"Mina, kamu okey ke tak? " Tanya bosnya yang memerhatikan Mina dari tadi asyik termenung sahaja.
"Okey, pakcik. Cuma penat sikit jer." Beritahu Mina menunjukkan thumb up kepada bosnya itu.
"Kalau kamu penat, kamu balik la berehat." Bosnya mula mengambil tempat duduk di hadapan Mina.
"Tak apa, pak cik. Saya okey."
"Pakcik tengok kamu ni macam ada masalah jer. Cuba cerita dengan pakcik."
"Tak ada apala. Cuma kerja sekolah Mina tu banyak itu yang serabut sikit. Pak cik jangan risau saya okey." Mina membuat isyarat okey dengan tangannya.
"Pakcik dah anggap kamu tu macam anak pakcik sendiri. Kalau ada apa2 masalah beritahu jer. Pakcik tak nak kamu tu sedih2." Bosnya itu menepuk bahu Mina dengan lembut.
"Saya pun dah anggap pakcik macam ayah saya so pakcik jangan risau yer." Mina menghadiahkan senyuman kepada bosnya itu.
"Siap kerja kamu tu. Pakcik nak keluar sekejap. Apa-apa telefon yer." Arah bosnya itu.
"Okey, bos." Mina mengangkat tabik kepada kepada bosnya itu.
"Waiter!" Seorang pelanggan mengangkat tangan. Mina terus menuju ke arah pelanggan tersebut bersama menu cafe tersebut.
"Encik nak pesan apa?" Tanya Mina setelah menyerahkan menu tersebut kepada pelanggannya.
"Bagi saya coffee ais satu." Pelanggan itu menyerahkan semula menu tersebut.
"Lembutnya tangan." Ujar lelaki itu setelah tangannya bersentuhan dengan tangan Mina semasa menyerahkan menu tersebut.
"Tunggu sebentar, Encik." Mina segera berlalu pergi. Naik geli tengok lelaki tersebut memberi senyuman gatal kepadanya.
"Tak sedar diri. Ingat dia tu segak sangat ka? Dasar lelaki gatal." Rungut Mina membuatkan minuman yang dipinta.
Mina kembali ke meja tersebut dengan minuman yang dipesan.
"Ini minuman yang encik pesan tadi. Selamat menjamu selera." Ujar Mina dengan sopan.
Belum sempat Mina berlalu pergi tangannya direntap oleh pelanggan tersebut. Mina sedikit terkejut dengan tindakan tersebut.
"Layan saya." Pintanya.
"Maaf, encik. Saya ada customer lain." Beritahu Mina dengan sopan. Dia tak nak nama buruk cafe tersebut tercemar dengan tindakannya.
"Sekejap saja." Beritahunya. Mina kebuntuan.
"Sayang, awak masih lagi kat sini. Jomla, temankan saya minum. Bosanla Minum sorang2." Seokmin datang dari arah belakang memeluk bahu Mina.
Mina membulat matanya mendengar perkataan "sayang". Mina memandang seokmin dengan tanda tanya. Seokmin hanya mengenyitkan mata kepadanya.
"Encik, tak ada pesan apa2 lagikan?" Seokmin bersuara melihat kearah lelaki itu yang agak terkejut. Lelaki itu hanya menggeleng perlahan.
"So jangan kacau dia." Seokmin memberi amaran di telinga lelaki tersebut.
"Mari la, sayang!" Seokmin menarik tangan Mina berlalu pergi.
"Awak okey?" Tanya Seokmin.
"Okey, terima kasih. Awak nak minum ke?" Ujar Mina.
"Boleh juga. Bagi saya Ice Latte satu." Pintannya setelah melihat paparan menu.
"Baiklah, sayang. Tunggu sekejap." Mina menuju ke arah dapur membuatkan minuman kepada Seokmin.
Seokmin tersentap dengan panggilan daripada Mina tadi. Lama-kelamaan terukir senyuman pada bibirnya itu.
"Ini minumannya." Beritahu Mina meletakkan minuman tersebut di atas meja. Mina mengambil tempat berhadapan dengan Seokmin.
"Mana kawan sekerja awak? Tak nampak pun." Tanya Seokmin.
"Dia cuti. Bos pula keluar. Itu yang saya kena jaga cafe ni." Balas Mina.
"Saya tolong awak boleh?" Seokmin menawarkan dirinya.
"Tak takut ke?" Mina menaikkan sebelah keningnya.
"Takut apa?" Seokmin tidak faham
"Tak takut ka fans awak marah n tak pasal2 nanti jadi viral ? Lee Seokmin jadi pelayan cafe." Jelas Mina.
"Ada2 jer awak ni." Seokmin tersenyum mendengar penjelasan tersebut.
"Waiter!" Panggil seorang pelanggan wanita.
Mina bingkas bangun mengambil menu. Seokmin segera menghalang.
"Biar saya yang ambil order." Seokmin merampas menu tersebut dari tangan Mina lalu menuju ke arah pelanggan tersebut tanpa mempedulikan Mina.
🍵🍵🍵
Mina mengunci pintu cafe tersebut seperti kebiasaannya. Mina mula melangkah meninggalkan cafe tersebut. Entah kenapa hari ni dia begitu gembira sekali.
"Saya temankan awak." Beritahu Seokmin melangkah menyamai Mina.
"Tak apa, lagipun saya dah biasa balik sorang2." Mina menolak pelawaan tersebut.
"Bahayala perempuan balik seorang diri macam ni." Balas Seokmin yang masih dengan pendiriannya.
"Okeyla." Mina mengalah juga.
Perjalanan mereka hanya ditemani deruan angin malam tanpa ada bunyi percakapan di antara mereka. Mungkin mereka tidak tahu topik apa yang mahu dibicarakan.
"Terima kasih, temankan saya." Ucap Mina.
"Sama2. Selamat malam." Ujar Seokmin tersenyum.
"Oiy, penat tahu tak aku tunggu kau. " Woohyun berlari mendapatkan kakaknya itu.
"Kenapa kau tunggu aku?" Tanya Mina.
"Ni ka Kim....." Mina menerkup mulut woohyun.
"Saya masuk dulunye. Selamat Malam!" Mina menarik adiknya ke dalam bangunan apartment rumah mereka.
"Kenapa kau tutup mulut aku?" Tanya Woohyun.
"Tak ada apa2 la. Kau tu kenapa tunggu aku?" Tanya Mina mengubah topik perbualan.
"Aku tunggu kau sebab nak makan sekali." Beritahu Woohyun.
YOU ARE READING
COFFEE
FanfictionSeorang yeoja bernama Mina yang selalu mengharapkan seorang prince charming muncul dalam hidupnya seperti dalam cerita dongeng seperti cinderella, snow white and banyak lagi. Semuanya berubah apabila seorang namja yang tidak disangka menjadi pelangg...