Mina membuka mata. Kepalanya terasa sedikit pening. Dia memandang sekeliing. Seingat dia kali terakhir dia berada di hutan.
"Mina, kau dah sedar! " Jihyo yang baru melangkah masuk ke dalam wad tersebut terus berlari ke arah Mina setelah melihat Mina sudah sedar.
"Jihyo, aku kat mana ni? " Tanya Mina bangun sambil dibantu oleh Jihyo.
"Kau kat hospital. Tadi kau cedera. Mina, sebenarnya apa yang jadi kat kau sambil berdarah teruk tadi? Aku tanya Kai tapi dia buat tak tahu je." Tanya Jihyo lagi risau dia melihat sahabatnya tadi.
"Appa aku dah tahu aku kat sini?" Mina menukar topik perbualan. Dia tidak mahu menambahkan kerisauan sahabatnya itu pada dirinya.
"Cikgu Lee dah call dah appa kau tadi. Mungkin dalam perjalanan." Balas Jihyo.
"Ouhk, siapa yang bawa aku kat sini?" Tanya Mina ingin tahu seingat dia tiada siapa di situ semasa dia pengsan kecuali 3 lelaki itu.
"Kai! Sweet la korang berdua. Mina semalam kau berdua-duaan dengan Mamat tu kan dalam hutan." Kata Jihyo tersengih nakal.
"Hah, terpaksa!" Balas Mina.
"Tapi kau sukakan! Apsal korang tak couple je kan senang. Kau ni pun satu mamat tu punya la cukup ciri2 prince charming kau tu tapi kenapa la kau jual mahal." Ujar Jihyo tidak faham dengan perangai rakannya ni.
"Memandai jer kau ni. Aku tak suka dia la. Lagipun dia tak memenuhi ciri prince charming aku lagi." Balas Mina.
🍵🍵🍵
Kai yang baru sahaja mahu melangkah masuk ke dalam wad itu terhenti. Kai mendengar setiap perbualan tersebut.
"Ouhk, siapa yang bawa aku kat sini?" Tanya Mina.
"Kai! Sweet la korang berdua. Mina semalam kau berdua-duaan dengan Mamat tu kan dalam hutan." Kata Jihyo.
"Hah, terpaksa!" Balas Mina.
"Tapi kau sukakan! Apsal korang tak couple je kan senang. Kau ni pun satu Mamat tu punya la cukup ciri2 prince charming kau tu tapi kenapa la kau jual mahal." Ujar Jihyo.
"Memandai jer kau ni. Aku tak suka dia la. Lagipun dia tak memenuhi ciri prince charming aku lagi." Balas Mina.
"Dia tak suka aku!" Mengenggam tombol pintu wad itu dengan kuat. Dia menarik nafas panjang naik menolak pintu itu dan melangkah masuk ke dalam wad itu. Kai meletakkan bakul yang berisi buah-buahan itu di meja di sisi katil Mina. Dia melangkah keluar.
🍵🍵🍵
Terbutang biji mata Mina dab Jihyo melihat Kai melangkah masuk ke dalam Wad itu. Mina memerhatikan tindakan Kai tanpa sebarang patah perkataan pun.
"Dia dengar ka yang kita cakap tadi? " Tanya Mina setelah Kai melangkah keluar dari situ.
"Mana aku tahu. Kalau dia dengar padan muka kau. Jual mahal lagi." Balas Jihyo.
Mina melihat sekiling. Wad itu dihiasi dengan perabot yang mewah seperti wad VIP.
"Jihyo, boleh aku tahu kita kat hospital mana?" Tanya Mina. Tidak mungkin dia akan ditempatkan di wad sebegitu mewah.
"Kau baca la sendiri!" Jihyo menunjukkan ke arah logo yang digantung di dinding wad itu.
"Kumpulan HAEJIN! " Bulat biji mata Mina membaca nama yang tertera pada logo itu.
"Itula aku kata kau dengan Kai sweet. Masa kau pengsan kau bawa ke hospital dekat tapak perkhemahan kita tapi Kai berkeras nak bawa kau kat sini dan dia kata dia akan tanggung semua bil kau kat sini. Aku rasa dia sayang kat kau la." Balas Jihyo.
"Aku tahu.... " Ujar Mina perlahan..
"Serius, kau tahu. Habis tu kau boleh jual mahal mcm ni sedangkan dia suka kat kau or kau suka kat org lain. " Geram pula Jihyo dengan Mina. Emas depan mata pun dia tak nak.
"Aku... Tak tahu la. Seokmin ajak aku couple dengan dia tapi semalam Kai confess kat aku . Aku peninglaa." Balas Mina menunduk memandang katilnya.
"Kau suka siapa? " Tanya Jihyo ingin tahu.
"Kai! " kata Mina perlahan.
"Sejak bila?" Tanya Jihyo lagi.
"Kau ingat tak masa aku dilantik jadi ketua pelajar tapi Kai tak muncul. Masa dia muncul muka dia lebam2. Lepastu ada seorang budak datang kat aku dia beritahu aku segala-galanya. Lepas tu, baru aku sedar tentang Kai. " Terang Mina.
"Habis tu kau nk buat apa? " Balas Jihyo.
"Aku nak duduk sini diam-diam! " Ujar Mina tersenyum.
"Malas aku layan kau. Baik aku balik. Lagi bagus. Bye! " Jihyo melangkah pergi geram dengan Mina. Orang serius tapi dia main-main pula.
"Maaf, Kai. " ucap Mina sendirian .
🍵🍵🍵
"Appa, terima kasih sebab jemput Mina kat hospital." Ucap Mina memeluk lengan ayahnya.
"Sama2. Mina kn anak appa mestila appa jemput. Lepas ni Mina hati2 la sikit. Appa tak tengok anak appa masuk hospital lagi. " Nasihat appanya membantu anaknya kemaskan baju.
"Baiklah, appa ku sayang. " Mina tersenyum gembira .
"Dahyun cakap bil hospital ni dah bayar tapi dia tak beritahu siapa yang bayar. Boleh appa tahu siapa yang bayarkan? " Tanya ayahnya ingin tahu siapa yang membayar bil hospital anaknya.
"Ahh, appa jom balik. Mina tak sabar nak jumpa Woohyun. Rindu kat dia." Mina melangkah keluar.
Langkah Mina terhenti melihat dua jejaka di hadapannya. Dia mengerling ke arah Kai. Dia langsung tidak memandangnya. Seokmin pula tersenyum gembira melihatnya.
"Awak okey? Maafla tak sempat nak datang melawat. " Beritahu Seokmin. Gembira melihat Mina yang sudah pulih.
"Dah sembuh. Tak apa, awak datang sini pun saya dah happy. " Balas Mina dengan senyuman.
"Anyeonghaseyo, pakcik." Sapa Seokmin menundukkan sedikit kepalanya setelah mendapati Ayah Mina melangkah ke arah mereka.
"Kamu berdua pasti kawan Mina? " Tanya Ayah Mina mendekati mereka bertiga.
"Ya, pakcik. Kawan sekelas dia. Saya Lee Seokmin dan ini Kim Jong In pemilik hospital ni." Ujar Seokmin dengan ramah.
"Kamu pemilik hospital ni? " Tanya Ayah Mina inginkn kepastian.
"Ya tapi bukan saya pemiliknya. Keluarga saya punya." Balas Kai.
"Nanti pasti akan jadi milik kamu. Jadi kamu yang bayar bil hospital ni?" Ayah Mina tersenyum.
"Hmmm, saya cuma tolong ja. " Balas Kai.
"Mina, awak dah boleh keluar hospital? " Seokmin mengalih pandangan ke arah Mina.
"Ya, doktor benarkn saya keluar hari ni." Balas Mina.
"Mina, jom. Kita kena pergi dulu. Nanti lambat pula sampai. Kalau nanti free datang la rumah pakcik." Ajak Ayah Mina.
"Baik, pakcik." Balas Seokmin.
"Baiklah, appa. Nanti kita jumpa kat sekolah. Bye! " Pamit Mina melangkah meninggalkan Kai dan Seokmin.
"Tapi kami dah.... "
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...