CHAPTER 42

48 4 2
                                    

Mina melangkah masuk ke dalam pejabat. Dia menuju ke arah bilik ketua bahagiannya. Dia mengetuk pintu. Setelah mendapat keizinan untuk masuk dia membuka pintu dan menuju ke arah meja ketuanya.

"Ms Myeoui, boleh saya bantu?" Encik Kang memandang ke arah Mina.

"Saya datang cuma mahu serahkan itu." Mina meletakkan sampul surat di atas meja ketuannya.

"Surat apa?" Encik Kang mencapai sampul surat dan membukanya. Dia membaca isi sampul surat itu.

"Betul kamu mahu berhenti?" Ketua Kang meletakkan surat tersebut dan memandang ke arah Mina.

"Saya sudah fikir masak2 dan saya rasa ini keputusan yang tepat!" Mina mengangguk.

"Kamu tidak menyesal?" Ketua Kang masih mahu kepastian daripada perkerjanya itu.

"Saya yakin dengan keputusan saya. Saya mahu cari pengalaman di tempat lain pula." Mina tersenyum.

"Kalau itu keputusan kamu, saya tidak paksa tapi jika kamu kembali pejabat ini sentiasa terbuka." Ketua Kang terseyum walaupun sedikit sedih kehilangan pekerjanya itu.

"Terima kasih untuk segalanya. Saya minta diri dulu!" Mina menundukkan badannya sebagai tanda hormat kepada ketuanya buat kali terakhir.

"Betulka kau mahu berhenti?" Tanya Yerin yang sedang membantu Mina mengemas barangnya.

"Ya, kau takut rindu kat aku ka?" Tanya Mina memandang ke arah Yerin.

"Tak adalah!" Yerin menarik muka.

"CEO Kim?!" Ujar Yerin memandang ke arah CEO mereka yang melangkah masuk ke dalam pejabat bahagian pemasaran.

Kai melangkah masuk ke pejabat bahagian pemasaran. Dia memandang ke arah Mina yang sedang mengemas dan terus melangkah ke arah Mina. Kai menarik tangan Mina supaya mengikuti langkahnya.

"Lepaslah!" Mina meronta.

Kai terus menarik Mina sehingga ke bumbung pasaraya tersebut.

"Lepaslah!" Akhirnya rontaan tersebut dilepaskan.

"Kenapa berhenti?" Tanya Kai.

"Bukan urusan awak!" Balas Mina.

"Ini syarikat saya dan saya perlu tahu sebab pekerja saya berhenti." Ujar Kai. Memandang ke arah Mina.

"Saya tahu tapi awak tak perlu tahu sebabnya!" Balas Mina.

"Sebab saya! Betulkan?" Teka Kai.

"Ohh.... "

"Sebab awak mengelakkan diri daripada saya kan?"

"No....." Mina menggeleng.

"Habis tu?"

"Saya sudah berjanji dengan Seokmin untuk ambil saya kat office. Saya pergi dulu." Mina mula melangkah kakinya.

"Saya minta maaf." Ucap Kai.

Mina memberhentikan langkahnya.

"Saya minta maaf  untuk 5 tahun yang lepas. Saya minta maaf atas kematian omma awak bagi pihak abang  dan keluarga saya!" Ucap Kai. Kini perlu jelas segalanya. 5 tahun dia simpan segala rahsia tersebut.

"Omma?" Ujar Mina perlahan.

"Kenapa dengan omma saya?" Mina mengalih pandangannya.

"Punca kemalangan itu disebabkan kereta abang saya hilang kawalan semasa memandu kereta dan dia melanggar omma awak. Pada masa itu saya dan Seokmin berada di dalam kereta itu. Kes itu juga ditutup disebabkan kuasa appa saya. Dia merasuah pihak polis supaya menutup kes itu dengan segera supaya media tidak tahu akan ada kematian lain." Jelas Kai. Dia tahu jika Mina mengetahui perkara sebenar pasti kebencian Mina pada dirinya makin bertambah.

"Tipu?" Mina menahan air mata.

"Semua itu betul!  Kalau awak tak percaya tanya sendiri pada Seokmin." Beritahu Kai. Dia dapat melihat takungan air mata Mina.

"Kenapa awak perlu beritahu semua ini sekarang?  Kenapa bukan 5 tahun lepas." Mina geram. Sekarang kes itu sudah lama ditutup. Tiada keadilan yang dapat dituntut untuk pihak ibunya.

Kai terdiam. Salahkan dirinya membuka kesalahan keluarga.

"Kenapa? Kenapa awak tak beritahu segalanya. Saya tahu family saya tak sekaya keluarga awak. Sanggup family awak gunakan family  saya untuk tutup kesalahan family awak. Kenapa?" Airmata sudah jatuh. Kenapa tiada keadilan untuk ommanya.

"Awak tahu tak disebabkan itu juga saya dan family saya kehilangan tempat mengadu. Appa saya banyak menanggung beban kerana hal tersebut. Awak tahu bertapa terseksanya mendengar cemuhan jiran2 yang kata omma saya kemalangan sebab dia mabuk dengan lelaki lain. Awak tahu tak pedih dengar org mengeji ommanya. Sakit sangat!" Mina menangis teresak.

Jika Kai berkeras untuk memberi penjelasan yang sebenar lima tahun yang lepas pasti dia tidak akan melihat orang yang dicintai menangis disebabkan kesalahan keluarganya. Kai merapati Mina.

"Jangan dekat dengan saya!" Arah Mina.

"Mina.... "

"Saya tak nak dengar apa2!" Mina megatur langkah pergi.

"Mina,  kau okey?" Tanya Yerin setelah Mina kembali.

"Okey!" Mina memberi senyuman tawar kepada Yerin.

"Kenapa dengan mata kau merah? Kau menangis?  CEO Kim ada buat  apa kat kau?" Tanya Yerin melihat mata Mina yang bengkak.

"Tak apa2lah! Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi!" Mina mengangkat kotaknya dan berlalu dari situ.

"Mina, mana?" Tanya Kai setelah dia melangkah masuk ke dalam pejabat bahagian Pemasaran.

"Dia baru sahaja pergi!  Kenapa?" Tanya Yerin hairan.

"Terima kasih!" Ujar Kai berlari keluar.

Kai mencari Mina di serata pelusuk pasaraya tersebut tetapi tidak ketemu juga. Akhirnya dia melihat Mina sedang menaiki sebuah teksi.

COFFEEWhere stories live. Discover now