dengan Kai. Takkan dia menghadap Kai sedang lukanya bersembuh. Luka 5 tahun lepas pun belum sembuh dtambah dengan yang terbaru.

COFFEEWhere stories live. Discover now