CHAPTER 7

131 13 0
                                    

"Awak dah sedar. Awak okey?" Tanya Mina merapati Kai yang terlantar di atas katil di wad kecemasan.

"Saya okey."  Kai bangun dan bersandar pada katil.

"Syukurlah."

"Awak okey?" Tanya Kai setelah mengingati kejadian yang berlaku tadi.

"Saya okey. Terima kasih." Ucap Mina tersenyum. Sememangnya dia agak terkejut dengan tindakan Kai tadi.

"Sama2. Itu tanda maaf saya pada awak atas kesalahan saya hari itu." Beritahu Kai.

"Maaf?!"

"So sekarang awak dah maafkan saya ke belum?" Tanya Kai menginginkan jawapan.

"Hmmm... Okeyla. Maaf awak diterima." Balas Mina.

"Macam mana dengan kawan awak?" Tanya Kai.

"Saya pun kurang pasti. Selepas dia pukul awak dia terus lari. Nanti saya akan jumpa dengan cikgu Lee ceritakan pasal hal ini. Mungkin dia boleh tolong." Beritahu Mina.

"Okey.

🍵🍵🍵

"Mina, aku rasakan cikgu akan buat pemilihan siapa yang akan jadi ketua pelajar sekolah ni balik la." Beritahu Momo memandang ke arah Mina.

"Kau tahu mana?" Tanya Mina inginkan kepastian.

"Aku terdengar pasal tu dari cikgu Lee masa aku hantar buku kat meja dia." Jawab Momo.

"Apsal cikgu Lee nak buat camtu?" Tanya Mina lagi.

"Sebab sekolah kitakan dah bercampur dengan pelajar lelaki. So kau kena berusaha jangan bagi ketua pelajar jatuh kat tangan budak sekolah bangtans tu." Balas Momo.

"Siapa yang tercalon?" Mina ingin mengetahui siapa gelaran pelajar sekolah bangtans yang tercalon.

"Kau dengan Kai." Momo menunjukkan ke arah Kai yang khusyuk berbual dengan kawan2nya.

Mina melihat ke arah Kai. Dia ada ciri seorang ketua ke? Kalau dia dapat jadi ketua pelajar tu maybe sekolah ni aku akan bercampur dengan sekolah dia terus.

"Apa kita nak buat?!" Tanya Mina buntu.

"Kita buat kempen. Boleh tarik pelajar lain undi kau." Cadang Dahyun.

"Kempen?!"

"Jangan risau kitaorang akan tolong kau. Lagipun kitaorang tak nak org lain jadi ketua pelajar selain kau." Beritahu Dahyun menepuk bahu Mina.

"Okey, mari kita lakukan." Ujar Mina bersama-sama semangat yang berkobar-kobar.

🍵🍵🍵

"Apa yang diaorang buat tu?" Tanya Kai melihat Mina dan rakan-rakannya mengedarkan kertas.

"Mesti mereka buat kempen untuk pemilihan ketua pelajar." Balas Seokmin.

"Kau tak nak buat kempen ke?" Tanya Yoseob.

"Nak buat macam mana?" Tanya Kai.

"Alaa... kau ni. Kita buat macam mereka jugak la." Beritahu Yoseob.

"Ha.... tunggu kejap." Ujar Minhyuk berlari meninggalkan rakan-rakannya.

"Ambil ni. Jom kita edarkan." Beritahu Minhyuk setelah kembali dan mengagihkan kepada rakan-rakannya untuk diedarkan.

"Bila kau buat ni?" Kai meneliti kertas tersebut.

COFFEEWhere stories live. Discover now