CHAPTER 26

87 5 6
                                    

Mina masih berada di tempat duduknya. Ligat menaip kertas kerjanya yang perlu disiapkan untuk mesyuarat esok. Jam sudah mula berginjak pukul 10 malam, akhirnya siap juga kerjanya. Segera dia mengemas barang2nya.

"Aishh, dah lewat ni. Tak perasan pula! Sambung esok jelah." Mina mula mengemas barangnya untuk pulang. Mina mula melangkah ke arah lif.

Tiba-tiba lampu terpadam membuatkan Mina terkejut. Keadaan jadi gelap gelita. Segera Mina mencapai telefon bimbitnya. Melalui cahaya dari telefon bimbit itu segera dia mengatur langkah ke arah tangga. Muncul satu wajah di hadapannya membuatkan Mina terkejut.




Kai masih ligat menyediakan laporan untuk mesyuarat pada pagi esok. Dia kena buat laporan itu sebaik yang mungkin. Lampu terpadam secara tiba2 membuatkan Kai mengeluh. Dengan bantuan cahaya daripada laptop, dia mencapai telefon bimbitnya menelefon security memberitahu bahawa dia masih berada di pejabat.

Setelah itu melangkah keluar dari biliknya menuju ke arah anak tangga. Terkejutnya melihat satu wajah berada di hadapannya.

"Mina." Satu nama terkeluar dari mulutnya.

Mina yang melihat kai membuat muka selamba menyembunyikan perasaannya segera dia berlalu selepas menunduk sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada bosnya.

Tangan Kai merentap pergelangan tangan Mina membuatkan langkah Mina mati. Mina hanya kaku di situ tapi mengalih pandangan ke arah Kai. Kai memusing badannya.

"Elektrik terputus! Awak tunggu di sini sekejap lagi security datang." Beritahu Kai memandang ke arah Mina yang membatu sahaja.

"Saya turun guna tangga lagipun sudah lewat nanti appa saya risau." Balas Mina mahu kembali melangkah menuruni anak tangga.

"Stay with me!" Ujar Kai sebelum Mina melangkah. Mina hanya memandang sepi kata-kata Kai dan terus melangkah.

"Myoui Mina, i say stay here. Jangan degil sangat! Bahaya jalan dalam gelap!" Kai kali ini meninggikan suaranya. Mina yang sudah turun beberapa anak tangga mendaki kembali.

Mina duduk di atas sofa di bilik Kai. Kai masih melakukan kerjanya walaupun bekalan elektrik masih putus. Mina memandang wajah itu. Memang dia tak dapat membohongi dirinya perasaannya pada lelaki itu masih kekal dalam hatinya. Kali ini lelaki itu nampak lebih segak dan tampan dengan pakaian bersut. Satu pandangan tajam menghala kepada Mina lalu dia mengalih pandangannya ke arah lain.

Kai yang baru sahaja menyiapkan laporan menghala pandangannya ke arah Mina yang duduk di sofa. Dia bangun menuju ke arah Mina. Kai mengambil tempat berhadapan dengan Mina. Keadaan itu membuatkan Mina sedikit tidak selesa kerana mata Kai masih memandangnya. Apa salahnya dia juga tidak tahu.

"Saya nak nombor telefon awak." Beritahu Kai meletakkan telefonnya di hadapan Mina. Mina melihat Kai dengan penuh tanda tanya.

"Awak jangan fikir bukan-bukan. Saya just nak minta nombor telefon awak supaya nanti saya boleh contact kau terus kalau ada contract baru dengan syarikat lain." Jelas Kai tidak mahu Mina salah faham terhadapnya.

"Encik Kim boleh saja terus contact dengan ketua saya. Kalau saya nak berjumpa dengan encik, saya akan terus contact encik nanti. Hari itu Encik kan sudah beri nombor telefon pada saya."

"Pasal itu. Saya minta maaf pada awak. Saya bukan sengaja nak langgar awak." Kai teringat kejadian tempoh hari yang mana dia hampir melanggar Mina.

"It okey. Salah saya juga lintas tak tengok kiri kanan. Saya pun minta maaf juga sebab terlebih emosi hari itu." Ucap Mina.

"Terima kasih, Encik Kim bagi saya stay kat bilik encik Kim." Ucap Mina setelah dia dan Kai melangkah ke lobi. Dia rasa agak tak sopan kalau tak berterima kasih pada bosnya itu.

COFFEEWhere stories live. Discover now