CHAPTER 27

69 5 15
                                    

"Encik Kim." Panggil Mina mendekati Kai yang berada di lobi sebuah hotel.

"Apa awak buat di sini?" Kai mengalih pandangannya ke arah Mina.

"Encik Park minta tolong saya gantikan dia dan teman Encik Kim pergi meeting dengan client." Beritahu Mina.

"Okeylah kalau macam itu. Awak tahu kan pasal projek yang kita nak discuss dengan client nanti?" Balas Kai. Matanya masih meliar.

"Ya. Encik Park sudah explain pada saya tadi." Jawab Mina.

Secara tiba-tiba, Kai menarik tangan Mina berlari mengikutinya.

"Kenapa?" Tanya Mina pelik setelah mereka berhenti berlari. Dia memandang ke arah Kai yang tak senang duduk.

Kai tidak menjawab. Matanya masih ke arah lain.

"Encik Kim...."

Kai mendekati Mina sehingga hidung mereka bertembung. Jantung Mina mula berdegup kencang. Pipinya juga mula merah. Mina mengalih mukanya.

"Saya minta maaf. Saya tak sengaja." Kai segera menjarakkan dirinya dan mencari susuk tubuh seorang wanita dengan lelaki yang telah hilang.

"Tak guna."

"Apa awak cakap?"

"Tak ada apa. Saya pergi toilet sekejap. Awak masuklah dulu." Kai melangkah pergi.

Mina hanya melihat Kai melangkah pergi. Terkejut sebentar tadi pun belum habis lagi. Mina memegang pipinya yang masih terasa bahang tadi.

******

"Nuna, ada orang datang!" Jerit Woohyun dari ruang tamu. Mina segera mencapai beg sandangnya dan menuju ke pintu.

"Dah siap?" Tanya Seokmin setelah Mina muncul di hadapannya. Terpegun dia melihat yang memakai baju blaus berwarna biru muda.

"Dah!  Woohyun nanti beritahu appa unnie keluar!" Jerit Mina sebelum menutup pintu.

"Jom!" Ajak Seokmin.

"Jom!" Balas Mina.




"Tempat ini?" Ujar Seokmin berdiri di hadapan pintu sebuah kawasan perkuburan.

"Kenapa dengan tempat ini?" Tanya Mina pelik.

"Abang Kai ditanam di sini!" Beritahu Seokmin.

"Abang Kai??" Mina lagi tidak mengerti..

"Awak tak tahu? Tak apalah nanti awak akan tahu juga! Jom!" Seokmin menarik tangan Mina tapi Mina tidak berganjak.

"Kai ada abang?  Apa yang perlu saya tahu? Saya tak faham." Tanya Mina ingin tahu.

"Semua jawapan itu ada pada Kai. Kalau awak nak tahu tanya dia. Soalan dah terjawab. Jom masuk. Tak sabar saya nak jumpa omma awak?" Seokmin menarik tangan Mina kali dituruti.

"Omma, Mina dah kembali ke Korea!  Lama Mina tak datang sini. 5 tahun dah berlalu. Mina tetap takkan lupa omma dan tak pernah tak rindu omma. 5 tahun blum cukup omma nak lupakan semuanya. Omma sihat?! Mina, oppa, appa dan Woohyun sihat sahaja. Appa masih kerja. Oppa masih tidak mahu balik korea. Dah puas Mina pujuk tapi dia berdegil juga nak tinggal di Jepun. Omma Mina masih tak dapat cari pesalah itu lagi. Maafkan Mina!" Mina menyeka air matanya.

COFFEEWhere stories live. Discover now