CHAPTER 20

104 8 0
                                    

Kai melangkah masuk ke dalam sambil tersenyum2 ke arah rakan2nya membuatkan mereka berasa pelik. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk, dia sudah diterpa oleh 2 orang sahabatnya.

"Aku tengok kau ni lain macam saja hari ni. Takkan kau pergi pusara abang kau smpai jadi macam ni?" Ujar Hakyeon setelah dia melihat kai memasuki kelas itu sambil tersenyum macam kerang busuk.

"Mesti ada sesuatu yang terjadi kat situ kan?" Tambah Minhyuk.

"Yang tu korang tak perlu tahu tapi ada sesuatu yang lebih penting kau perlu tahu." Balas Kai mengubah moodnya dari gembira kepada serius.

"Apa dia?" Tanya Minhyuk tidak sabar dia ingin mengetahuinya.

"Malam abang aku kemalangan itu, ada juga orang lain yang terlibat dalam kemalangan itu tapi yang pelik kenapa polis beritahu family aku hanya abang aku sahaja yang terlibat dan tiada orang lain yang terlibat." Beritahu Kai. Dia pernah dikhabarkan oleh pihak polis yang abang dia sahaja yang berada di tempat kemalangan itu.

"Kau tahu mana yang ada orang lain yang terlibat?" Tanya Hoseok yang baru muncul.

"Mina!" Satu jawapan yang menimbulkan rasa hairan dari rakan2nya.

"Mina?! Apa kaitan dia dengan kes abang kau? Scandal abang kau?" Hakyeon sengaja menguji kesabaran Kai. Bukan dia tak tahu yang Kai itu menyukai Mina.

"Aku tumbuk kau nanti!" Kai sudah mengenggam penumbuk dan di halakan ke arah Hakyeon.

"Okey2, sorry!" Segera Hakyeon memohon maaf.

"Teruskan!" Seokmin pun mula muncul.

"Dia beritahu aku semalam. Aku jumpa dia kat pusara abang aku tapi dia tak tahu kata abang aku terlibat sama dalam kemalangan itu." Kai menjawab persoalan dari Hakyeon.

"Oooo.... " Ketiga-tiga rakannya mengerti kenapa Kai masuk ke kelas itu dengan tersenyum. Rupa-rupanya dia berjumpa dengan buah hatinya. Seokmin hanya melihat sahaja. Sebenarnya terdetik rasa cemburu melihat Mina menceritakan semuanya kepada Kai tidak kepadanya.

"Habis tu kau nak buat sekarang?" Tanya Yoseob ingin tahu rancangan Kai sekarang. Kai takkan berdiam diri sahaja setelah mengetahui perkara itu. Tambahan pula, perkara itu ada kena-mengena dengan Mina.

"Aku nak siasat tentang kemalangan itu. Aku pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kemalangan." Beritahu Kai.

"Kau nak kami buat apa?" Tanya Hoseok.

"Nanti aku beritahu korang." Balas Kai.

🍵🍵🍵

Mina masih duduk di mejanya merenung keluar tingkap sekolah. Pasti dia akan merindui sekolah tersebut. Di situ juga permulaan sekolah bangtans ke sekolahnya.

"Selamat datang ke Sakura Highschool." Ucap pelajar sekolah tersebut serentak apabila kelibat pelajar dari sekolah Bangtans muncul di hadapan mereka.

"Annyeongseyo, saya Mina. Ketua pelajar di sini. Harap korang dapat beri kerjasama ketika di sini." Mina membengkokkan sedikit sebagai tanda penghormatan.

"Boleh saya tahu siapa ketua korang?!" Sambung Mina lagi.

Seorang lelaki melangkah ke hadapan mendekati Mina. Mina terkaku seketika melihat jarak.melihat hanya beberapa cm. Segera dia menjarakkan sedikit.

"Saya ketua mereka. Kim Jong In imnida." Beritahu lelaki itu.

"Jom saya tunjukkan kamu kelas kamu semua." Mina mula mengatur langkah dituruti oleh pelajar lelaki tersebut.

"Termenung ja kau sekarang. Teringat sapa? Kai atau Seokmin?" Dahyun mengetuk meja Mina.

"Ishhh, kau ke situ pula. Aku takut aku akan rindukan sekolah ni." Beritahu Mina. Memang sekolah menyimpan banyak memori dia.

"Aku takut juga!" Ujar Dahyun.

"Takut apa?"

"Takut rindukan kau!" Dahyun memeluk bahu Mina.

"Kau nak lupakan aku la. Itu sebab kau takut nak rindu aku." Mina menarik muncung.

"Aku gurau jelah. Aku memang akan rindukan kau. Kau kan bestfriend aku." Pujuk Dahyun.

"Yelahtu!"

"Mina aku pergi cafe kau semalam. Diaorang cakap kau dah berhenti. Betulka?" Tanya Dahyun inginkan kepastian.

"Ya, aku nak kemas rumah." Balas Mina.

"Mina, kau serius tak nak Kai dan Seokmin tahu?" Tanya Dahyun.

"Entahlah, sebenarnya aku belah bahagi nak beritahu mereka. Ada baiknya aku pergi dengan senyap." Mina meneruskan kembali memandang ke arah luar.

"Ikut kau la. Kau tak nak balik lagi ka?" Tanya Dahyun mengerling ke arah jam di tangannya. Sudah berinjak ke angka 3 petang.

"Kau balik la dulu. Aku nak duduk sini sekejap." Balas Mina.

"Okey, aku balik dulu. Kau tu balik awal sikit nanti appa kau risau pula. Jumpa esok!" Pamit Dahyun melangkah keluar dari kelas itu.

Setelah hampir setengah jam Mina berada di dalam kelas. Dia melangkah meninggalkan kelas itu. Memang terlalu berat di meninggalkan kelas itu sekolah itu kawan2nya yang sentiasa prihatin dengannya. Dalam masa 3 hari dia akan meninggalkan sekolah. Sengaja dia berhenti sekolah itu awal untuk dia membuat persediaan.

COFFEEWhere stories live. Discover now