"Hei, perempuan." Terjah Hyeri melihat Mina yang sedang sibuk menyusun atur kedai yang bakal dari buka pada esok.
"Ya, ada apa boleh saya bantu?" Tanya Mina selamba. Dia tahu Hyeri datang ke sini pasti ada sesuatu.
"Kau memang tak tahu malu. Tunang orang pun kau nak kebas. Kau perempuan jenis apa?" Marah Hyeri geram.
"Apa yang cik cakap? Saya tak faham. " Mina menahan sabar.
"Sudah buat salah pura-pura tak tahu pula kau ni memang tak sedar diri ka?" Jerkah Hyeri.
"Saya memang tak tahu. For your information, saya sudah lama tak contact tunang cik yang tercinta itu. Buat apa saya nak taruh perasaan pada orang yang suka mempermainkan perasaan saya." Balas Mina.
"Baguslah kalau sedar diri. Tak perlu saya nak cakap panjang lebar. Selagi saya ingatkan stay away from my finance." Ujar Hyeri sebelum berlalu pergi.
"Awak okey?" Minhyuk terus meluru ke arah Mina yang terduduk di atas kerusi.
"Saya okey." mina mengangguk.
"Bukan dia tunang Kai? Apa kena mengena awak dengan dia? Bukan awak dengan kai sudah lama tak contact ka?" Minhyuk menarik kerusi duduk berhadapan dengan Mina.
Mina mendiamkan diri.
"Sorry, kalau saya banyak tanya. Saya just risaukan awak."
"It okey. Abaikanlah dia. Mungkin dia takut ada orang rampas tunang dia." Balas Mina.
"Betul ni awak okey? Kalau tak okey, jom saya hantar awak balik."
"Saya okey. Lagipun banyak kerja yang perlu buat." Mina tersenyum hambar.
*********
"Mina, kita perlu berbincang." Ujar Kai menghalang jalan Mina.
"Nak berbincang pasal apa? Awak nak jemput saya ke majlis perkahwinan awak or awak nak cakap yang awak sedang berusaha mempertahankan cinta kita?" Balas Mina memeluk tubuhnya.
"Okey, saya minta maaf. Saya sedang berusaha. Percaya saya."
"Berusaha? Simpalah kata-kata awak tu. Saya sudah tak nak dengar lagi. Saya tak sepatutnya bagi awak peluang kedua sebab setiap kali saya beri pastikan akan menyakitkan hati saya. Awak pergilah balik." Mina kembali mengatur langkahnya.
"Kita pergi jauh dari sini dan mulakan hidup baru kat sana." Kai memeluk belakang Mina.
"Awak sudah gila?"
"Saya gila untuk awak."
"Tak perlu buat semua itu sebab saya sudah berputus asa. Now, saya nak buat benda yang akan buat saya happy." Ujar Mina.
"Beritahu saya apa yang akan buat awak happy?"
"Jauhi saya. Senang saja kan?" Mina mengangkat sebelah keningnya.
"Are you sure that will make you happy?" Kini giliran Kai pula.
"Yes, i will make it. One more, beritahu tunang awak tu jangan ganggu saya boleh dan saya takkan kacau tunang penipu dia lgi." mina melangkah meninggalkan Kai.
"We will see." Balas Kai melihat Mina pergi.
**********
"Tahniah untuk korang bertiga sebab dapat buka cafe ini." Ujar Eunji tersenyum.
"Terima kasih. Jemputlah masuk rasa hidangan makanan kitaorang." Pelawa Minhyuk.
"Free kan?"
"Hari ni kita belanja sempena pembukaan tapi hari lain sorry." Dahyun menghayunkan jari telunjuknya.
"So aku takkan datang dah Cafe ni."
"Kau ni tak support member langsung." Marah Dahyun.
"Aku gurau ja. Jangan marah." Eunji tergelak sendiri.
"Jom, aku tunjukkan tempat." Dahyun menarik lengan Eunji.
"Awak tunggu siapa?" Tanya Minhyuk melihat Mina seperti tengah melihat ke arah mencari seseorang.
"Tak adalah. Jomlah masuk. Majlis sudah mahu mula." Mina tersenyum hambar. Mungkin dia tidak patut mengharap.
"Mina."
"Seokmin." Mina tersenyum memandang ke arah susuk tubuh yang berdiri di hadapannya.
"For you." Seokmin menghulurkan sejambak bunga kepada Mina.
"Terima kasih. Jemputlah masuk." Mina menyambut huluran tersebut.
"Tahniah, bro dapat buka cafe." Seokmin memeluk sahabatnya, Minhyuk.
"Terima kasih. Jemputlah makan dan rasa hidangan kami. Kalau tak sedap beritahu." Minhyuk menepuk bahu Seokmin.
"Macam mana?" Mina mengambil tempat di berhadapan dengan Seokmin.
"Macam mana apa?"
"Sedap atau tidak?"
"Mestilah sedap." Seokmin menunjukkan thumbs up.
"Saya ingat awak tak sudi datang sini?" Mina tersenyum.
"Mestilah saya datang. Inikan majlis paling bermakna buat orang yang saya sayang. Sorry, tadi operation habis lewat." Beritahu Seokmin.
"It okey, saya faham. Awak kena utamakan tugas awak dahulu. Saya tak boleh pentingkan diri sendiri."
"Now, awak boleh pentingkan diri awak sebab saya free sekarang." Balas Seokmin.
"Pentingkan diri sendiri? Saya nak awak stay sini sampai habis, boleh?" Pinta Mina.
"Boleh, saya akan stay dengan awak sampai bila-bila." Seokmin menyentuh hidung Mina.
"Okey, jangan pergi mana-mana." Balas Mina melangkah pergi.
"Hey." Tegur Eunji.
"Hey." Seokmin tersenyum.
"Kau dengan Mina ada apa-apa ka?" Tanya Eunji straight to the point.
"We just friend. Kenapa?"
"Jangan kecewakan dia. Aku cuma tak nak dia kecewa untuk kali kedua. Kalau aku tahu kau yang lukakan dia, nahas aku kerjakan." Eunji menunjukkan penumbuk.
"Okey, aku tak pernah biarkan dia terluka walaupun sedikit sebab aku akan jadi ubat untuk segala luka dia."
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...